Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Anak Sulung Sering Dapat Layanan Lebih Dari Yang Lain? Ciri-Ciri Mereka Mungkin Begini..

21-6-2019 04:42 PM|Oleh: Azalea Soraya| Komen: 12

Kenapa anak sulung lebih mendapat layanan dari adik beradik yang lain ya?

Iya lah, mereka yang menjadi penghuni pertama dari rahim si ibu. Sayangnya si ibu dan si bapa lebih dari segalanya. Tapi ada beberapa kriteria si sulung yang mungkin tiada pada adik-adik yang lain.

Kriteria mereka mungkin ada yang sama dengan anak-anak anda? 

1) Lebih Penyayang


Mereka kerap mencium-cium anda lebih dari adik-adik yang lain. Kadang-kadang kita pun naik rimas.


2) Sifat Bertanggungjawab


Sifat semulajadi ini hadir selepas mereka mempunyai adik. Anak sulung akan tersentuh jika ada adik-adik mereka dibuli atau dilukai oleh orang lain.

3) Pandai Memujuk


Kalau ada adik-adik yang merajuk atau ibu baru nak marah,cepat-cepat datang pujuk atau redakan keadaan.

4) Periang 


Ada sahaja aktiviti mereka yang mendorong adik-adik untuk ikut bersama.

5) Cerdik dan Bijak


Mungkin semasa ibu mengandung, anak sulung mendapat lebih vitamin dari pemakanan ibu yang teliti menjaga pemakanan. IQ anak sulung selalunya lebih tinggi dari adik-adik yang lain.

Ini mungkin hanya pendapat sahaja, tetapi kadang kala anak sulung mendapat lebih perhatian dari adik beradik yang lain kerana ciri-ciri di atas.

Walau bagaimanapun, kita sebagai ibu bapa tak boleh membezakan mereka semua, nanti ada yang berkecil hati dan menyimpan perasaan. Hargailah anak-anak kita semasa kecil,kerana masa mereka terlalu singkat untuk kita tatang bagai minyak yang penuh ini. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 12
Komen

Previous : Kalau Sayang Kawan, Jangan Bagi Kawan Pinjam Duit!

Next       : Kenapa Tak Boleh Mandikan Bayi Waktu Maghrib?

Komen Terbaru

Quote CikB 29-6-2019 05:15 PM
anak sulung lebih bertanggungjawab

Lain-lain Komen

Quote Sasakim 21-6-2019 05:06 PM
anak tunggal {:question
Quote orgsepang 21-6-2019 05:38 PM
Semua betul!
Cuma akak nak tambah, anak sulung selalu nenek atok yang jaga sebab ibu bapa tak habis lagi berbulan madu
Quote Artemesiaa 21-6-2019 06:25 PM
Ikut didikan keluarga juga kalau dia dari keluarga yang kurang mendidik mungkin tak masuk senarai tu
Quote RonnySia 21-6-2019 07:40 PM
Tak juga chuols
Quote iminidin 21-6-2019 09:36 PM
orgsepang replied at 21-6-2019 05:38 PM
Semua betul!
Cuma akak nak tambah, anak sulung selalu nenek atok yang jaga sebab ibu bapa tak ha ...

Terkenang pengalaman iols.. Huhuhu
Quote sakinahxpdc 21-6-2019 09:49 PM
Duhai Sayang, Penghuni Pertama Rahim Ibu..

Ingat lagi masa mula-mula doktor cakap ujian urin positif? Indahnya rasa. Nikmatnya rasa. Dia punya excited, Allah saja yang tahu. Dulu siap buat satu travel log. 1st kick, 1st scan, 3D 4D dan segalanya lah.

Dan sehingga tibanya si adik. Anak sulung tadi seakan dipaksa untuk membesar, memahami segala yang orang dewasa fahami, selesaikan masalah, kawal emosi sendiri, and the list goes on sedangkan masa tu dia baru berumur 2 tahun, setahun, setahun setengah.

