Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Main Sorok-Sorok Dalam Peti Sejuk, Dua Beradik Mati Tak Boleh Buka Pintu

Oleh: Myra Rozi|14-6-2019 01:11 PM Komen: 29
Mati lemas terperangkap dalam peti sejuk yang terbiar di depan rumah.

Itu nasib dua beradik, David,6 dan Nikita, 4 yang bermain sorok-sorok di kediaman mereka yang terletak di Mikhaylovka, Kyrgystan. 

Daily Mail melaporkan, David menyorok dalam peti sejuk yang terbiar di halaman berhampiran rumah.

Nikita yang dipercayai telah menemui abangnya itu turut masuk ke dalam.

Foto: Daily Mail
Malangnya, peti sejuk yang direka pada era Soviet itu dibuat khas, di mana pintunya tidak dapat dibuka dari bahagian dalam.

Mengesyaki kehilangan dua beradik tersebut, ibu bapanya, Roman, 28 dan Yulia, 28 mula mencari.

Usaha mereka gagal sebelum bertindak membuat laporan polis.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui dan polis mengesahkan mereka mati lemas akibat terperangkap selama lima jam. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 29
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote darls 18-6-2019 11:54 AM
keisannya, sorok-sorok terus jadi tragedi

Lain-lain Komen

Quote cheekylala 14-6-2019 01:25 PM
kesiannya..
Quote shernazz 14-6-2019 01:39 PM
Sedihnyaa
Dua dua mati terperangkap
Mcmana la depa sebelum mati tu kan..
Quote KIM.K 14-6-2019 01:53 PM
Peti sejuk model ni dah diharamkan di US dan pelbagai negara Europe sebab banyak kes budak mati macamni
Rupanya ada lagi orang pakai..padahal ni model lebih 50 tahun

Itupun ada lagi pengeluar macam SMEC yang nak bergaya eccentric jual balik DESIGN ni
Quote buapakperut 14-6-2019 01:58 PM
ni peti ais mintak nyawa.
Quote Boomibulat 14-6-2019 02:22 PM
Pprt nye design
Quote dewi_rina 14-6-2019 02:26 PM
Allah kesian nya
Mesti dorang berusaha nak keluar dari peti ais tu kan
Quote Artemesiaa 14-6-2019 02:27 PM
Ni peti sejuk style dulu2 ala2 era 60an berat pintunya tak macam zaman sekarang.  Kalau terperangkap susah nak keluar.  Apa pun takziah buat keluarga mangsa.
Quote yuki812 14-6-2019 02:29 PM
ya allah kesiannya..
tapi kan..tul juga..kalau kat dlm tu..camne nak kuar..
Quote ell768 14-6-2019 02:32 PM
kesiannya...dua beradik pulak tu..
Quote moonbug 14-6-2019 02:36 PM
Aduh kesiannya. Lemas dalam space yang sempit gila and gelap, tak dapat bayangkan
Quote orgsepang 14-6-2019 02:43 PM
Pintunya kaca ke tu? Pasti tak ada siapa terfikir untuk mencari disekitar peti sejuk tu. Kasihan
Quote mdhelmi 14-6-2019 03:07 PM
Edited by mdhelmi at 14-6-2019 03:08 PM

skrg masih ada peti ais camtu utk elakkan pintu merenggang akibat xtutup kemas
masa nk buka kat bhg handle ada tekan baru bole buka
sbb dah merekot dlm tu nk tendang pon dah xbole sbb xde space
hanya bole ketuk supaya org dengar
kalo dlm tu 2 org jgn kata 5 jam, 5 min pon dah bole lemas
seingat aku kyrgystan negara kawin paksa tu kan
culik anak dara org pastu kahwin paksa dan itu dibenarkan dlm rules
xtau skrg masih apply ke x
Quote oni313 14-6-2019 03:48 PM
KIM.K replied at 14-6-2019 01:53 PM
Peti sejuk model ni dah diharamkan di US dan pelbagai negara Europe sebab banyak kes budak mati maca ...

SMEG, HQ company i pakai brand tu, kaler merah

cantik mmg la cantik, tp retro sangat, rimas nak kena tarik benda alah tu...
Quote NadaDeafah 14-6-2019 04:36 PM
sesak nafas aku membayangkan
Quote KIM.K 14-6-2019 05:07 PM
oni313 replied at 14-6-2019 03:48 PM
SMEG, HQ company i pakai brand tu, kaler merah

cantik mmg la cantik, tp retro sangat, rimas nak ...

Iols save gambor fridge ni kat IG. Barang bucket list
Quote KIM.K 14-6-2019 05:07 PM
oni313 replied at 14-6-2019 03:48 PM
SMEG, HQ company i pakai brand tu, kaler merah

cantik mmg la cantik, tp retro sangat, rimas nak ...

Iols save gambor fridge ni kat IG. Barang bucket list
Quote kivio 14-6-2019 09:17 PM
Fehh sadis gile kesian
Quote ainashiqa 14-6-2019 09:43 PM
Kesiannya la... Peti sejuk zaman bila la ni
Quote missDollie 14-6-2019 10:09 PM
Aduh..kesiannya..seronok2 main terus jadi tak seronok..

Lihat semua komen(29)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.227944s Gzip On
To Top