Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Abang Botak Bebas, Sempat Raya Dengan Keluarga

Oleh: MBS|12-6-2019 02:40 PM Komen: 3
Danial Tan hanya menjalani enam malam di penjara selepas hukuman ditangguhkan. - Foto Says.com

Seorang lelaki yang sebelum ini dihukum penjara kerana memecahkan cermin sebuah kereta  menggunakan topi keledar kini nampaknya berpeluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

Ini kerana Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini membuat keputusan membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman 12 bulan penjara yang dijatuhkan ke atasnya.

Menurut laporan Sinar Harian, permohonan berkenaan telah dibuat kepada Majistret Nur Shahira Abdul Salim pada  7 Jun lalu.

Danial Tan Abdullah yang kini popular dengan gelaran Abang Botak juga dikenakan jaminan RM6,000 selain perlu melaporkan diri dua kali sebulan di balai polis berhampiran.

Pada 30 Mei lalu polis memberkas Danial yang bekerja sebagai pembantu stor pada jam 3 petang selepas didapati menghentak dan memecahkan cermin hadapan Perodua Axia milik Siew Chean Voon, 58, pada sekitar 5.50 petang 28 Mei lepas.

Polis turut merampas motosikal dan helmet Danial. 


Sementara itu, peguam lelaki itu, Nur Rafiuddin Maswari mengesahkan anak guamnya juga memfailkan semakan terhadap hukuman penjara 12 bulan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Jun lalu.

Rakaman video Danial yang bertindak memecahkan cermin kereta warga emas itu tular di media sosial dan mendapat kecaman ramai. Bagaimanapun reaksi netizen dan orang ramai berbelah bahagi apabila Danial dikenakan hukumna 12 bulan penjara yang dikatakan terlalu berat. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
6
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 3
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sitipagi 13-6-2019 10:41 AM

anak kau masih meraung tiap malam camanjing kurap nampak hantu
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=758850&extra=&page=1







Lain-lain Komen

Quote MisXoXo 13-6-2019 04:23 AM
Alhamdulillah..mohon jadikan pengajaran dan jangan ulangi lagi.mngkin abg botak akan jd org yg lebih cemerlang dunia akhirat selepas menerima ujian ini i shaAllah
Quote eyansss 13-6-2019 10:32 AM
muka masih bongkak...
Quote sitipagi 13-6-2019 10:41 AM

anak kau masih meraung tiap malam camanjing kurap nampak hantu
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=758850&extra=&page=1







Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.256557s Gzip On
To Top