Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Lelaki Ini Mulakan Trend Bila Videonya Beri Duit Raya Kepada Pekerja Starbucks Tular

Oleh: Myeonir|10-6-2019 02:55 PM Komen: 29

Bulan Syawal ini memang meriah kerana disambut dengan keluarga tercinta dan rakan taulan. Kunjung-berkunjung ke rumah saudara dekat mahupun yang jauh bagi mengeratkan lagi hubungan sedia ada. 

Kalau yang dapat cuti lama, memang seronoklah tetapi agak sedih kalau terpaksa berkerja semasa hari raya.

Seorang pengguna Twitter ini telah bertindak memberikan duit raya kepada mereka yang bekerja di barisan hadapan iaitu mereka yang bertungkus-lumus melayan kerenah manusia pada hari raya.



Dapat dilihat dari wajah pekerja Starbucks yang kelihatan lesu itu tersenyum gembira apabila dihulurkan duit raya. Kejadian ini dikatakan berlaku di Starbucks cawangan Menara Maybank.

Menerusi tweet ini, ramai pengguna turut berkongsi kisah mereka memberi duit raya kepada orang lain yang terpaksa bekerja di hari raya.









Kredit foto: Twitter

Rata-rata netizen yang membaca perkongsian ini terharu dengan sikap mereka yang tidak lokek menghulurkan duit raya kepada individu tidak dikenali.

Lebih manis apabila mereka berjaya membuat para pekerja yang keletihan tersenyum dengan perbuatan baik mereka itu.

Apa salahnya hulurkan sedikit duit raya walaupun pada orang yang tidak dikenali kerana di dalam rezeki kita juga terdapat rezeki orang lain. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
4
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
0
Komen: 29
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Meiizu 14-6-2019 10:18 AM
sebenarnya bukan nilai duit tu ...perasaan dpt angpow tu yg seronok, orang ingat kat kita...alhamdulilllah.
bukan mcm makcik kecoh rm5 tu..taksangka ramai juga pengkomen yg setuju dgn makcik rm5 , alang2 bagi mintak rm50..takboleh bagi 50 takyah bagi langsung...serius tekejut mcm tu rupanya.

Lain-lain Komen

Quote sapeka 10-6-2019 03:30 PM
semoga dimurahkan rezeki pada yang tak lokek berkongsi rezeki
Quote Kurex 10-6-2019 03:50 PM
Jadi nak kena buat apa??
Tolonglah jangan cedok cerita dari twitter / ig..
Quote mizzmimi 10-6-2019 04:19 PM
Oklah cerita macam ni.. feel good story utk musim2 raya ne.. kongsi tular katanye so releven jah
Quote tagas 10-6-2019 04:35 PM
moshed@youtube yg start dulu

then da mula tular

ok la bersedekah amalan yg mulia

hrp dpt di teruskan tanpa perlu nak rekod2 tepek @socmed

nnti jadik riak lak

baik2 dpt pahala trus tak dpt ape
Quote tagas 10-6-2019 04:37 PM
yo yo or jer

ntah2 sampul kosong
Quote pizzahait 10-6-2019 05:55 PM
good for them. RAK. random act of kindness.

patut diteruskan dan jadi ikutan orang lain. tak terhad pada bulan ramadhan syawal je. patut diteruskan di bulan zulkaedah zulhijjah safar rejab syaaban dan sepanjang tahun tanpa henti.

kongsikan juga rezeki kita dengan pam attendant kat pam station, security guard, pencuci kereta, pengutip sampah etc. gaji diorang ni berapa sangat je. tanggungan pun tentu ramai.

sekali sekala belanja air bungkus / air kotak / nasi dengan geng2 potong rumput tepi jalan. rezeki yang ada, kita share sama2.
Quote bondeh 10-6-2019 06:00 PM
Saya & suami haritu beri duit raya kat budak2 McCafe. Lupa pulak nak post kat fb/ig
Quote matchstick 10-6-2019 06:28 PM
Bagi kt pencuci tandas di r&r pun bagus juga.. Penat diorg musim org ramai balik kmpg ni
Quote noraidil_06 10-6-2019 06:52 PM
My son part time on hari raya.
Dpt duit raya tp cina2 bagi.
Dia kate terharu sgt. Rase ilang penag kejap.
Dia kerja KFC
Quote noraidil_06 10-6-2019 06:53 PM
Iols suke bg duit raya kt pekerja tol. Suke tgk muka derang senyum. Wpun iols bg rm5 je
Quote EvieWanKenobi 10-6-2019 07:31 PM
matchstick replied at 10-6-2019 06:28 PM
Bagi kt pencuci tandas di r&r pun bagus juga.. Penat diorg musim org ramai balik kmpg ni

betul.. i selalu fikir bagus juga kalau
bersedekah kat acik2 cleaner tandas..

belum pernah dengar lagi diorang membebel
dengan keadaan tandas.. unlike cleaner2 di KLCC
yang selalu buat muka masam..
Quote jane_hopper 10-6-2019 07:54 PM
I love this!
Quote groundfloor 10-6-2019 08:14 PM
Touching sangat.....
Quote azahan 10-6-2019 09:17 PM
Raya ke 3 kami naik train pergi klcc dari nilai. Sepanjang perjalanan duduk sebelah one lady ni. Dia perkenal diri, kami borak. Bila dah nak sampai KL sentral dia hulur duit raya untuk dua orang my son{:good

Quote bakingsoda 10-6-2019 10:45 PM
kalau dulu tangan kanan memberi tangan kiri tak tahu. skrg tangan kanan memberi tangan kiri ummah serata alam skali wajib tahu
Quote lattehazelnut 11-6-2019 12:18 AM
Perasan jofliam je bg kat budak domino 100 sorg
Quote tikusmontok 11-6-2019 09:21 AM
perkara baik begini elok disebarkan. jadi contoh buat org lain utk menbh pahala.
Quote kucingitam 11-6-2019 09:57 AM
benda biasa kitorang laki bini buat sejak sekian lama tiap kali raya..kesian budak baru nak up...
Quote DayangKirana 11-6-2019 09:59 AM
tikusmontok replied at 11-6-2019 09:21 AM
perkara baik begini elok disebarkan. jadi contoh buat org lain utk menbh pahala.

kan?

better dari viralkan benda2 lagha merapu tu..

iols tak kisah benda2 yang baik mcm ni diviral kan..at least ade yang nak ikut sama.
humblebrag or whatever, tu terpulang pada niat masing2.



Lihat semua komen(29)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.083029s Gzip On
To Top