Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Dahla Tertinggi Di Asia, Warga Putrajaya Rupa-Rupanya Paling Obes Di Malaysia!

Oleh: Azza|12-6-2019 03:09 PM Komen: 88



Di kala umat Islam sedang sibuk menghadiri jemputan Rumah Terbuka, berita ini (walaupun bukan baru) pastinya mengejutkan kita semua. Kali ini dengan fakta yang lebih menakutkan.

Menurut laporan berita televisyen, rakyat Malaysia bukan sahaja menjuarai carta obesiti dalam kalangan penduduk di negara di Asia, malahan kedudukan tersebut kekal sejak 2015 lagi meninggalkan negara-negara lain.

Lebih menyedihkan menurut laporan tersebut, tiga kawasan/negeri dilabelkan paling tinggi kadar obesitinya iaitu di Putrajaya (62.8%), Melaka (53.7%) dan Perlis (52.5%). Persoalannya mengapa tiga negeri ini didakwa ramai orang gemuk? Makan sedap sangat atau malas bergerak?



Rupa-rupanya statistik tersebut bukan sahaja disumbangkan oleh tiga negeri terbabit sahaja, kerana negeri-negeri lain turut mengalami masalah sama. Negeri lain seperti Negeri Sembilan (51.2%), Kedah (50.6%) dan Johor (49.1%) turut berada di dalam carta manakala negeri lain turut dalam carta iaitu 40 peratus ke atas.


Sudahlah begitu, dilaporkan juga yang Malaysia jauh meninggalkan negara-negara lain termasuklah Thailand di tempat kedua dengan perbezaan sebanyak 12%. Ini statistik yang menakutkan kerana sebenarnya setelah dibuat penelitian, rupa-rupanya 73% kematian dihospital adalah berpunca daripada penyakit berkaitan obesiti.


Bagaimanapun menurut laporan daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad sebenarnya statistik tersebut bukanlah di Asia Tenggara tetapi di Asia secara keseluruhan.

Kredit foto: Twitter

Sementara itu warganet turut memberi komen yang mengusik penduduk negeri-negeri tertentu.

"Putrajaya orang gomen ja, kerja tak banyak, makan tak kira masa, tu pasal obes."

"Sebab tu Perlis ada 9 orang ja, sebab banyak makan space."

"Sebab Melaka ada asam pedas dan Keria antarabangsa lah, tempat korang ada apa?"

Kredit foto: Twitter

Jadi, sesuatu harus dilakukan bukan sahaja di 3 negeri terbabit tetapi juga di keseluruhan negeri di Malaysia. Mungkin perlu mulakan dengan hanya makan beberapa juadah sahaja di majlis Rumah Terbuka. Kemudiannya ajak keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama menjaga kesihatan. Jika bukan kita, siapa lagi. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 88
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 18-6-2019 04:06 PM
white_musk replied at 18-6-2019 08:37 AM
Ada orang letak pisau di leher ke kalau tak naik rumah melantak?

Memang ada. Kalau x melantak kena tembak kat kepala dgn shootgun..

Lain-lain Komen

Quote pyropura 12-6-2019 03:13 PM
Well, no surprise, melayu kalau melantak dah macam hiblis aku tengok, tak hengat doniya
Quote keds 12-6-2019 03:16 PM
Tahniah!!!!!
Quote syadq 12-6-2019 03:20 PM
Putrajaya (62.8%) tu obviously statistically significant berbanding negeri lain (49-53%).
Quote GigaMom 12-6-2019 03:37 PM
Disebavkan gangguan pencernaan sepjg raya
Body ai dh masuk tahap indonesia
Sediih
Quote shamsadis 12-6-2019 03:38 PM
salahkan sahaja kerajaan
Quote pyropura 12-6-2019 03:40 PM
Ini lah cara hidup ummah liberal kalau acik @harisbee tak sedor. Nanti dia akan counter, obese tak menyalahi syariat
Quote pyropura 12-6-2019 03:42 PM
shamsadis replied at 12-6-2019 03:38 PM
salahkan sahaja kerajaan

Kata @tobby @harizs semua rakyat dah kebuloq sebab zaman PH bembarang semua mahal, saham jatoh bla bla
Quote harisbee 12-6-2019 03:42 PM
Ummah liberal kan togok arak..x de la obes
Quote mea 12-6-2019 03:54 PM
10 thn dah aku mundar mandir & duduk di Putrajaya ni takde plak aku tgk penduduknya obes2 belaka bagai dikata...kekeringan adalah termasuk aku
peratusan tu xleh pakai sangat..penduduk skit compare ngan negeri padat penduduk memey ler tggi kejadiannya....
Quote cyber_mania 12-6-2019 04:04 PM
iols duduk Putrajaya tp xkeje kat Putrajaya la. Jiran2 taman iols boleh dikatakan slim2 aje. Walaupun anak dh 2-3.

Pastu parks kt Putrajaya ni xkira hujung minggu atau petang2 lepas waktu keje selalu ramai org. Boleh kata org Putrajaya ni living a healthy lifestyle. Jadi statistics ni iols pelik. Sekian laporan.
Quote che-cikL 12-6-2019 04:13 PM
Berita psl Putrajaya obes ni akan keluar setiap 6 bulan ke 3 bulan sekali? Ke berapa kali dlm setahun?

#bukanorangputrajaya #mybmiisideal
Quote tikusmontok 12-6-2019 04:14 PM
pyropura replied at 12-6-2019 03:13 PM
Well, no surprise, melayu kalau melantak dah macam hiblis aku tengok, tak hengat doniya

sepet lagi dasyat  ..babi ular katak biawak semua bedal.
Quote mdhelmi 12-6-2019 04:15 PM
cane bole obes ek
aku nk naik berat pon susah
makan la byk mana pon tetap gitu jugak
Quote RatuDunia94 12-6-2019 04:30 PM
Tengok je lah waktu raya.. kat kampung iols.. ada marhaban tau.. dlm setiap blok tu ada 20 rumah.. jd ko kena naik setiap rumah dan melantak hidangan.. walopun masuk rumah kedua perut ko dh senak...
Quote Boomibulat 12-6-2019 04:34 PM
pyropura replied at 12-6-2019 03:42 PM
Kata @tobby @harizs semua rakyat dah kebuloq sebab zaman PH bembarang semua mahal, saham jatoh bla ...

Syukurrr rakyat makin mewah dibawah kerajaan baru
Quote card_reader 12-6-2019 04:37 PM
nie sume salah najib....
Quote kakakau 12-6-2019 04:52 PM
mybe sebab makanan kt malaysia sesedap pastu gym fee mahal. eh?
Quote paz 12-6-2019 04:54 PM
Takutnya, raya ni Paz gained 2.6kg sebab tak exercise sangat, masa bulan puasa 4 kali aja itu pun buat Pilates aja.

Minggu ni mesti start senam 5x seminggu. Wajib!
Quote Buritan 12-6-2019 04:59 PM
pyropura replied at 12-6-2019 03:13 PM
Well, no surprise, melayu kalau melantak dah macam hiblis aku tengok, tak hengat doniya

Kanda lg teruk melantak biawak babi anjing kera lotong siput babi katak kure kure lipan lipas cacing ular.. byknyaa melantakkkk masuk dlm puyutt.. pas tuu minum todi..

Lihat semua komen(88)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.364943s Gzip On
To Top