Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Beg Dalam Semak. Ingatkan Kucing, Rupanya Bayi

Oleh: Myra Rozi|13-6-2019 10:35 AM Komen: 66
Seorang wanita menggigil apabila menemui seornag bayi perempuan dalam beg di bawah pokok, dalam semak berhampiran rumahnya.

Paridah Johuran, 53 menyatakan kejadian berlaku pada 10.30 pagi di tepi jalan berhampiran Flat Sri Anugerah, Larkin.

Harian Metro melaporkan ketika itu dia sedang berjalan pulang dari kedai serbaneka.

Foto: Facebook
Sebenarnya, saya sudah melepasi lokasi itu namun berpatah semula ke tempat kejadian sebelum ternampak beg berwarna putih corak merah jambu di tepi jalan. Pada awalnya, saya menyangka anak kucing dibuang di dalam beg itu kerana melihat ada pergerakan.

Bagaimanapun, saya tidak sedap hati dan meminta bantuan seorang pekerja bengkel berhampiran untuk mendapatkan beg itu kerana ia benar-benar berhampiran longkang.

Apabila dia serahkan beg itu kepada saya, saya membukanya dan menggigil apabila mendapati objek di dalamnya adalah bayi dipercayai berusia kurang seminggu kerana masih bertali pusat dan mempunyai kesan gigitan semut di pipinya.

Foto: Facebook
Nasib baik bayi tersebut selamat sebelum nyawanya mungkin diancam haiwan berbisa atau anjing liar.

"Saya tidak pasti siapa ibu dan bapa kandung bayi berkenaan namun berharap dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang.

Sementara itu, seorang pengadu membawa bayi itu ke bengkel dan membersihkannya serta memberi susu.

Bayi berusia tiga hari itu dalam keadaan sihat dan baik ketika ditemui.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata,

Bayi dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan dan kini dalam penjagaan hospital, kami juga sudah memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)."

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu menghubungi Hot Line JBS 07 2218999 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Masitah Ali Murtada di talian 013 3721458 atau balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana ibu bapa atau penjaga kanak-kanak berusia kurang 12 tahun mendedahkan dan membuang kanak-kanak itu, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua duanya. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 66
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote CatMiow 27-8-2019 03:09 PM
Eee...  Bodohnya si pembuang tu.

Harap2 dapat kena detect oleh polis si pelaku tu. Dah tambah dosa buang anak,  semoga menghantui mu seumur hidup.

Lain-lain Komen

Quote Kurex 13-6-2019 10:42 AM
Bangsa j pun ada oerangai macam ni ke
Quote isseliparjepun 13-6-2019 10:49 AM
Allah kesiannya..sampainya hati buat bayi macam tu. Mujur ada orang jumpa
Quote Idgaf 13-6-2019 10:51 AM
Comelnya baby tu
Quote chinta89 13-6-2019 10:53 AM
tak keisan ke kalau mati lemas, atau digigit binatang buas? x kesian masa dpn anak ke takde dokumen diri, nt nk masuk sekolah atau ape2 yg bkaitan, susah.

aku kesian sgt ngn bayi2 x bsalah di atas kejahatan mak pak x bhati perut. elok mse ko kecik dlu ko mati je la. ni dh hidup besar pjg, dpt anak eh dibuangnya plk. x kira apa alasan sekalipun, x patut buang bayi suci!
Quote RatuDunia94 13-6-2019 11:04 AM
Hmmmmmmmmm... kalau nk buang pon. Buang lah kat tempat yg selamat sikit.
Quote Asdan 13-6-2019 11:04 AM

tanya sikit boleh ke ?

dulu zaman tak bertudung tak ada buang bayi merata,
sekarang zaman bertudung banyak buang bayi merata,

soalannya, apa kaitan tudung & buang bayi merata ?
Quote Atata 13-6-2019 11:16 AM
Ya Allahhhh..... Bodohnyaa tukang buang tuu letak dlm beg sempit   dah tu letak bawah pokok kat semak samun. Mmg mcm harap2 je baby tu mati d makan haiwan. Astagfirullah tergamak buat mcmtu kat benda bernyawa

Btw muka baby tu mcm mix2 paki/bangla. Huwaaa
Quote lolita737 13-6-2019 11:22 AM
dah la kecik je baby tu..

mak pak dia xrasa kesian ke?? sedangkan org yg xberkahwin n yg xda ada anak lagi baca kisah tentang adik ainul mardiah tu ada yg sedih n menangis..

inikan pulak ibu yg beranak kan baby tu..semoga mak nya terus dihantui rasa bersalah..
yg bapanya ntah2 dah lari mencari mangsa baru..
Quote Nana_Man 13-6-2019 12:12 PM
Asdan replied at 13-6-2019 11:04 AM
tanya sikit boleh ke ?

dulu zaman tak bertudung tak ada buang bayi merata,

majoriti yg buang baby org islam kan? Konon nya malu dah buat dosa.parents pun taknk ngaku tu cucu dorang pasal malu.
Non-muslims dah pregnant aman2 jer kawin atau tak kawin ngan bf. Tapi dorang tak buang baby. Dorang jaga jer baby mcm biasa walau ada yg bergelar single parent. Dorang just move on wif their lives.
Quote Nana_Man 13-6-2019 12:14 PM
Cute sgt baby ni.... mak nya masa beranak agknye tak rasa sakit apa, mgkn rasa mcm berak jer. Tu sbb buang baby mcm takde rasa apa2.
Quote girlfridayz 13-6-2019 12:15 PM
comelnya baby ni... T_T
Quote sarahmirza 13-6-2019 12:16 PM
Hidung tinggi...
Ada dna bangla/india/paki agaknya
Quote sarahmirza 13-6-2019 12:17 PM
Asdan replied at 13-6-2019 11:04 AM
tanya sikit boleh ke ?

dulu zaman tak bertudung tak ada buang bayi merata,

Zaman tak bertudung sangat tu tahun bila?
Awal 80an my mak pun tak bertudung lagi...
Masa tu wifi, facebook,  twitter takde lagi...

Quote Artemesiaa 13-6-2019 12:17 PM
Nasib ada yang jumpa dan sempat diselamatkan
Quote sarahmirza 13-6-2019 12:19 PM
Nana_Man replied at 13-6-2019 12:12 PM
majoriti yg buang baby org islam kan? Konon nya malu dah buat dosa.parents pun taknk ngaku tu cucu ...


Sedangkan buat baby hatch pun ramai melayu islam yang sentap....

Kalau ada option dah terbunting boleh sign dokumen anak lahir bagi kat orang yang beratur nak anak angkat kan bagus...

Tapi jangan la kena paksa tinggal kat rumah pemulihan,  kena paksa bertudung,  mengaji itu ini.... Depa nak bebas.
Quote Asdan 13-6-2019 12:23 PM
Nana_Man replied at 13-6-2019 12:12 PM
majoriti yg buang baby org islam kan? Konon nya malu dah buat dosa.parents pun taknk ngaku tu cucu ...

rasa malu boleh menyebabkan sikap tak bertanggungjawab & membunuh
Quote torres9 13-6-2019 12:24 PM
Bangsa J
Quote tumpanglalu74 13-6-2019 12:26 PM
Macam cerite Thumbelina.. Comeynye..
Quote CardiGans85 13-6-2019 12:31 PM
Comel baby..

Lihat semua komen(66)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.259523s Gzip On
To Top