Kakak kan dah besar. Abang kan dah ada adik. Seems familiar? Standard ayat nak salahkan si sulung, right away kalau adik tetiba nangis. Kadang-kadang memang adik yang kacau kakak, tapi sebab adik yang kecil, kakak lah yang tanggung beban tu.

Duhai sayang, penghuni pertama rahim ibu.. Kadang-kadang ibu terlupa kamu masih kecil, ibu marah suruh kamu bersabar sedangkan ibu sendiri tak sabar. Ibu mahu kamu fahami diri ibu, kesibukan ibu, kerja ibu.

Tapi sebenarnya ibu yang tak faham kesunyian kamu bila ibu bekerja, kesedihan kamu bila ibu lebih fokus pada adik-adik, kekecewaan kamu bila ibu acuh tak acuh dengar cerita kamu di tadika.
Tetapi seteruk mana pun ibu lakukan pada kamu, dalam sekelip mata kamu tetap boleh kembali tersenyum macam tak ada apa yang berlaku, kamu masih punya cerita yang banyak, kamu masih punya cinta yang sarat untuk ibu walaupun kadang-kadang cinta kamu itu tak terbalas oleh ibu.

Terlalu Banyak Hutang Ibu Pada Kamu
Kerap ibu rasakan ibu dan ayah lah yang akan membuatkan kamu bahagia, gembira, tapi ternyata kamu dan adik-adik yang selalu menghilangkan rasa gundah dan lelah di hati ibu setiap kali ibu tatap wajah tak berdosa kalian.

Perjalanan hidup ini sukar. Terlalu banyak hutang ibu pada kamu dan adik-adik. Terlalu banyak pengorbanan kamu untuk ibu dan ayah. Kamu korbankan emosi kamu bila ibu tak punya banyak masa untuk kamu berbanding adik-adik.

Bila ibu jadikan kamu sasaran untuk lepaskan marah kerana kamu dah besar.. Sedangkan bila nama kamu disebut-sebut kerana kejayaan kamu dalam pelajaran, ibu baru tersedar betapa tidak bersyukurnya ibu kepada Dia.

Sayangku Anak Sulung Ibu..
Maafkan segala khilaf ibu dan ayah dalam membesarkan kamu. Maafkan ibu, ibu dan ayah hanya manusia biasa yang selalu terlupa bahawa kamu suatu masa dahulu pernah menjadi kecil seperti adik-adik mu.

Ibu dan ayah selalu terlupa untuk kembali mengucup dan memelukmu sehangat kucupan dan pelukan yang ibu berikan buat adikmu.

Maafkan ibu, kerana ibu tahu selepas ini ibu akan terus menerus lakukan kesalahan lagi.

Buat adik-adik, janganlah dilupakan jasa dan pengorbanan si sulung itu. Kerana pengorbanan mereka sepanjang kita membesar tidak kurang hebatnya berbanding pengorbanan ibu dan ayah kita.

Buat anak sulung ibu dan anak sulung yang lain, semoga kalian sentiasa dirahmati Allah, semoga Allah jua yang membalas jasa kalian, pengorbanan kalian dan kasih sayang kalian kepada adik-adik.


kredit :Fb Puan NurulAa Mustofa
Quote nono86 22-6-2019 12:31 AM
Huh.. Untung la adik2 klu dpt sulung mcm tu
Quote Lengkong 22-6-2019 07:43 AM
Anak sulung bertanggungjawab..adik2 akan lebih hormat

Quote RatuDunia94 22-6-2019 10:46 AM
Anak sulung kena jd penanda aras kpd adik beradik lain mencontohi..
Quote PuanAbby 22-6-2019 10:19 PM
Anak sulung tokwan dgn maktok bagi perhatian lebih bila anak kedua muncul sbb dorang kata kesian
Quote febreze 23-6-2019 10:01 PM
biasa yg sulung ni memang berdikari..lagi2 kalu mak pak susah ;(
Quote CikB 29-6-2019 05:15 PM
anak sulung lebih bertanggungjawab

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.082786s Gzip On
    To Top