Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

A Rahman Hassan Pitam, Ada Komplikasi Paru-paru Dan Jantung Tak Kosisten

12-6-2019 11:27 AM|Oleh: MBS| Komen: 11

Foto: ArtCapella Studio 

"Saya minta semua doakan suami saya."

Demikian rayuan isteri kepada penyanyi malar segar Datuk A Rahman Hassan, Datin Fadilah Mansor yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang selepas tidak sedarkan diri malam kelmarin.

Memetik Utusan Malaysia, Fadilah berkata mereka pulang dari berhari raya dan suaminya itu tiba tiba sesak nafas dan duduk sebentar sebelum tidak sedarkan diri.

"Semuanya berlaku secara tiba tiba. Dia sebelumnya ok saja, tiada masalah pernafasan," jelasnya.

A Rahman yang cukup popular dengan lagu Tak Mengapa itu, sebelum ini dimasukkan ke hospital akibat masalah paru-paru berair dan jangkitan kuman pada 1 Jun, namun dibenarkan keluar sehari menjelang Syawal.



Fadilah menambah, suaminya itu tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik sebelum ini selain selera makannya yang bertambah.

Harian Metro pula melaporkan anak beliau, pelakon Khir Rahman dalam hantaran WhatsAppnya kepada rakan industri memaklumkan bapanya kini mengalami komplikasi paru-paru (berair) dan degupan jantung yang tidak konsisten (lemah).



"Apa-apa perkembangan saya akan maklumkan. Abah tidak alami serangan jantung kritikal, cuma doktor beritahu badannya kurang rehat dan mengalami tekanan," jelasnya.

Sama sama kita doakan yang terbaik untuk beliau. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
3
Komen: 11
Komen

Previous : Apa Gabungan Artis Yang Peminat Nak Tengok? Ini List Yang Rare Dan Di Luar Kotak!

Next       : Kena Tikam Belakang, Umie Aida Gaduh Besar Dengan Erra Fazira?

Komen Terbaru

Quote pari098 20-7-2019 01:14 PM
This disease is so dangerous that's why i have told tou you http://mesotheliomaguide.net/biphasic you must see this platform to care about this whole latest function.

Lain-lain Komen

Quote mizZue 12-6-2019 12:01 PM
Gws legend
Quote marypoppins 12-6-2019 12:36 PM
moga cepat sembuh
Quote kucingitam 12-6-2019 01:53 PM
semoga cepat sembuh..cantik acik fadilah mansor ni
Quote coyote_ugly0911 12-6-2019 04:37 PM
Get well soon pacik rahman!!
Quote EvieWanKenobi 12-6-2019 06:12 PM
semoga cepat sembuh.. Aamiinnn..
Quote kakasotong2 12-6-2019 06:15 PM
Kritikal dah meols baca td kat metro. Anaknya khir rahman nasihatkan mana2 rakan ayahnya datangla menziarah di hospital.

Gaya tu mcm dh takde harapan dh.




Kesihatan A Rahman semakin merosot


Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my


PELAKON Khir Rahman, 47, mengesahkan keadaan kesihatan ayahnya, Datuk A Rahman Hassan, 73, semakin merosot dan sukar meramalkan sejauh mana mampu bertahan.

Katanya, dia meminta semua pihak yang mengenali ayahnya untuk menziarahi penyanyi legenda pop yeh yeh itu di hospital.

“Ahli keluarga dan sanak saudara khususnya, juga taulan terapat serta teman seperjuangan, bolehlah kiranya menziarahi beliau (A Rahman) yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Tingkat 3, Hospital Ampang.

“Beliau kini hanya disokong oleh mesin pernafasan dan ubat-ubatan yang diperlukan untuk bertahan.

“Tidaklah pasti selama mana. Semoga perjalanan abah dipermudahkan. Amin ya rabbal ‘alamin,” katanya menerusi mesej aplikasi WhatsApp yang dihantar kepada Harian Metro hari ini.

Semalam Khir meminta semua rakan dan peminat industri hiburan mendoakan kesihatan ayahnya yang dimasukkan ke ICU selepas pitam di sebuah stesen minyak di Ampang.

Kejadian yang berlaku pada jam 10 malam Isnin lalu menyaksikan A Rahman diselamatkan serta dihantar ke hospital menaiki ambulans.

Khir turut memaklumkan ayahnya direhatkan untuk rawatan dan pemantauan lanjut pihak hospital.

Dia juga memberitahu doktor memaklumkan ayahnya ada komplikasi paru-paru (berair) dan degupan jantung yang tidak konsisten (lemah).

Terdahulu, pada 1 Jun lalu, A Rahman dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 3.30 pagi akibat masalah jantung.

Beliau bagaimanapun menafikan mengalami serangan jantung kritikal, sebaliknya doktor memaklumkan badannya kurang rehat dan mengalami tekanan.

A Rahman dibenarkan keluar dari HKL dua hari menjelang Aidilfitri.







Sumber: https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... NJT4St1vGppZNky2UrM
Quote DeeHanania 12-6-2019 06:20 PM
Semoga dipermudahkan urusan buat Acik A.Rahman
Quote kakasotong2 13-6-2019 01:36 AM
Edited by kakasotong2 at 13-6-2019 01:38 AM

Meninggal dah. Allahuakbar.

Fb buletin tv3 update:

Penyanyi popular era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan telah meninggal dunia kira-kira jam 12.38 pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang.

Al Fatihah.

https://www.facebook.com/131360500212473/posts/2835780349770461/

Salam takziah buat seluruh keluarga allahyarham Dato A Rahman Hassan.

Legenda yg akan sentiasa diingati.



Quote cik_nit 13-6-2019 12:26 PM
Alfatihah... Moga syurga tempat mu. Aminnn
Quote keds 15-6-2019 05:28 PM
takziah buat keluarga
Quote pari098 20-7-2019 01:14 PM
This disease is so dangerous that's why i have told tou you http://mesotheliomaguide.net/biphasic you must see this platform to care about this whole latest function.

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.143014s Gzip On
To Top