Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

To'Ki Cedera Ditikam Penyamun

Oleh: Mo Firdaus|10-6-2019 02:41 PM Komen: 40
Foto: MalaysiaKini

Penyanyi To'ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur ditikam dan diserang penyamun di Taman Daya, Kepong, kelmarin.

Menurut Sinar Harian, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang selepas membeli perkakas melukis di Selayang.

Menurut To'Ki, ketika itu dia bersendirian menunggang motosikal sebelum ditahan tiga lelaki menaiki motosikal di selekoh.

"Mereka cuba menghimpit saya ke tepi jalan sebelum menahan saya.

"Kemudian, salah seorang lelaki terbabit mengugut supaya saya menyerahkan wang dan barang berharga," katanya dipetik Sinar Harian.


Foto: Sinar Harian

Penyanyi Selumbar itu berkata, salah seorang daripada mereka bertindak agresif dan menikam tangan kirinya.

"Saya terus rebah sebelum dibantu orang awam yang membawa saya ke HKL," katanya.

Menurut laporan, To'ki mendakwa kesihatannya bertambah baik selepas menjalani pembedahan dan rawatan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Freddie Fernandez dilaporkan menziarahi To'ki kerana ingin melihat keadaan penyanyi berkenaan dengan lebih dekat.


Foto: Sinar Harian

"Nasib dia (To'ki) tidak baik, namun syukur dia selamat dibedah. Semoga dia cepat sembuh serta kembali aktif kerana buat masa ini dia terlibat dalam persembahan mingguan di beberapa tempat.

"Saya harap kerjaya seninya disambung. Sekiranya kita boleh bantu, kita akan laksanakan. Kita akan pantau dari segi pemulihan kesihatan dan kerjayanya," kata Freddie. 

Semoga cepat sembuh To'Ki. Harap-harap, tiga lelaki terbabit menerima balasan setimpal di atas perbuatan mereka. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
3
Komen: 40
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote biozipstar 18-6-2019 01:39 PM
kalau aku kerja kat hospital tu. mebi aku x kenal pun siapa dia... #donekomen

Lain-lain Komen

Quote sukacactus 10-6-2019 02:46 PM
Mcm mana la aku boleh terbaca Tok Ti td
Anyway, moga To'Ki cepat sembuh dan penyamun lahanat tu segera diberkas
Quote gapiah 10-6-2019 03:08 PM
diriku terbaca tok ti
Quote unguaurora 10-6-2019 03:11 PM
Bukan ke heols ni ahli pekida?
Quote putehkundor 10-6-2019 03:18 PM
ala...tok ti ni pun bukan ke perangai macam penyamun, taik dadah lagi...
Quote putehkundor 10-6-2019 03:19 PM
ala...tok ti ni pun bukan ke perangai macam penyamun, taik dadah lagi...
Quote sarah_ary2 10-6-2019 03:23 PM
putehkundor replied at 10-6-2019 03:18 PM
ala...tok ti ni pun bukan ke perangai macam penyamun, taik dadah lagi...

Tok Ti?
Quote sapeka 10-6-2019 03:31 PM
serabainya penampilan
Quote Mina2215 10-6-2019 03:37 PM
Edited by Mina2215 at 10-6-2019 03:38 PM

Sian nya To Ki berbalut cmtu.

Nampak ToKi ni terus teringat rangkap korus lagu Biasan.

...biasannnnn kacaaa ittewwww
Tersenyummm memandangku
Membongkarrr satu nodaaa
Menghirisssss satu jiwaaa..
Quote epuepy 10-6-2019 03:42 PM
Hahahahah. Daku juga terbaca tok ti.Tp pnh terbaca dia ni pn suka pau org kt area uma dia kt gombak sana. Pau minyak pau mkn.
Papepn, semoga cpt sembuh
Quote Zumbajunkie 10-6-2019 04:02 PM
setahu ai tok ki ni gangster pangkat abang long, pun boleh kena samun huhu
Quote TerataiMelur02 10-6-2019 04:04 PM
semoga cepat sembuh....
Quote tagas 10-6-2019 04:29 PM
"Saya harap kerjaya seninya disambung. Sekiranya kita boleh bantu, kita akan laksanakan. Kita akan pantau dari segi pemulihan kesihatan dan kerjayanya," kata Freddie.

nak pantau kerjaya nya mende kalo dah sendu

sumbat kan jer dlm gegar baganzah
Quote tomaz 10-6-2019 04:30 PM
Demm. Iolss terbaca tokti
Quote zaziot 10-6-2019 04:42 PM
penyamun trsilap org ke? or tok ki skrg mmg kaya raya
Quote minah_selekeh 10-6-2019 04:49 PM
Eh, aku pulak jadi serabut tengok rambut tersekat di skala 6 dia tu..
Quote sehirkedi 10-6-2019 06:43 PM
Dasyatnya lahai.. Tak dapat samun barang berharta.. Tetak pula.. Semoga sembuh cepat tok ki.. Harap penjenayah diberkas segera. Risau org lain pula jadi mangsa
Quote giyomi 10-6-2019 06:44 PM
penyamun terdesak sgt ni, sampai rupa camne pon nak di samun. apa2 pon GWS.
Quote Carcosa 10-6-2019 08:27 PM
Penyamun tu tiga tiga rabun itik ke?? Toki rupa ini yg kau samun. Kau fikir dia millionaire?
Quote namieamuro 11-6-2019 12:20 AM
putehkundor replied at 10-6-2019 03:18 PM
ala...tok ti ni pun bukan ke perangai macam penyamun, taik dadah lagi...

tokTI?

mendadah jua rupenye..rupe cmtu pun kene samun jua..ke yg samun tu kenal die?

Lihat semua komen(40)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.241928s Gzip On
To Top