Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Nadya Shaheera Pula Dedah Kecurangan Suami- Orang Ketiga Adik Founder Produk, Siapa Tu?

21-6-2019 10:55 AM|Oleh: Cempakasari| Komen: 189




Seorang demi seorang selebriti atau pun isteri kepada artis mendedahkan mengenai kecurangan pasangan masing-masing. Setelah Bella-Alif,  Chef Fikree-Zuriehan, Ammar Alfian-Nelissa, kini terbaharu aktres yang mula dikenali dengan watak antagonis, Nadya Syahera, 26 mengakui rumah tangganya berantakan kerana orang ketiga.

Perkahwinan yang dibina bersama Fizul Nawi, 27 seorang pengusaha restoran pada tahun 2016 serta memiliki dua cahayamata kini mengalami fasa pergaduhan. Namun, berbeza dengan isteri selebriti yang lain, Nadya tidak membongkarnya di media sosial sebaliknya menceritakan kepada portal MHETV.

Kredit foto: IG


Mendedahkan kecurangan suaminya setelah mendapat bukti bergambar bahawa lelaki itu menjalin hubungan dengan seorang gadis dari Kelantan, Nadya atau membahasakan dirinya Kak Bed kekal positif.

"Sebenarnya, ia baru saja dibongkar seminggu sebelum sambutan Aidilfitri yang lalu walaupun saya curiga terhadapnya sejak awal lagi. Jujur naluri isteri berdetik sejak dia bekerja di Kelantan yang juga kampung halamannya.

"Hampir sebulan dia di sana kononnya atas urusan kerja semata-mata dan langsung tidak balik ke rumah kami di Shah Alam untuk menjenguk saya dan anak-anak."

Kredit foto: IG

Nadya menjelaskan dia sangat curiga dengan perubahan sikap suaminya yang suka berdolak-dalik lalu membuat keputusan untuk ke Kelantan lalu menyiasatnya sendiri.

"Akhirnya, ia terjawab selepas melihat beberapa keping gambar yang membuktikannya bermain kayu tiga," jelas Nadya yang mendakwa perempuan yang dimaksudkan adalah adik kepada pengasas produk kosmetik terkenal di Pantai Timur.

Menurutnya lagi, hubungan kedua-dua mereka bermula setelah gadis tersebut datang ke restorannya sebagai pelanggan. Bagaimanapun, bagi Nadya walau apa pun yang berlaku dia akan berusaha mempertahankan perkahwinan ini dan tidak terdetik untuk meminta cerai walaupun kecewa dengan perbuatan suaminya itu.

Kredit foto: IG


Pelakon yang terkenal dengan watak pembantu dalam drama Dia Semanis Honey, Abang Bomba, I Love You dan yang sedang ditayangkan di televisyen, Setelah Terlafaznya Akad bersama Uqasha Senrose dan Kamal Adli mengharapkan perkahwinannya mampu diselamatkan bersama dua cahayamata mereka Aleena Rose dan Mohammad Dayyan yang masing-masing berusia dua dan satu tahun.

Semoga Nadya mampu menjernihkan kembali hubungan mereka dan kepada orang ketiga, usahlah ganggu laki orang, ramai lagi kan yang bujang di luar sana!- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
4
Terkejut
1
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 189
Komen

Previous : Allah, Pulangkan Mamajee 1 Minit Je - Fatimah

Next       : "Tahniah Fadza Dapat Madu" - Gara-Gara Gambar Macam 'Berpeluk' Ini, Netizen Usik Vivy

Komen Terbaru

Quote sephia_rez 5-7-2019 02:07 PM
Edited by sephia_rez at 5-7-2019 02:20 PM
matbad replied at 21-6-2019 10:59 AM
Klau jmpa aku ingt sales girl ja ni..
Nexttt


Macamla muka kau elok sgt..kuikui

Lain-lain Komen

Quote grouper 21-6-2019 10:58 AM
First..yeahhh
Quote matbad 21-6-2019 10:59 AM
Klau jmpa aku ingt sales girl ja ni..
Nexttt
Quote Adeakukesah11 21-6-2019 10:59 AM
Comel anak2 dia
Quote azelinaputeri 21-6-2019 11:00 AM
semoga tabah menghadapi dugaan... doa yg baik baik
Quote tysha 21-6-2019 11:00 AM
hmm.macam penyakit berjangkit.musim artis ada masalah rumahtangga
Quote miszclassique 21-6-2019 11:01 AM
Selepas edisi kalkulator dulu2, keluar cerita curang pulak...bertabahlah.. memang dari awal perkenalan dah tahu jantan ni gatal kan? Adoi bala betul
Quote de_ikea 21-6-2019 11:07 AM
Epik nadya latah ni. Majlis kenduri kawen sekali dgn cukur jambul anak

Utk yg lain, amiklah pengajaran.
Quote RatuDunia94 21-6-2019 11:09 AM
sampai beranak anak edisi kalkulator pon suami curang jugak.. nasib ko lah pompuan..
Quote joyahbawang 21-6-2019 11:14 AM
matbad replied at 21-6-2019 10:59 AM
Klau jmpa aku ingt sales girl ja ni..
Nexttt

Quote hiswife 21-6-2019 11:14 AM
Wife lawa, anak2 comel. Apa lagi yg laki dia mauuu
Quote tupperwarepink 21-6-2019 11:16 AM
so mana gambar adik pengasas produk timbang kati ituuu
ni lah namanya muka laki nerd tapi birdie2 merenyam ye
Quote qusairy 21-6-2019 11:18 AM
ihh.. kosernya nak simpan jantan gatal miang lagi.. kak bed oiii jantan x pernh serikkk better kak bed move on je dri jantan mcm ni.. buat sakit hatii jee hadap.
Quote Lorra2411 21-6-2019 11:18 AM
takde yang speku ke siapa orang ketiga itu? siapa founder produk dari Kelantan?
Quote wanokakaka 21-6-2019 11:19 AM
byk btl la laki curang sekarang
Quote Bee_hwa 21-6-2019 11:21 AM
I xfhm kenapa sekarang ramai betul perempuan suka kacau suami org..i ade kawan yg mmg dr dulu katanya akn terpikat dekat suami org..laki bujang or single xberkenan katanye.....bodoh betul
Quote Madel 21-6-2019 11:23 AM
Siapa pulak ni
Quote prettyuglybabe 21-6-2019 11:23 AM
spill je segala bukti bagai..
dah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ketiak masam..
Quote cicicumel 21-6-2019 11:26 AM
tak nak cerita tapi cerita jugak. bodo
Quote manehnya 21-6-2019 11:27 AM
sapa weiii adik pengasas tu?

ritu rasa cam dah bergolak sekali rumah tangga depa ni, mcm dah jatuh pastu rujuk kan?

Lihat semua komen(189)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.084253s Gzip On
To Top