Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Tak Puas Makan Lemang? Boleh Cuba Resipi DIY Lemang Dalam Tin, Mudah Je!

Oleh: intan|14-6-2019 11:01 AM Komen: 11
Bulan Syawal yang semakin tiba ke penghujung pasti membuatkan anda merindui juadah istimewa yang hanya dihidangkan setahun sekali seperti ketupat, lemang dan sebagainya, betul tak? 

Namun, bagi anda yang masih belum berkesempatan menjamah lemang di pagi Aidilfitri, jangan risau kerana ada jalan penyelesaiannya! 

Tak perlu beli mahal-mahal kerana resipi lemang DIY ini sangat mudah disediakan dan anda tidak perlu bersusah payah menebang buluh untuk menghasilkannya. Ini kerana, anda hanya memerlukan tin kosong dan daun pisang. Mudah, kan?

Resipi ini telah dikongsi di Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) dan mendapat ribuan tanda suka dan kongsi. Jom kita tengok cara penyediaannya.


Penyediaan bahan yang ringkas

Tin minuman
1 kilogram beras pulut
1/2 kilogram santan pekat (tambah sedikit air untuk samakan dengan pulut)
Sedikit garam





Langkah-langkah penyediaan lemang dalam tin

1. Basuh tin minuman dan masukkan daun pisang.
2. Basuh beras pulut dan masukkan ke dalam tin 3/4 penuh.
3. Masukkan santan sama paras dengan beras.
4. Masukkan tin ke dalam periuk Noxxa dan masukkan sedikit air ke dalam periuk suku dari tin.
4. HP selama 30 minit dengan Noxxa
5. Keluarkan wap, alihkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 15-20 minit pada 200 darjah Selsius.
6. Bila dah siap, tunggu sejuk sebelum lemang dikeluarkan dari tin.
7. Siap dihidang bersama rendang!






Tak ada periuk Noxxa? Boleh je guna ketuhar

Caranya, bakar terus menggunakan ketuhar pada suhu 180 darjah Selsius selama satu jam 30 minit. Anda juga boleh menggunakan pengukus selain periuk nasi biasa.





Siap! Boleh dihidangkan kepada para tetamu yang datang beraya




Mudah kan? Nak buat pun senang. Buat anda yang dikekang kesibukan dan tak sempat nak buat lemang buluh, bolehlah cuba lemang DIY ini. Dihidangkan pula dengan serunding, rendang ataupun ayam masak sambal. Wah, terangkat! Selamat mencuba! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 11
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote cikbun 8-8-2019 12:43 AM
menariknya boleh dicuba

Lain-lain Komen

Quote msdummy.2018 14-6-2019 01:52 PM
TT...copy dr ohbulan ker?i nmpk artikel nie dulu kat ohbulan
Quote bawangkecik 14-6-2019 01:57 PM
msdummy.2018 replied at 14-6-2019 01:52 PM
TT...copy dr ohbulan ker?i nmpk artikel nie dulu kat ohbulan

ni ambil dari page masak apa hari ni facebook
Quote msdummy.2018 14-6-2019 02:05 PM
bawangkecik replied at 14-6-2019 01:57 PM
ni ambil dari page masak apa hari ni facebook

oh ok...kita xde fesbuk slamat hari raya
Quote bawangkecik 14-6-2019 02:07 PM
msdummy.2018 replied at 14-6-2019 02:05 PM
oh ok...kita xde fesbuk  slamat hari raya

bagus, semak ja facebook
Quote chacon 14-6-2019 03:04 PM
tetap tak boleh lawan yg dalam buluh.aroma dibakar dengan kayu api dalam buluh dah pasti lagi sedap
Quote sabundettol 15-6-2019 04:20 PM
Ada yg day try keee
Quote AmandaRollins 16-6-2019 02:42 PM
Nk try la buat..craving lemang sgt2..kt kawasan rumah ni xde jual..g open house xpuas makan ...
Quote chinta89 16-6-2019 04:28 PM
dulu2 x suka lemang, sejak dh makin tua ni mcm tersuka plk kih3
Quote Lengkong 16-6-2019 06:16 PM
Nampak sedap
Quote penhitammm 17-6-2019 03:11 PM
kene periuk jenama noxxa jugak ke? lelain fail ke?
Quote cikbun 8-8-2019 12:43 AM
menariknya boleh dicuba

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.098359s Gzip On
To Top