Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Mengamuk Nak Bunuh Keluarga Ibu Saudara Kerana Tak Dilayan Ketika Beraya

11-6-2019 12:44 PM Komen: 54
Hanya kerana tidak dilayan ketika datang beraya di rumah ibu saudara, lelaki mengugut untuk membunuh semua ahli keluarga wanita itu, lapor Sinar Harian.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang pada Khamis lalu di Kampung Tebauk, Kuala Terengganu.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila ibu saudaranya menghalang suspek yang dikatakan datang untuk beraya dan cuba masuk ke dalam rumah mangsa.

Tidak berpuas hati diperlakukan sedemikian, suspek kembali ke rumah mangsa kira-kira jam 7.30 malam dalam keadaan marah-marah dan memaki hamun semua tetamu.


Gambar Hiasan

Menurut sumber, suspek berjaya ditenangkan sepupunya yang juga anak lelaki mangsa. Dia kemudian keluar dari rumah itu keadaan tidak berpuas hati.

"Suspek sekali lagi datang ke rumah itu kira-kira jam 9.45 malam kononnya untuk beraya lagi, tetapi ahli keluarga mangsa tidak mengendahkannya kerana kecewa dengan tindakan suspek sebelum itu.

"Bengang tidak dilayan sebagai tetamu, suspek bertindak cuba mencederakan menantu ibu saudaranya itu dengan mencucuh puntung rokok ke arah mata sebelum sempat dihalang salah seorang anak lelaki mangsa," kata sumber.

Suspek dikatakan berdendam dengan keluarga mangsa bagaikan dirasuk sekali lagi menyerang rumah ibu saudaranya itu.

Kali ini, dia membawa sebatang kayu panjang dan cuba memukul semua yang ada ketika itu sebelum dihalang oleh adik lelaki suspek yang mengekorinya.

Tambahnya, adik suspek kemudian merampas senjata itu dan membawa suspek pulang ke rumah mereka.

"Semasa dipaksa pulang, suspek sempat mengeluarkan kata-kata ugutan yang dia akan datang semula dan cuba membunuh semua yang ada di dalam rumah itu," katanya.

Bimbang dengan keselamatan keluarganya, salah seorang anak lelaki mangsa melaporkan kejadian kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din yang mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian di Balai Polis Gong Badak, Kuala Nerus berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 54
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Asdan 17-6-2019 10:30 PM
Edited by Asdan at 17-6-2019 11:33 PM
Jiddin replied at 14-6-2019 10:11 AM
ntah2 ikan zaman now tercemar smpi affect hormon manusia.

mcm warga kg pisang jd zombi sbb sisa ...

makan ikan boleh jadi brutal kot, tengok burung pemakan ikan bunuh anak sendiri,



Lain-lain Komen

Quote Asdan 11-6-2019 12:48 PM

sebab itu jangan makan ikan, boleh jadi weng,
Quote barfi 11-6-2019 12:51 PM
Menagih kot.. sangkak sangat nak beraya sampai berkali2 datang.. aku yg tak beraya kemana2 pun elok jah huhu.
Quote kaoru44 11-6-2019 12:52 PM
Suspek ni bermasalah ke..dua kali dtg..dua kali org xbg beraya..
Quote jfq 11-6-2019 12:53 PM
Apa sebab yg first time dia dtg depa pi halang dia masuk rumah
Nak cerita bagi lengkap la
Quote sarahmirza 11-6-2019 01:00 PM
jfq replied at 11-6-2019 12:53 PM
Apa sebab yg first time dia dtg depa pi halang dia masuk rumah
Nak cerita bagi lengkap la

Taik dadah agaknya...
Sedara mara pun dah menyampah.
Doakan cepat mati aje..
Quote prettyuglybabe 11-6-2019 01:10 PM
ganu
Quote edoraixora 11-6-2019 01:36 PM
sama ada pendadih ataupun mental
Quote husie91 11-6-2019 01:42 PM
Punyalah kemaruk nak beraya.. alahai
Quote kroit92 11-6-2019 01:44 PM
baik betul sepupunya tenangkan berkali-kali

kalau aku, entah la, dah angkat parang main kejar-kejar, masuk surat khabar besok
Quote monreyes 11-6-2019 01:45 PM
lapar sangat ke...
Quote myoujin 11-6-2019 01:46 PM
Matpet la nih sial je..

Aku org ganu jugak.. Banyak budak2 kat kampung kaki ganja.. Tapi takde lak mengamuk ke kacau orang.. Tu dulu.. Sekarang tatau la. Dadah makin kuat kot
Quote paz 11-6-2019 01:48 PM
Macam tu sekali bersemangat dia nak datang raya berkali-kali cuba.
Quote sukacactus 11-6-2019 01:51 PM
Kalau budak kecik kita tau la gigih beraya nak kumpul duit
Yg ni nak duit raya jg kot
Quote whadda 11-6-2019 02:04 PM
kelakar pulak bace.. dah besar pon nak stress tak dibagi beraya
Quote dino 11-6-2019 02:17 PM
sian lava nak beraya pun org tak bg masuk haha
Quote insulin 11-6-2019 02:18 PM
Pelik2 masalah sesetengah orang Ganu ya..
Quote singajantan 11-6-2019 02:19 PM
Ganu Darul Syabuuuuuu
Quote tikusmontok 11-6-2019 03:37 PM
pelik2 jer yg berlaku di trganu ni.
Quote rifaa 11-6-2019 03:46 PM
kalo aku datang beraya, tuan rumah wat xnampak je, even depan mata dia xtegur pon
lepas tu memang tak la aku nak beraya umah dia lagi

Lihat semua komen(54)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.084152s Gzip On
To Top