Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pelajar MTD Gagal Lapor Diri, Tidak Dapat Dikesan Selepas Turun Bas Di Putrajaya

Oleh: Tukang Tulis|11-6-2019 02:43 PM Komen: 86
Muhammad Harraz Hilmi gagal melapor diri ke MTD selepas pulang bercuti. Kredit foto: Facebook
Seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (MTD) tidak dapat dikesan selepas gagal melaporkan diri ke institusi berkenaan pada 10 Jun lalu selepas pulang bercuti.

Maklumat tentang kehilangan Muhammad Harraz Hilmi Mohd Shukri, 16, tular melalui media sosial sejak 11 Jun. 

Muhammad Harraz Hilmi dalam pakaian celoreng. Kredit foto: Facebook
Merujuk kepada status seorang pengguna Facebook, kali terakhir Muhammad Harraz Hilmi dapat dihubungi keluarganya adalah pada pukul 12.40 tengah hari, 10 Jun melalui aplikasi WhatsApp.

Lokasi terakhir remaja berkenaan dipercayai di Putrajaya dan difahamkan, bapanya akan membuat laporan polis berhubung anaknya itu.

Salah satu gambar Muhammad Harraz Hilmi yang ditularkan. Kredit foto: Facebook
Dia dikatakan menaiki bas dari Kelantan ke Putrajaya Sentral dan sempat menghubungi keluarganya di destinasi terakhir perjalanan bas tersebut.

Muhammad Harraz Hilmi juga sepatutnya melaporkan diri di MTD selewat-lewatnya pada pukul 6 petang, 10 Jun.

Kredit foto: Facebook
Turut dipaparkan dalam status Facebook tersebut adalah nombor telefon bapa dan ibu Muhammad Harraz Hilmi.

Sama-samalah kita berdoa agar Muhammad Harraz Hilmi ditemukan segera dalam keadaan selamat. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
4
Sedih
6
Lawak
3
Bosan
5
Komen: 86
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ina8895 10-7-2019 02:15 AM
Nasib baik dah jumpe

Lain-lain Komen

Quote Victorioussss 11-6-2019 02:52 PM
Xpuas beraya lg kot
Quote minguk 11-6-2019 03:01 PM
kacak               
Quote SWORKS27 11-6-2019 03:03 PM
semoga dipermudahkan urusan anak ini.....
Quote Nurul8001 11-6-2019 03:07 PM
Comelnya muka.
Kena check jugak kalau2 kena buli ke masa kat sekolah. Jadi, takut nak balik.

Umur 16, budak sekolah tentera pulak tu, kalo kena culik, rasanya boleh pertahankan diri.
Quote Kurex 11-6-2019 03:15 PM
Comelnya awak.. Kacaknya awak
Quote jue10 11-6-2019 03:27 PM
di mana kah anak ini? aiii macam2 la bru je hbs raya ni
Quote lolita737 11-6-2019 03:37 PM
semoga adik ni selamat dan ditemui semula..
Quote sarahmirza 11-6-2019 03:40 PM
Lari dari rumah dan asrama ke ni?
Quote NadaDeafah 11-6-2019 03:53 PM
melarikan diri kot xnak balik asrama
Quote RatuDunia94 11-6-2019 05:03 PM
Dik kalau ada masalah meh dtg berteduh di rumah akak... {:smile{:smile{:smile
Quote wirazam 11-6-2019 05:12 PM

kacak?? well masing2 punya mata yg tgk kan
Quote wirazam 11-6-2019 05:13 PM
harap segera dijumpai...kalau ko sengaja lari, habislar kena hencap dgn forummer
Quote EncikRhoma 11-6-2019 05:23 PM
wirazam replied at 11-6-2019 09:13 AM
harap segera dijumpai...kalau ko sengaja lari, habislar kena hencap dgn forummer

tak mungkin dikecam sebab dia ada rupa. Ummah forum selalunya mencerca orang yg berkerak hodoh je
Quote Pixie902 11-6-2019 05:34 PM
Harap2 adik ni selamat la walau di mana berada...turun bas di putrajaya nak ke mtd tak jauh ke...tak bagitau parents transport apa nak ke mtd tu?  Grab ke teksi?  Dengan mcm2 kejadian skrg bimbang betul bila anak2 travel nak balik ke tempat belajar...cuma mampu mendoakan agar selamat jer...
Quote minguk 11-6-2019 05:42 PM
wirazam replied at 11-6-2019 05:12 PM
kacak?? well masing2 punya mata yg tgk kan

nanti dah besar lagi kacak.. hahahahahhahahahahhaha

Quote Pink_Purple 11-6-2019 05:49 PM
moga selamat ditemui
Quote laksmanabentan 11-6-2019 05:51 PM
ko ikut skandal ker camna ni dek....

kengkawan takde ker sama2 balik ker
biasanya budak2 ni selalu balik sesama dgn kengkawan kan...
Quote ainashiqa 11-6-2019 06:06 PM
Semoha dijumpai la insan yg kacak ni. Amin
Quote moonbug 11-6-2019 08:39 PM
Balik MTD naik apa? Kalau naik Grab seriau juga lah

Lihat semua komen(86)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.295442s Gzip On
To Top