Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pelajar MTD Dilaporkan Hilang Dah Dijumpai, Rupanya...

Oleh: Tukang Tulis|13-6-2019 11:37 AM Komen: 85

Muhammad Harraz Hilmi bersama ibunya. Kredit foto: Facebook

Pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD), Muhammad Harraz Hilmi Mohd Shukri yang dilaporkan hilang pada 10 Jun lalu kini disahkan selamat kembali ke pangkuan keluarganya di Kota Bharu, Kelantan.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi oleh beberapa netizen dalam Facebook, remaja lelaki berumur 16 tahun itu tiba di Kota Bharu pada 12 Jun.

Kredit foto: Facebook
Turut tular melalui media sosial adalah mesej berhubung punca yang menyebabkan pelajar tingkatan empat itu tidak melaporkan diri di MTD dan mengapa dia membuat keputusan pulang ke Kota Bharu.

Merujuk kepada mesej berkenaan yang dikongsi oleh ibu kepada seorang rakan remaja berkenaan, selepas turun dari bas di Putrajaya Sentral, Muhammad Harraz Hilmi dikatakan menaiki tren Laluan Rel Ekspres (ERL) ke Stesen KL Sentral.

Setelah menunaikan solat zuhur, dia mencari restoran Domino's Pizza untuk menebus kupon namun premis makanan Itali tersebut terletak di luar Stesen KL Sentral dan memerlukannya berjalan ke sana.

Ketika dia melalui jalan pintas ke restoran berkenaan, tiba-tiba sebuah kereta Perodua Kancil mendekatinya dan dua individu keluar dari belakang kenderaan tersebut sambil mengacu pisau mengarahkannya masuk ke dalam kereta.

Salah seorang daripada individu terbabit menyeluk poket Muhammad Harraz Hilmi dan merampas telefon bimbit serta dompet yang mengandungi wang sebanyak RM150 sebelum kereta itu berhenti dan dia diarahkan turun.

Mujurlah, kad pengenalan dan kad ATM miliknya yang berbaki RM50 dalam akaun yang disimpan di dalam fail serta wang RM10 di dalam poket seluar yang lain tidak dirampas.

Pada 11 Jun, dia membuat keputusan membeli tiket bas untuk pulang ke Kelantan dan apabila tiba di Kota Bharu, Muhammad Harraz Hilmi meminjam telefon milik seorang individu untuk menghubungi ibunya.

Kredit foto: Facebook
Memetik laporan Bernama pada 12 Jun, abang mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan adiknya di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur dan kes itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok, Kelantan untuk tindakan lanjut.

Syukurlah Muhammad Harraz Hilmi selamat kembali ke pangkuan keluarga setelah mengharungi pengalaman yang mencemaskan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
3
Terkejut
4
Sedih
3
Lawak
6
Bosan
4
Komen: 85
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote encikWawad 4-9-2019 05:02 PM
alah dekkk bohongnya satu batu leh bauu busyuknyaaa. ic n atm kad dalam beg lain. duit dalam beg lain? lawak la dekkk. cakap la tiakk mak cayerr juga yg caya windu windu kan. balik rmc kena ragging ngan senior. wuwu

Lain-lain Komen

Quote cik_nit 13-6-2019 11:43 AM
Alhamdulillah... selamat ko dik..
Quote SWORKS27 13-6-2019 11:59 AM
Alhamdulillah..bagus ko dik..x melawan.....mujur umur masih panjang
Quote wirazam 13-6-2019 11:59 AM
why tak sambung kat thread yg ada dibuka...
Quote laksmanabentan 13-6-2019 12:01 PM
nasib baik ko tak kena rogol dek...
Quote inspiro92 13-6-2019 12:07 PM
Bagus ko dik.ade common sense&  reti utk survive lepas ditimpa musibah& x cepat panik. bagus jugak fikiran ko utk simpan duit & dokumen penting di tempat berasingan.
Quote sarahmirza 13-6-2019 12:14 PM
Bukan ke dlm thread satu lagi ada detect hp dia kat Kelantan?  

Quote Pink_Purple 13-6-2019 12:32 PM
dah ditemui..

budak2 ni mcm2..knp masa lps kena rompak ,,xcall sapa2..ni buat cool je..

jangan buat drama dah dik..ko xnak bljr situ ckp siang2..

lps cuti pnjang homesick xhabis lagi
Quote akakdendeng 13-6-2019 12:37 PM
alhamdulillah dah selamat jumpa
Quote RatuDunia94 13-6-2019 12:43 PM
Syukur adik hensem ni selamat.. akak baru nk bg tumpang berlindung..
Quote minguk 13-6-2019 12:47 PM
dah la kacak, bijak pula..
tapi kalau you gebang pasal kena rompak tu , kakak tetap maafkan you sebab you kacak.. kakak typical melayu. sekian.
Quote insulin 13-6-2019 12:48 PM
Pelik adik ni. Kenapa tak buat report yang dia dirompak di balai polis yang berdekatan KL Sentral?
Quote CiliPadiSedap 13-6-2019 12:51 PM
Gedebe punya perompak. Berani rompak adik kacak pujaan hati bedah... bedah nak bedah nak
Quote palmolive 13-6-2019 12:54 PM
Pink_Purple replied at 13-6-2019 12:32 PM
dah ditemui..

budak2 ni mcm2..knp masa lps kena rompak ,,xcall sapa2..ni buat cool je..

kan hpone dia kena rompak sma dgn duit RM150?
Quote jazaa100 13-6-2019 12:58 PM
Kupon domino pizza punya hal.....

Ok..ok...
Quote Qifaqifa 13-6-2019 12:59 PM
xpela dik..yg penting ko selamat..balik kat family...
Quote Boomibulat 13-6-2019 01:03 PM
CiliPadiSedap replied at 13-6-2019 12:51 PM
Gedebe punya perompak. Berani rompak adik kacak pujaan hati bedah... bedah nak bedah nak

Bukak baju please yang-bedah
Quote eLiaD 13-6-2019 01:06 PM
harap X menipu la dik ade ke org yg nk kidnap budx2 mcm ni semata2 nk duit sdg kn area ctu byk cctv
Quote harisbee 13-6-2019 01:13 PM
sarahmirza replied at 13-6-2019 12:14 PM
Bukan ke dlm thread satu lagi ada detect hp dia kat Kelantan?

kat kuala lipis..pencurinya org lepeh???
Quote prettyuglybabe 13-6-2019 01:15 PM
macam drama tamil jah

Lihat semua komen(85)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.299346s Gzip On
To Top