Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bayaran Konsultasi Tak Naik, Klinik Swasta 'Mogok' Hari Ini?

Oleh: MBS|11-6-2019 04:13 PM Komen: 32
Bayaran perkhidmatan yang tidak dinaikkan adalah antara fokus utama perbincangan dengan Menteri Kesihatan oleh para doktor swasta berkenaan. - Foto Hiasan WhatClinic.com
Sekiranya benar-benar terjadi, orang ramai bakal berdepan dengan masalah apabila sebahagian besar klinik swasta di negara ditutup hari ini.

Sama ada kebetulan atau disengajakan, langkah ini ekoran tindakan para pengusaha klinik swasta (doktor) berkenaan yang mahu bertemu dengan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkifli Ahmad di Putrajaya jam 2 petang ini. 

Notis menggesa klinik swasta menyertai gesaan menutup klinik tular di media sosial sebelum ini.

Kementerian Kesihatan juga mengesahkan sesi town hall itu akan berlangsung pada 2 petang ini.

Kebiasaannya, sekiranya tidak dapat hadir ke klinik, mereka (doktor swasta)  akan menggunakan petugas gantian, yang dinamakan lokum, bagaimanapun hari ini difahamkan mereka tidak berhasrat berbuat demikian, sebaliknya menutup sahaja klinik masing masing. 

Ia sekaligus menimbulkan persepsi bahawa ianya adalah mogok yang dirancang.
 
Poster menggesa pengusaha perubatan swasta menutup klinik hari ini yang tular
Portal FreeMalaysiaToday melaporkan, antara isu utama yang akan dibawa ke perbincangan dengan Menteri Kesihatan petang ini ialah keengganan kementerian yang bertegas tidak menaikkan yuran konsultasi doktor dari RM10 kepada RM35.

Menurut para doktor berkenaan, kenaikan RM25 itu disifatkan amat kecil berbanding kadar RM35 sehingga RM125 yang dikenakan hospital swasta.

Dalam perkembangan yang sama, sebuah laman web mengenai kesihatan, Code Blue memetik  Dr Yek Sing Chee, yang mengendalikan sebuah klinik swasta di Ipoh sebagai berkata, beliau awal awal lagi sudah memaklumkan kepada umum akan menutup kliniknya hari ini dan akan beramai-ramai ke Putrajaya bersama rakan rakan yang senasib dengannya untuk bertemu Menteri Kesihatan.

"Saya sebelum ini menghantar kenderaan saya untuk diservis, ia dikenakan bayaran RM200, dan daripada itu, caj servis mekanik ialah RM100, sekarang kita bercakap mengenai nyawa manusia, wajarkah RM35?" soalnya.

Tambah beliau yang telah  18 tahun mengendalikan perkhidmatan itu, ramai pesakitnya mengunjungi klinik swasta kerana tidak mahu menunggu terlalu lama di klinik atau hospital kerajaan, dan dia sering memberikan diskaun kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Seorang lagi pengusaha klinik swasta, Dr Tan Poh Teng dari Alor Setar dilaman yang sama memberitahu, walaupun tidak hadir ke Putrajaya hari ini, beliau tetap akan menutup kliniknya sebagai solidariti protes kepada keengganan kerajaan melayan permintaan pengusaha klinik swasta sebelum ni.

"Saya sudah membuka perkhidmatan ini selama 25 tahun, gaji untuk pekerja sudah meningkat dari RM300 ke RM1,200, itu belum mengambil kira kos kos lain seperti pembuangan sisa perubatan dan sebagainya," ujar beliau.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM),Dr Steven Chow memberitahu, penutupan klinik swasta hari ini bukan lah mogok yang dianjurkan pihaknya.

"Kementerian yang menetapkan tarikh, tempat dan masa perjumpaan, sedangkan mereka sedia maklum ia hari bekerja ketika ia diadakan," jelasnya. 

Seandainya semua klinik swasta tutup, maka sibuklah klinik kerajaan hari ini. - CARI 




Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 32
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote najib888 15-6-2019 02:46 AM
Doktor pun dah kena penyakit pembohong ahlul politik. Patut biar je depa dengan mogok tu. Kementerian tak payah layan doktor "penghisap darah" orang ni. Tamak haloba. Nak tutup klinik sendiri? tutup periuk nasi basmati hangpa? pembohong la.. Dah la kadar fee depa dalam akta pun dah melangit, nak minta tambah lagi?

Harap melingkup klinik2 hangpa ni..

