Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Cabut Kuku Kaki Anak-anak Untuk Buktikan Cinta Terhadap Teman Lelaki

10-6-2019 01:10 PM Komen: 8
Seorang wanita bukan sahaja mendera tiga anaknya, malah dia tergamak mencabut satu daripada kuku jari kaki dari setiap kanak-kanak itu untuk memikat kekasihnya.


Foto: Mirror/CEN

Media Mexico melaporkan, Jennifer Marisol, 26, didakwa bertindak demikian atas permintaan teman lelakinya untuk membuktikan cinta antara mereka.

Bapa mangsa, Mauricio Alberto dikatakan membuat laporan mengenai perbuatan Jennifer kepada Pusat Keadilan Wanita di Ecatepec, Mexico.

Menerusi laman sosialnya, Alberto mendakwa teman lelaki suspek, Jose Omar Trujillo turut terbabit dalam penderaan terhadap anak-anaknya.

"Saya ingin meminta bantuan untuk mencari anak saya,  Guillermo, 9, Samanta, 7, dan Melissa, 1, yang didera secara fizikal dan seksual oleh ibu mereka dan teman lelakinya," tulisnya.


Suspek bersama salah seorang mangsa
Foto: Mirror/CEN

Difahamkan, Alberto menemui beberapa video yang didakwanya menunjukkan suspek mendera kanak-kanak terbabit seperti mencubit dan menggoncang tubuh mangsa berusia setahun selain mendapati kuku jari kaki anak-anaknya dicabut.

Menurut media tempatan, kesemua mangsa yang kini dalam jagaan bapa mereka menjalani penilaian fizikal dan psikologi.

Sementara itu, Jennifer dilaporkan ditahan dan dalam siasatan keganasan rumah tangga, manakala tidak jelas sama ada teman lelakinya turut ditangkap.


Jose Omar Trujillo
Foto: Mirror/CEN

Sebelum penangkapannya, wanita itu mendakwa di Facebook bahawa bekas kekasihnya, Alberto membuat tuduhan berkenaan untuk mendapatkan hak penjagaan tiga anaknya.

Selain mendakwa dirogol dan dipukul Alberto yang baran ketika hamil, Jennifer mendakwa kononnya lelaki itu menghalaunya dan anak-anak dari rumah. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
3
Lawak
3
Bosan
2
Komen: 8
Komen

Anda Mungkin Meminati

"Sedap Mulut Nenek Kau Kata Aku Tak Puasa, Siap Ambil Bau Mulut Pula Tu!" - Kak KM
Makan Terlalu Banyak Peria Kepala Anda Boleh Jadi Botak?
"Kalau Bumi Tiga Segi Pun Boleh Ada Siang Malam, Tawaflah Matahari Tu Sampai Mati" - SS
Hilang Mood Raya! Orang Ramai Tak Sabar Nak 'Dislike' Lagu Jom Raya Versi Sajat
"Saya Tak Bela Beruang" - Artis Lain Aniaya Haiwan, Ara Johari Yang Kena Maki
'Ingat Budak Ke? Memang Patut Makcik Dia Meroyan, Bagi Duit Raya RM5 Satu Penghinaan'
Lelaki Ini Mulakan Trend Bila Videonya Beri Duit Raya Kepada Pekerja Starbucks Tular
Kenapa Suara AI Selalunya Dikaitkan Dengan Wanita?
Prebet Sapu Putus Cinta Cuba Terjun Bangunan CIQ
"Ibu Minta Maaf Keguguran" - Dugaan Syawal Fasha Sandha Dan Keluarga
Pecah Cermin Dan Pancitkan Tayar, Gadis Ditahan Khianat Kereta Ibu
To'Ki Cedera Ditikam Penyamun
"Beruang Bukan Kucing Kurap" - Maya Karin Tak Setuju Simpan Beruang, Sharnaaz Suruh Sangka Baik
Budak Lelaki 4 Tahun Jadi Transgender Atas Keizinan Ibu
Nadia Brian Terpaksa Tunda Nikah Sebab Lokasi Dah Penuh
"Allah Tahu Bagaimana Kami Jaga Mak" - Adik Nafi Abang Sengaja Tinggal Ibu Di R&R
'Ada Mastermind, Haziq Aziz Dibayar Sebar Fitnah Video Intim Dengan Menteri?' - Warganet
Doktor Keliru, Budak Sakit Hidung Tapi Perut Pula Yang Dibedahnya
Penjenamaan Semula KLIA Jadi SIA? Kalau KLIA2 Jadi SIA2?
Mengamuk Kerana Dilarang Merokok, Lelaki Bangladesh Nak Bakar Stesen Minyak Kemaman
"Tuhan Bagi 'Anu' Untuk Digunakan" - Sepasang Kekasih Ghairah Beraksi Dalam Pesawat
"Sampai Hati Kau Dik!" - Tak Puas Hati Dibuang Sekolah, Pelajar Tikam Cikgu Kaunseling
Pekerja Kilang Kayu Maut Setelah Menderita Sakit Buasir Selama 17 Tahun

Komen Terbaru

Quote sekngucing 11-6-2019 11:28 AM
ingat org melayu td

Lain-lain Komen

Quote Kurex 10-6-2019 02:01 PM
Bodohnya kau pompuan.. Macam vokuro bodohnya
Quote epuepy 10-6-2019 04:07 PM
Bebal. Rot in hell please {:yameteh
Quote putehkundor 10-6-2019 04:08 PM
asal berlaki konsepnya boleh dipakai seantoreo dunia, hatta mehico sekalipun
Quote esbok 10-6-2019 04:23 PM
Orang lain bercinta orang lain yang berkorban dah kenapa
Quote giyomi 10-6-2019 06:53 PM
kimak nye ppuan sial...mereput dan mereput selamanya ko.  puiii
Quote nenekglamer 10-6-2019 08:46 PM
Minah ni obviously sakit mental. Klu jantan tu nk juga kt dia tatau la
Quote AkuMark 11-6-2019 11:24 AM
Dah xde benda lain ke nak buat utk buktikan cinta..skit wooo cabut kuku kaki !
Quote sekngucing 11-6-2019 11:28 AM
ingat org melayu td

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.318991s Gzip On
To Top