Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Ainul Borak Dengan Ibu, Satukan Hati Rakyat Malaysia

Oleh: MBS|12-6-2019 05:09 PM Komen: 47
Imej dan video terbaharu Ainul yang dikongsikan di media sosial

Hati ibu mana yang tidak gembira melihat penderitaan anak kecil telah berakhir. Demikian perasaan ibu kepada Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, yang selamat menjalani pembedahan membuang tumor pada Isnin lalu.


Lebih menggembirakan, bayi berusia lapan bulan itu yang telah sedar, seolah-olah telah boleh berborak dengan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24, dalam satu video yang dikongsikan oleh bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24.


Dalam video di Facebooknya itu, Ainul Mardiah seakan akan berkomunikasi dengan ibunya yang kelihatan sedang mengagahnya.


Astro Awani melaporkan, video berdurasi 39 saat itu turut menggunakan musik latar lagu yang sama dengan nama bayi berkenaan, yang dipopularkan kumpulan UNIC.


Jelas dilihat dalam video berkenaan, Ainul Mardhiah seakan tersenyum dan memberi reaksi setiap kali diagah ibunya. Matanya hampir tidak berkelip dan tetap memandang wajah ibunya.



Sementara itu, kisah Ainul Mardhiah nyata berjaya merapatkan netizen di negara ini. Menerusi komen komen di Facebook Ahmad Safiuddin, rata rata netizen berkata, kisah penderitaan Ainul Mardhiah sebelum ini telah menyatukan hati rakyat Malaysia.


Pemilik akaun Sinyee Eng menulis, "kemarahan menimbulkan pertengkaran, kasih sayang menghasilkan harmoni, baby Ainul istimewa menyentuh semua rakyat Malaysia, bersatu hati."



Hasnolazuan Sani pula berkata, "berjuta orang mendoakan untuk baby Ainul, Tuhan hantar seorang gadis kecil untuk menyatukan kita semua."


Hisham WC dalam pada itu berkata, "bayi kecil ini menyatukan kita semua tidak kira bangsa."


Pemilik akaun Hasliza Leeza sementara itu pula menulis, "Semua bersatu hati mendoakan kamu Ainul sayang.."


Malah, sebuah fan page Facebook tidak rasmi yang mengemaskini keadaan Ainul Mardhiah juga telah diwujudkan. Page dengan nama Doa Untukmu Ainul kini telah diikuti lebih 27,000 orang.




Ainul pada Isnin telah melalui pembedahan selama lima jam di sini, untuk membuang tumor seberat 200 gram dimulutnya akibat germ cell tumor. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 47
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote videcloset 28-8-2019 10:38 AM
so cute!! semoga sembuh sepenuhnya cepat

Lain-lain Komen

Quote dua_chzy 12-6-2019 05:48 PM
Nak dengar baby Ainul borak. Bukak la bidyo. Tengok2 suara jantan nyanyi2 syahdu kuar. Putong aaaah!

Quote miszclassique 12-6-2019 05:49 PM
Kuatnye awak baby...mesti sakit sangat selama ni sbb tumor tu besar sampai mulut nya stretch {:cryrun
Quote shernazz 12-6-2019 05:53 PM
Sebak tgk.dia cuba nak komunikasi tu..
Quote Jiddin 12-6-2019 05:56 PM
Betul....br td tgk pic ainul post op....tumpang rasa lega dan bahagia sgt.
Quote berusjamban 12-6-2019 06:07 PM
dua_chzy replied at 12-6-2019 05:48 PM
Nak dengar baby Ainul borak. Bukak la bidyo. Tengok2 suara jantan nyanyi2 syahdu kuar. Putong aaaah! ...

Tu lah. Benci lagu horny islamic mcmni
Quote DeeHanania 12-6-2019 06:09 PM
Sebak yer bila Baby Ainul berborak gan Ibu yer
Tabah yer dirimu wahai Anak
Semoga cepat sembuh yer
Quote Knowlee 12-6-2019 06:12 PM
She is a strong and healthy baby. Alhamdulillah.
Quote lazim 12-6-2019 06:39 PM
Mmg comei ainul ni
Quote noraidil_06 12-6-2019 06:50 PM
{:hero Allah
Quote mamarock 12-6-2019 06:56 PM
Sape potong bawang ni

Semoga terus sihat dan kekal sihat sampai bila-bila Ainul.
Quote nuralisa 12-6-2019 07:21 PM
Video original mmg x de sound .. sapa ntah edit boh lagu tu
Quote munchkin 12-6-2019 07:29 PM
Get well soon baby!!!!
Quote tumpanglalu74 12-6-2019 08:25 PM

Pasangan somi isteri yang aku nampak macam inesen tak ponah wat khianat kat orang.  Depe le yang diuji gini..
Quote Ivysaur 12-6-2019 08:42 PM
Alhamdulillah. Semoga Allah beri kesembuhan
Quote honeybee1802 12-6-2019 09:13 PM
Sebak ngk babydok gerak2 lidah dia... Maybe before this dia tak dpt nak buat gitu...
Quote fishcracker 12-6-2019 09:42 PM
Strong baby....cepat2 sembuh ye
Quote jazaa100 12-6-2019 10:09 PM
Cantik hasilkerja dorang....

Harap adik ainul terus sembuh....
Quote marla69 12-6-2019 10:23 PM
Terharu nyee.  Semoga cepat sembuh baby.. I plak tercry...
Quote armin 12-6-2019 10:25 PM
Menitik air mata tiap kali tgk ainul. Youre such a strong baby. Harap doa2 rakyat malaysia dimakbulkan. Sembuh cepat ya sayang

Lihat semua komen(47)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.203398s Gzip On
To Top