Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Susu Dibalas Tuba, Gadis Curi Dan Gadai Barang Kemas Pusaka Ibu Saudara

14-6-2019 03:12 PM Komen: 17
Diberi susu, tetapi dibalas dengan tuba. Sudahlah menumpang, remaja perempuan membuat onar dengan mencuri barang kemas pusaka ibu saudaranya. Tidak cukup dengan itu, dia menggadaikan kesemua barang kemas berkenaan.


Gambar Hiasan

Kejadian berlaku di Kampung Baru Chenderong, Batu Gajah, itu menyebabkan mangsa kerugian RM10,000.

Harian Metro melaporkan, gadis berusia 16 tahun itu tinggal bersama mangsa selepas keluar dari rumah ibu bapanya di Jelapang, tiga bulan lalu.

Susulan kejadian, suspek yang tidak lagi bersekolah ditahan di sebuah rumah di Taman Puncak Jelapang, Ipoh, jam 1.30 petang, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, ibu saudara suspek berusia 63 tahun mengesyaki anak saudaranya mencuri rantai emas bernilai RM8,000 dan loket emas bernilai RM2,000.

Dakwanya, dia hanya menyedari barang kemas pusaka miliknya itu hilang pada jam 4.20, pagi semalam.

Siasatan mendapati, barang kemas berkenaan disimpan di dalam kotak yang diletakkan di dalam almari bilik tidur utama rumahnya.

Difahamkan, kali terakhir mangsa melihat barang kemas itu adalah seminggu sebelum suspek keluar dari rumah tanpa pengetahuannya.

Selepas disoal siasat, suspek mengaku mencuri barang kemas ibu saudaranya dan menggadaikannya di kedai pajak gadai di Silibin, pagi semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
4
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 17
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote farlis 16-6-2019 10:55 AM
cupu replied at 16-6-2019 10:48 AM
Klu kedai cina mmg dia amik je...bkn kisah...mest dia amik pun bwh nilai...camtu jgk klu brg2 curi ...

Make sense.. Kedai tu pndai la buat untung, amik below market price..
Yg untung kedai pajak tu la.. Bdk tu asal dpt duit jalannnn

Lain-lain Komen

Quote prettyuglybabe 14-6-2019 04:18 PM
emas pusaka mesti emas padu tu..
mujur la dapat jumpa kat mana digadai..
Quote VioletsAre_Blue 14-6-2019 05:20 PM
Tak kenang budi
Quote Artemesiaa 14-6-2019 05:25 PM
Jenis yang dah bermasaalah dari mula ni eloklah jaga2 kalau dibenarkan tinggal bersama macam dalam kes ni mencuri
Quote mamarock 14-6-2019 05:31 PM
Budak 16 tahun gadai emas nak dapatkan duit banyak-banyak nak buat apa? Nak kasi boyfriend ke?

Gaduh dengan mak ayah sampai keluar rumah sebab apa?

Yang makciknya pula kasi tunjuk barang kemas kat budak tu kenapa pula?
Quote Pink_Purple 14-6-2019 08:23 PM
16 tahun, xsekolah..menagih per..curi mas, gadai.. duit kasi bf
Quote newyork 14-6-2019 08:41 PM
Gile ahh .. brg kemas org dulu2 selalunya mmg pure..  budak bermasalah ni..
Quote farlis 15-6-2019 12:26 PM
Camne blh lepas kat pajak gadai..??
Bdk bwh umur kan...
Kalau beli emas bagai pun nk kena ada ic, inikan pulak jual kt pajak gadai... {:question
Quote jfq 15-6-2019 02:21 PM
Tokey kedai pun main terima aje
X tnya kenapa budak umur 16 tahun boleh gadai emas
Quote bakingsoda 15-6-2019 02:24 PM
bak kata pepatah kecik2 taknak mampus, dah besar harta orang hangus
Quote namieamuro 15-6-2019 02:24 PM
lepas pulak ye umor sebegitu mengadaikan emas..emas pusaka, mesti berat padu..
Quote nononcrux 15-6-2019 03:08 PM
kalau harga btl mesti lbh 10k tu, tokey nak untung le tu
Quote keds 15-6-2019 04:17 PM
tak kenang budi betul
Quote Pink_Purple 15-6-2019 04:26 PM
farlis replied at 15-6-2019 12:26 PM
Camne blh lepas kat pajak gadai..??
Bdk bwh umur kan...
Kalau beli emas bagai pun nk kena ada ic,  ...

mesti dia minta tolong orang yang layak gadai..bf dia ke..bukan keje dia sorang ni..

budak dah liar ni..mak sendiri xmampu nak bela, mak sedara nak try jaga..sekali....
Quote missycutie 15-6-2019 06:44 PM
Lari dr rumah mak ayah. Menumpang makcik.then buat onar pula dgn makcik. Seriously??? I cannot brain
Quote chinta89 16-6-2019 10:20 AM
mmg x layak dibuat baik.
Quote cupu 16-6-2019 10:48 AM
farlis replied at 15-6-2019 12:26 PM
Camne blh lepas kat pajak gadai..??
Bdk bwh umur kan...
Kalau beli emas bagai pun nk kena ada ic,  ...

Klu kedai cina mmg dia amik je...bkn kisah...mest dia amik pun bwh nilai...camtu jgk klu brg2 curi.. Kedai jns mcm ni la yg akan amik..biasa pajak style lama.klu jns br yg arrahnu bagai tu mmg proper system.
Quote farlis 16-6-2019 10:55 AM
cupu replied at 16-6-2019 10:48 AM
Klu kedai cina mmg dia amik je...bkn kisah...mest dia amik pun bwh nilai...camtu jgk klu brg2 curi ...

Make sense.. Kedai tu pndai la buat untung, amik below market price..
Yg untung kedai pajak tu la.. Bdk tu asal dpt duit jalannnn

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.223821s Gzip On
To Top