Lain-lain Komen

Quote Melorqe 11-6-2019 05:30 PM
nak bg yuran mahal kat doktor tak pa la, tpi ubat tu kenapa mahal sgt,
asal pg klinik swasta ja, dpt ubat demam, ubat selsema, antibiotik pun dah cecah RM70 -80.

tapi kawan aku doktor keja lokum mampu pakai audi.
aku rasa mcm dah cukp mewah tu hehehehe
pg obersea setahun sampai 3-4 kali.
Quote msdummy.2018 11-6-2019 05:40 PM
eh..aku ingt mmg dah naik...sebab aku perasan fee klinik dh naik dr awl thn.....
Quote gigahertz 11-6-2019 06:23 PM
Diorang ni nak meniaga ke nak memberikan perkhidmatan?
Quote CiliPadiSedap 11-6-2019 06:42 PM
Rm 35? Confirm sekali walk in rm 100 ubat antibotik ubat cacing vokuru ubat sakit demam ubat sapu ubat batuk cap dodol dan dodol.

Quote Buritan 11-6-2019 06:45 PM
Jumpe bomoh ajelaa lopes ni.. demam jumpa tok batin. Sakit kaki jumpa tukang urut.. sakit gigi jumpe sensei.. sakit jiwa jumpe setad.. boleh who are youskan doc doc semua nii.. sape nak ikut ikutlaa.. hahaha
Quote harizs 11-6-2019 08:17 PM
Khabarnya PH naik harga barang & servis turun. Hanya pengilang yg kena sst kata mereka
Quote Asdan 11-6-2019 08:19 PM

sakit sepatutnya tak diniagakan, sakit tanggungjawab kerajaan, kesihatan swasta sepatutnya tak wujud,
Quote Simunggu 12-6-2019 09:22 AM
nak bagi naik boleh tapi syarikat insuran kena tahulah rate baru ni...
Quote Simunggu 12-6-2019 09:23 AM
nak bagi naik boleh tapi syarikat insuran kena tahulah rate baru ni...
Quote C1k_J4h 12-6-2019 09:38 AM
patutla membe aiols yg buka klinik kat ken rimba tutup arini
p putrajaya katanya
sebb mogok la ni

skrg pun da mahal kot
kalau makin mahal, mau lingkup tutup klinik jela
Quote C1k_J4h 12-6-2019 09:39 AM
Melorqe replied at 11-6-2019 05:30 PM
nak bg yuran mahal kat doktor tak pa la, tpi ubat tu kenapa mahal sgt,
asal pg klinik swasta ja, dp ...

2 jam lokum boleh dpt 1k cash chuols
harusla mampu pakai audi
Quote putehh 12-6-2019 09:48 AM
aik? klinik kt umh service caj rm40..setakat cek anak demam je...xdela menyuntik ke apa ke...dh la service lembap giler...dr kaunter - doktor - ubat semua lembap....

serik.
Quote TuntungReturn 12-6-2019 09:50 AM
lokum mana 2 jam rm1k?? aku tny doktor sini sejam rm80 adala
Quote singajantan 12-6-2019 10:05 AM
tepokk damacai Pakatan Hanincg
Quote nirman 12-6-2019 10:08 AM
TuntungReturn replied at 12-6-2019 09:50 AM
lokum mana 2 jam rm1k?? aku tny doktor sini sejam rm80 adala

kan? nak tipu pun berpada la. there is a standard locum rate
Quote Ah_Kwan 12-6-2019 10:30 AM
keh keh keh

yang wa tak tahan baca ayat cover ini:

Tambah beliau yang telah  18 tahun mengendalikan perkhidmatan itu, ramai pesakitnya mengunjungi klinik swasta kerana tidak mahu menunggu terlalu lama di klinik atau hospital kerajaan, dan dia sering memberikan diskaun kepada mereka yang kurang berkemampuan.
macam gamp*** ayat cover..

so, inilah jadinya bila barang keperluan asasi menjadi perniagaan..
as bagi wa, pendidikan asas..sampai form 5 dan kesihatan..(education and health) bukan satu perkara yang patut menjadi barang niaga..
itu adalah tanggungjawab negara..

kerana, bila ianya diniagakan, ia akan menjadi satu perniagaan paling untung..kerana ianya asas kepada keperluan.
kalau mereka boleh control pendidikan asas, kenapa mereka tamau control kesihatan asas dan biarkan hospital dan klinik swasta bermaharaja lela di buka?

keh keh keh
Quote ninja boy 12-6-2019 12:58 PM
Dokter lapar Wang, ngaji doc utk dptkan Wang. Hantar negara perang negara miskin tak mau
Quote kakakau 12-6-2019 05:56 PM
sampai tutup clinic. tah kemana oath yg dorang penah sebut tu
Quote gigahertz 12-6-2019 11:31 PM
Ah_Kwan replied at 12-6-2019 02:30 AM
keh keh keh

yang wa tak tahan baca ayat cover ini:

negara kita giler duit cukai

Lihat semua komen(32)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.306928s Gzip On
To Top