Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Curi Ayam Untuk Beli Minyak Petrol BMW

11-6-2019 05:25 PM Komen: 13
Seorang peladang kaya dari wilayah Sichuan, China ditahan selepas didakwa mencuri ayam dan itik dari beberapa kampung di daerah Linshui untuk menampung kos minyak keretanya jenis BMW.

Memetik Oddity Central, polis Linshui menerima beberapa laporan mengenai kecurian haiwan terbabit dari beberapa kampung di daerah itu sejak April lalu.

Difahamkan, lelaki dikenali sebagai Qiang itu tinggal di sebuah vila mewah dan memiliki sebuah kereta jenis BMW.


Kredit foto: Oddity Central

Gaya hidup mewahnya itu bagaimanapun menyebabkan dia mengalami masalah kewangan hingga tidak mampu membeli minyak petrol untuk keretanya.

Masalah itu mendorong suspek mencuri ayam dan itik dari kampung jiran untuk diternak di ladangnya sendiri sebelum dijual bagi menampung kos bahan bakar keretanya.


Kredit foto: Fast Company

Polis melancarkan siasatan selepas menerima beberapa aduan mengenai insiden itu dan rakaman daripada kamera pengawasan menunjukkan seseorang menunggang motosikal tanpa nombor pendaftaran pada lewat malam.

Selepas beberapa kali melihat lelaki sama menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan, polis mengekori dari jauh sebelum melihat motor itu berhenti di rumah Qiang.

Setelah mengumpul bahan bukti yang cukup, polis dikerahkan untuk menahan Qiang untuk disoal siasat.

Malangnya, polis gagal mengejarnya ketika cuba menahan lelaki itu di jalan raya kerana Qiang memecut laju BMWnya selepas menyedari dia diekori. Namun, dia tidak menyangka polis sudah menunggu di rumahnya.


Kredit foto: Oddity Central

Peladang berusia 50 tahun itu kemudian mengaku mencuri haiwan terbabit kerana terdesak untuk mengisi minyak keretanya.

Qiang ditahan dan kini berdepan tuduhan kecurian. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 13
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote -Suri- 17-8-2019 01:28 AM
Cari pasal betul

Lain-lain Komen

Quote EvieWanKenobi 11-6-2019 06:06 PM
lupa nak ukur baju di badan sendiri..
Quote Ivysaur 11-6-2019 07:17 PM
Sabar je lah...hahaha
Quote pokaibanktokyo 12-6-2019 07:12 AM
Sahih kereta akan kena tarik, rumah akan dilelong pihak bank
Quote aleesyasofia 12-6-2019 08:42 AM
dah tak mampu buat cara tak mampu..
Quote puding_caramel 12-6-2019 09:56 AM
teruk nau perangai, x mampu pakai bmw tu pakai keta biase-biase je udoh la pakcik
Quote paz 12-6-2019 10:17 AM
Biar papa asal bergaya
Quote rosasen 12-6-2019 10:56 AM
ok ini lawak..
Quote buapakperut 12-6-2019 02:14 PM
takda minyak, jual kete tu naik basikal je.
Quote Foxey 12-6-2019 06:37 PM
Hadoi laaa...

Sanggup curi ayam itik nak isi minyak kete. Bmw lak tu. Ni la hidup di luar kemampuan
Quote keds 13-6-2019 03:53 PM
better kau pakai basikal je...........
Quote cuda 14-6-2019 04:01 PM
Budak MLM lah ni.
Quote Artemesiaa 14-6-2019 05:29 PM
Usah berlagak kalau tak mampu sendiri jugak yang susah nanti
Quote -Suri- 17-8-2019 01:28 AM
Cari pasal betul

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.283555s Gzip On
To Top