Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Tak Aci Korang Dah Bersama" - Adik Afdlin Shauki Meninggal Dunia

13-6-2019 11:13 AM|Oleh: Tukang Tulis| Komen: 42

Gambar kenangan Allahyarham Jefri Adzman bersama arwah ibunya. Kredit foto: Instagram

Adik kepada pelakon Afdlin Shauki iaitu Jefri Adzman Aksan yang mengalami koma setelah menjadi mangsa kemalangan langgar lari meninggal dunia pada 12 Jun.

Perkara itu disahkan oleh Afdlin Shauki melalui entri dalam akaun Instagram miliknya pada hari yang sama.

Jefri telah pulang ke rahmatullah pada pukul 5.14 petang setelah terlibat dalam kemalangan berhampiran stesen minyak Petronas Kota Damansara, Selangor pada 9 Jun lalu.

Afdlin Shauki bersama Allahyarham Jeffri Adzman dan dua kenalan mereka. Kredit foto: Instagram

Insiden itu menyebabkan Allahyarham menjadi koma dan perlu menjalani pembedahan untuk membuang pendarahan dalam otaknya di Hospital Thomson Kota Damansara di mana dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

"Sekarang adik dan boleh jaga mak In Shaa Allah di jannah. Tak aci korang dah bersama. Ya Allah jagalah mereka, hindarkanlah seksa kubur, elakkan dari azab api neraka, elakkan dari fitnah sewaktu hidup dan selepas mati.

"Elakkan dari fitnah dajjal. Kejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami jep... Yeop sayang kau jep," tulis Afdlin Shauki dalam entri tersebut.


Afdlin Shauki turut memohon kepada sesiapa sahaja yang mengenali Jefri agar memaafkan segala kesalahannya serta menghalalkan makan dan minumnya.

"Jika adik saya ada berhutang dengan sesiapa, bolehlah sekiranya menghubungi saya," katanya.


Semoga roh Allahyarham Jefri Adzman ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan sentiasa beramal soleh. - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
3
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 42
Komen

Previous : Apa Gabungan Artis Yang Peminat Nak Tengok? Ini List Yang Rare Dan Di Luar Kotak!

Next       : "Dah Macam Rupa Valak Bila Tengok Neelofa, Seram!"

Komen Terbaru

Quote Ina8895 10-7-2019 02:13 AM
Al Fatihah

Lain-lain Komen

Quote msdummy.2018 13-6-2019 11:23 AM
semoga rohnya dicucuri rahmat.....2 berita sedih hari ini
Quote AyaqMeloSuam 13-6-2019 11:25 AM
Takziah pd keluarga Afdlin Shauki. Al fatihah
Quote seri_mawr 13-6-2019 11:29 AM
Takziah pd keluarga Afdlin Shauki. Al fatihah
Quote MFR_IN 13-6-2019 11:57 AM
salam takziah.


innalillahwainalillahirojiun..
Quote DARSITA 13-6-2019 12:00 PM

syorga dah take customer ke?

setau aii first yang masuk syorga junjungan kita Nabi Muhammad. Itu pun selepas berhimpun di padang masyar.
Quote mieymiey 13-6-2019 12:15 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Quote Incanto 13-6-2019 12:17 PM
Al Fatihah

Takziah pada seluruh keluarga
Quote metime 13-6-2019 12:19 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun..
Takziah pd seluruh keluarga Afdlin Shauki...
Quote cmf_anisss84 13-6-2019 12:45 PM
Takziah pd keluarga Afdlin Shauki. Al fatihah
Quote Boomibulat 13-6-2019 12:47 PM
Innalillah..akhir2 bln ni bnyk org terkenal meninggal.tmasuk 2,3 org membe sndiri.huhu
Quote EvieWanKenobi 13-6-2019 01:30 PM
Innalillah.. semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya..

camne arwah eksiden?
Quote girlfridayz 13-6-2019 02:05 PM
takziah afdlin..
Quote joyahbawang 13-6-2019 02:23 PM
Innalillahi wa innailahi rajiun
Quote hussaini4675 13-6-2019 03:39 PM
EvieWanKenobi replied at 13-6-2019 01:30 PM
Innalillah.. semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya..

camne arwah eksiden?

Langgar lari dengarnya. Arwah bawak skuter. Kena langgar dengan myvi hijau.
Quote gigihadid 13-6-2019 03:45 PM
innalillahwainalillahirojiun

salam takziah..
Quote cik_nit 13-6-2019 03:45 PM
Salam takziah...
Quote EvieWanKenobi 13-6-2019 03:46 PM
hussaini4675 replied at 13-6-2019 03:39 PM
Langgar lari dengarnya. Arwah bawak skuter. Kena langgar dengan myvi hijau.

oo okay, tt..tq for info..
Quote awanearisu 13-6-2019 03:57 PM
Takziah Afdlin. Semoga diampunkan segala dosa-dosa arwah..
Quote cik_nit 13-6-2019 04:43 PM
Terima kasih... Jasamu akan dikenang.

Lihat semua komen(42)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.133985s Gzip On
To Top