Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Aku Syak Photoshop Ni!" - Tular Gambar Kembar Tiga Serupa Sangat Sampai Netizen Keliru!

Oleh: Myeonir|18-6-2019 04:46 PM Komen: 26
Ada adik-beradik lebih daripada dua orang ini biasalah, tapi yang luar biasanya apabila adik-beradik kembar tiga.

Tular di Twitter apabila pengguna ini memuat naik gambar adik-beradiknya. Bukan sahaja kembar tiga bahkan muka mereka tiada perbezaan langsung! Macam copy & paste.


Yang sulung ialah Iqbal, kedua ialah Hambal manakala yang bongsu pula ialah Haikal. Tuan yang memuat naik gambar mereka ini ialah si bongsu iaitu Haikal.

Muka mereka semasa kecil memang serupa, mesti makcik dan pakcik mereka keliru nak bezakan mereka. 

Kredit foto: Twitter
Ingatkan semasa kecil sahaja adik-beradik ini seiras, tapi apabila dah besar pun muka mereka tidak menunjukkan sebarang perbezaan!

Kredit foto: Twitter
Haikal turut berkongsi bahawa ibu bapa mereka juga kadang-kadang keliru nak panggil mereka dengan nama yang mana.

Bayangkanlah payahnya nak membezakan muka mereka bertiga apabila mereka turut mengenakan pakaian yang sama. Mesti ada yang tersilap panggil nama.

Netizen yang lihat gambar adik beradik ini rata-ratanya terhibur sehingga tweet ini dikongsi sebanyak 30,000 kali. Netizen turut melahirkan rasa keliru nak membezakan mereka.

Siap ada yang kata muka mereka ini telah diphotoshopkan!

Kredit foto: Twitter
Rakan universiti kembar tiga ini juga turut berkongsi kisah menarik dia apabila terserempak dengan mereka banyak kali sewaktu di fakulti dan kafeteria.

Kredit foto: Twitter
Iqbal, Hambal dan Haiqal memang tak payahlah tengok cermin. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
3
Komen: 26
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote aleesyasofia 19-6-2019 06:06 PM
mmg sama sgt.. sush nk bezakan nie.. cuma yg sorang tue ada nmpk lain sikit.. bestnya ada kembar..

Lain-lain Komen

Quote zulka 18-6-2019 04:49 PM
wow..memang sama
Quote chinta89 18-6-2019 05:02 PM
dh nam apun kembar kebanyakannya sama lah.. ape yg nk diviralkan aduiii..
Quote Artemesiaa 18-6-2019 05:22 PM
Yang ni nampak sama sesetengah kembat ada juga perbezaannya sedikit jadi senang sikit nak bezakan antara mereka.
Quote crazybeach 18-6-2019 05:25 PM
masa dekat uni tu hari2 gi kelas diorang bertiga pakai sepesen sama ke sampai orang tu boleh confuse. kalau pakai baju lain2 memang terus dapat cam lah kan tu diorang punya twin
Quote ainashiqa 18-6-2019 05:44 PM
Muka mmg sebijik. Kembar seiras betul.. Tgk sekali mmg xdpt beza
Quote MayaDelaRosa 18-6-2019 06:36 PM
Hemsem...Viral..Cer xhelok, sendu di tepian tasik...{:laugh
Quote nazzse 18-6-2019 07:28 PM
Sebijik wlpun kembar..at least kembar lain boleh beza ygni takleh langsung..
Quote kuewTiau 18-6-2019 08:29 PM
sejibik sejibun..tak pernah tengok iras betul-betul ni.
Quote knnk 18-6-2019 08:44 PM
Comelnya depa waktu kecik!
Macam Song triplets.
Dah besar biasa je. Tapi kecik2 comey lahai
Quote orgsepang 18-6-2019 08:46 PM
Akak ada sepupu kembar dari dua belah keluarga, rupa dan perangai tak sama. Senang nak kenal pasti. Yang ini memang sama sangat
Quote paz 18-6-2019 09:01 PM
Sama sangat ni.
Quote RatuDunia94 18-6-2019 09:24 PM
Yg sorang tu lain sikit.. yg sebelah kanan.
Quote cicicumel 18-6-2019 09:31 PM
kembar ni mmg sama luar dalam ke? heheh
Quote ikanmasin 18-6-2019 09:42 PM
sungguh2 seiras ..sama jer akk pun takleh cam
Quote Lula2 18-6-2019 10:15 PM
Cousin aku pun ada kembar yg sama sgt..
Sampai bini masing2 confuse
Tp yg amazing nya anak dia kenal ayah dia yg mana..masa tu anak tu kecik lg kurang setahun kot pakcik dia menyamar tp dia tau tu bukan ayah dia
Quote makita 18-6-2019 10:42 PM
Ada kembar masa kecik muka bdn suma sama sebijik. Tpi bila besar sorg lonjong sorang bulat. Muka langsung x sama.
Quote Shirley23 19-6-2019 01:11 AM
cicicumel replied at 18-6-2019 09:31 PM
kembar ni mmg sama luar dalam ke? heheh

Tak semestinya. Macam jiran iols dorang pun kembar tiga. Dua normal, sorang ada cacat pendengaran.
Quote lattehazelnut 19-6-2019 05:28 AM
Goatie pun nak sama
Quote puding_caramel 19-6-2019 08:47 AM
helokk benor. bertuah mak pak yg dpt rezeki ank kembo. sekali beranak 3 engkau.

Lihat semua komen(26)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.188561s Gzip On
To Top