Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"1.7 Juta Kereta Balik KL" - Isteri Fazley Buang Hajat Dalam Semak, Ini Jawapan Pihak PLUS

14-6-2019 04:55 PM|Oleh: SakuraJo| Komen: 28

Kecoh juga beberapa hari ini apabila penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob dengan kisah bagaimana isterinya Datin Azrane Soraya terpaksa membuang 'hajat' di dalam semak.

Ia semua gara-gara penutupan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) pada Ahad lalu.

Memetik laporan Harian Metro, hal tersebut mendapat perhatian pihak Lebuhraya Utara Selatan (Plus). 

Foto: Carian internet
Menurut Ketua Perhubungan Korporat, Komuniti dan Awam Plus, Syed Mohammed Idid, penutupan R&R Sungai Perak dan hentian sebelah Simpang Pulai arah utara dilakukan secara berkala. Ia bertujuan mengelakkan kesesakan ketika musim perayaan Aidilfitri yang sedang berlangsung.

“Plus terpaksa menutup R&R Sungai Perak dan Hentian Sebelah Simpang Pulai secara berkala pada 9 Jun lalu ketika orang ramai bergerak pulang ke Lembah Klang.

“Langkah ini diambil bagi mengelak kenderaan terus beratur panjang di laluan masuk ke R&R dan hentian sebelah berkenaan selain menghalang laluan dan perjalanan kenderaan di laluan utama lebuh raya.

“Kedua-dua kawasan rehat berkenaan dibuka semula serta-merta kepada pelanggan selepas keadaan trafik sedikit terkawal,” katanya lagi yang mengesahkan lebih 1.7 juta kenderaan pulang ke ibu kota Ahad lalu. 

Dalam pada itu, Fazley mengemaskini statusnya di laman IG. Katanya, ramai bertanya 'hajat besar' atau 'hajat kecil', rupanya hajat kecil sahaja. Ramai dah salah anggaplah sebelum ni ya!

"Ramai pulak tanya, hajat besar ke hajat kecil: hajat kecil je nasib baik. Macam2 betul curiosity masing2, apapun terima kasih ya yang sudi bertanya!"


Pihak Plus juga berkata mereka memahami dan melahirkan rasa kesal dengan kesesakan luar biasa yang berlaku pada Ahad lalu. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 28
Komen

Previous : Dua Tahun Bercerai, Hafiz Hamidun Masih Elak Bertembung Dengan Joy Revfa

Next       : "Aku Banyak Buat Salah, Buat Dosa Pada Kau" - Diva AA Mahu Berbaik Dengan Azmin Ali

Komen Terbaru

Quote tulanglampai 21-6-2019 03:36 PM
lain kali ikut jalan lama. hah bnyak tempat nk berhenti kencing. haritu tersangkot jugak lama, lepastu ikut jalan lama. aman damai nk kencing, ada bnyk tempat

Lain-lain Komen

Quote clarizsa 14-6-2019 06:00 PM
Kecohlaa
Banyak lagi tempat lain hari2 jem berjam jam
Quote bictoria 14-6-2019 09:05 PM
Kencing pun nak bgtau choii
Quote belilies 14-6-2019 11:20 PM
GEDIKKKK

KITORANG kat sarawak ni dah biasa pun buang air kecil dalam semak. Hangsuang ni satu family cam rusa masuk kampung.
Quote caca_eric 14-6-2019 11:38 PM
belilies replied at 14-6-2019 11:20 PM
GEDIKKKK

KITORANG kat sarawak ni dah biasa pun buang air kecil dalam semak. Hangsuang ni satu fam ...

Hahaaa.. kt swak.takda.org jahat
Quote red_velvet 14-6-2019 11:47 PM
Aku bayangkan  azrene terkedek2 mencangkung dlm semak..maklum beliau kan rendang dan tembun mewarisi mak
Quote aleesyasofia 15-6-2019 12:26 AM
iols kalo xtahan mcm mana pon tetap cari r & r.. xde mknanya nk brhenti kt tepi semak tue..
Quote boojaat 15-6-2019 02:25 AM
Kan dh ada tred pasal ni
Quote grouper 15-6-2019 02:42 AM
Sebab tu pakai adult diapers bila nak balik raya naik highway
Quote disneyrecess 15-6-2019 03:33 AM
Motip bukak thread dabel?? Buta kah couls wahai reporter cari?
Quote Themilo 15-6-2019 11:25 AM
harap tak kena tungau
Quote damian_lee 15-6-2019 11:38 AM
disneyrecess replied at 14-6-2019 07:33 PM
Motip bukak thread dabel?? Buta kah couls wahai reporter cari?


Eh helloooooo chuolsss xpaham procedure cari - kata someone from cari
Quote carly_lah 15-6-2019 11:41 AM
dah tau highway jem, nak p toilet beratur panjang, nak masuk hentian pun beratur panjang,  exit la kat mana2 dulu, masuk jalan kampung, singgah masjid, stesyen minyak... belambak kot... ish ish ish...  
Quote amylopectin 15-6-2019 11:42 AM
belilies replied at 14-6-2019 11:20 PM
GEDIKKKK

KITORANG kat sarawak ni dah biasa pun buang air kecil dalam semak. Hangsuang ni satu fam ...

hehe..
Quote aidil8687 15-6-2019 11:54 AM
red_velvet replied at 14-6-2019 11:47 PM
Aku bayangkan  azrene terkedek2 mencangkung dlm semak..maklum beliau kan rendang dan tembun mewarisi ...

iolss terbayang2 apa ke masa nk melabuhkan punggung tu xkena cucukan rumput2 n segala lalang? hahhahaa
Quote buapakperut 15-6-2019 02:21 PM
red_velvet: Aku bayangkan  azrene terkedek2 mencangkung dlm semak..maklum beliau kan rendang dan tembun mewarisi mak

kencing berdiri pun orang tak nampak kot, semak lg tinggi dari dia.beriya je fazley ni tabir ngan tuala la..macam movie tamil sangat. padahal orang pun pelik apa la yang ditutup2 dalam semak
Quote selipar_hijau 15-6-2019 03:15 PM
Ada org pi jenguk ke masa bini dia dok buang hajat tu?
Quote keds 15-6-2019 03:41 PM
ok nexttt...
Quote mawardia 15-6-2019 04:16 PM
grouper: Sebab tu pakai adult diapers bila nak balik raya naik highway

SETUJU! Pakai la adult diaper kalau dh tau begitu rupa highway time2 raya ni. Dh berapa tahun duk Msia takkan x paham lagi keadaannya. Gigih nk ke semak jugak pastu upload ke IG? Motiflah! Kata buat training grooming tp apoooo? Benda basic kot! Puhlease la.
Quote YomiuriLandMae 15-6-2019 05:40 PM
Psl kencing pun nak citer dkt socmed..

Lihat semua komen(28)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.119662s Gzip On
To Top