Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Artis Wanita Ditahan Beruang Matahari Ditinggal, 'Menangis Minta Makan'

8-6-2019 11:00 AM|Oleh: MBS| Komen: 12

Beruang matahari milik artis wanita yang menjengahkan kepalanya menerusi tingkap 
Foto: Facebook Ida Shareena 

Tangisan kelaparan dalam sebuah kondominium di Desa Pandan di sini membawa kepada penemuan seekor beruang matahari yang ditinggalkan pemiliknya dipercayai pergi berhari raya selama dua hari.

Haiwan malang dipercayai milik penyanyi wanita berusia 27 tahun itu kemudiannya diselamatkan sepasukan anggota bomba dari Balai Pudu di sini yang bergegas ke unit kondominium berkenaan selepas dihubungi jirannya.

Dalam kejadian sekitar jam 4.57 petang pada 7 Jun, jiran memberitahu sebelum itu mereka terdengar suara haiwan yang mencurigakan sebelum ternampak kepala beruang di tingkap.


Sepasukan anggota bomba dari Balai Pudu berjaya menyelamatkan haiwan berkenaan 
Foto: Facebook Ida Shareena

Seorang pengguna Facebook, Ida Shareena melalui perkongsiannya memberitahu, pada mulanya jiran menyangka ia sekadar gurauan orang memakai kostum beruang untuk menakutkan kanak-kanak.

"Namun, bila diamati ia benar-benar seekor beruang yang menjengahkan kepalanya menerusi tingkap dapur di sebuah kondiminium tingkat 16," ujarnya.



Jurucakap Bomba Kuala Lumpur berkata, sepasukan enam anggota tiba pada jam 6.59 petang, lalu menyelamatkan haiwan berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak bertanggungjawab.

"Haiwan malang setinggi tiga kaki itu berjaya diselamatkan dan operasi selesai jam 7.42 malam," ujarnya.

Dalam pada itu, Astro Awani melaporkan, Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim, mengesahkan penahanan artis wanita tersebut pada jam 8 malam ekoran insiden berkenaan.

"Dia gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan beruang berkenaan, dan disiasat kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran Perhilitan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," jelasnya.

Gambar serta video kejadian ini tular di laman laman sosial sejak semalam.

Siapalah gerangan artis yang membela beruang matahari tanpa kebenaran ini ya? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
4
Terkejut
4
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 12
Komen

Previous : Apa Gabungan Artis Yang Peminat Nak Tengok? Ini List Yang Rare Dan Di Luar Kotak!

Next       : Aiman Hakim, Zahirah Macwilson Selamat Bertunang!

Komen Terbaru

Quote girlfridayz 12-6-2019 04:17 PM
kesiannye.. nak bela xde lesen tu aku boleh consider lagi.
tapi tinggal kurung x kasi makanan gini mmg hampeh la..
buat samting tak pk..

Lain-lain Komen

Quote Sandal 8-6-2019 11:18 AM
https://www.youtube.com/watch?v=K3sWF_N5BNg
so yang mana sekor ni?
Quote matkpop 8-6-2019 11:40 AM
Baca kat blog katanya rockers perempuan.
Quote Abot 8-6-2019 11:44 AM
ya ampun. kesian nye..  mesti lapar sgt tu..  kalau artis tu balik mesti beruang tu telan die
Quote robinmosby 8-6-2019 12:28 PM
Oh no kesiannya dia. Apa bangang sangat artis tu
Quote Beribear 8-6-2019 01:59 PM
Eiii jahatnya.. Dah la takde lesen. Geram betul la org camni. Sape retis takde akal tu? Kalau jumpa elok di sekolahkan. Kena ambil tindakan tegas kat org camni
Quote armin 8-6-2019 02:48 PM
Artis rancangan rock mana entah sendu sgt walaupun dah dibagitau nama. Ada kt twitter. Kesian beruang tu. Kita manusia pun 4-5 jam dah lapar ni 2 hari dia tinggal. Bodoh
Quote armin 8-6-2019 02:49 PM
Artis rancangan rock mana entah sendu sgt walaupun dah dibagitau nama. Ada kt twitter. Kesian beruang tu. Kita manusia pun 4-5 jam dah lapar ni 2 hari dia tinggal. Bodoh
Quote Kurex 8-6-2019 04:43 PM
Siapa artis tu
Quote CiliPadiSedap 8-6-2019 07:30 PM
Asal suara beruang sama macam sista dodolgemuk tak dapat duit raya?
Quote raxief 8-6-2019 08:16 PM
Abot: ya ampun. kesian nye..  mesti lapar sgt tu..  kalau artis tu balik mesti beruang tu telan die
tengok nama ko, teringat penyanyi abot.. artis rock wanita gak tu..
Quote giyomi 9-6-2019 04:20 PM
jgn sebab puks ni artis maka di lepas dgn jaminan polis bagai...tangkap dan saman and jika tak dpt bayar, lock this biatch up. cuba ko tak makan dua hari, macam mana ko rasa setannn.
Quote girlfridayz 12-6-2019 04:17 PM
kesiannye.. nak bela xde lesen tu aku boleh consider lagi.
tapi tinggal kurung x kasi makanan gini mmg hampeh la..
buat samting tak pk..

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.118922s Gzip On
To Top