Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tragedi Syawal, Pekerja SAINS Maut Selepas Terjatuh Dalam Kolam Takungan Berlumpur

Oleh: Tukang Tulis|15-6-2019 02:07 PM Komen: 33
Mahazir (gambar kecil) maut dipercayai akibat terjatuh ke dalam kolam takungan yang berlumpur. Kredit foto: NS Daily / Bomba

Seorang pekerja Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam Loji Rawatan Air Sungai Linggi di Rantau, Negeri Sembilan pada 14 Jun lalu.

Memetik laporan NS Daily, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa, Mahazir Hanif Idrus, 38, dikatakan terjatuh ke dalam kolam takungan yang berlumpur ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

Penyelia operasi, Pegawai Bomba Kanan II K. Putthisigamany berkata, mayat Mahazir yang beralamat di Felda Selancar 2, Segamat, Johor telah ditemukan pada pukul 3.30 petang.

Kredit foto: NS Daily / Bomba
Terlebih dahulu, pihak SAINS telah menyalurkan air keluar dari kolam takungan yang mempunyai kedalaman kira-kira lima meter.

Mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian mempunyai kesan luka pada bahagian muka dipercayai akibat terjatuh.

Putthisigamany menambah, lima anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.34 petang.

Kredit foto: NS Daily / Bomba
Operasi mencari turut dibantu oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT serta ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 33
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote harisbee 15-7-2019 06:53 PM
Dia keje sorang2 ke?

Lain-lain Komen

Quote MissNigga 15-6-2019 02:24 PM
inalillah ... salam takziah wat family aruah
Quote sapeka 15-6-2019 03:03 PM
innalillah
meninggal masa bertugas
semoga Allah merahmati arwah
Quote keds 15-6-2019 04:13 PM
takziah buat keluarga
Quote missycutie 15-6-2019 04:17 PM
Innnalillah... takziah untuk keluarganya. Semoga rohnya dicucuri rahmat
Quote sabundettol 15-6-2019 04:17 PM
Ya allah..takziah buat kluarga..sudah ajal
Quote serinegara 15-6-2019 04:21 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Quote NoraAnne 15-6-2019 05:54 PM
Takziah buat keluarga mangsa
Quote HannahMontana 15-6-2019 05:56 PM
takziah ...........
Quote mamarock 15-6-2019 06:21 PM
Pihak yang berkenaan kena tgk dan baiki apa yang patut aspek keselamatan pekerja ketika menjalankan tugas.

Takziah kepada keluarga mangsa.
Quote nenekglamer 15-6-2019 06:37 PM
Diaorg ni mmg xpakai tali keselamatan (sorry mak xtau term dia) etc ke masa bekerja kt area mcm ni? Kena anticipate kot insiden jatuh tergelincir etc..

Apapun takziah kpd family arwah. Moga ruh diampunkan dosa n dicucuri rahmat
Quote Maideen. 15-6-2019 07:08 PM
Harap arwah ada perlindungan insurans hayat yang dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarganya...
Quote benharungkar 15-6-2019 08:04 PM
Salam takziah
Quote nor_hh 16-6-2019 01:24 AM
Innalillah..takziah buat keluarga
Quote ikanmasin 16-6-2019 03:20 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun..
Quote fazamania 16-6-2019 03:40 AM
Kecut dah kaki arwah.. maknanya dah lama lah terperangkap dlm tu kan
Quote pyropura 16-6-2019 04:01 AM
Takziah .... Kesian Melayu bergadai nyawa di Rantau carik sesuap nasik, sedangkan Adun Rantau pres Umno senang2 jer songlap duit 10juta cash beli umah London
Quote DeeHanania 16-6-2019 05:15 AM
Innalillahiwainnailahirajiun...
Meninggal ketika bekerja...
Quote ainashiqa 16-6-2019 07:25 AM
Innalillah
Quote cmf_premierleag 16-6-2019 08:06 AM
meninggal semasa bertugas...sedihnya
semoga rohnya dicucuri rahmat

Lihat semua komen(33)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.316323s Gzip On
To Top