Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Berang Cinta Ditolak, Lelaki Campak Budak Dari Aras Tiga Pusat Beli Belah

4-6-2019 01:13 PM Komen: 17
Lelaki mengaku bersalah mencampak budak lelaki berusia 5 tahun dari balkoni aras tiga sebuah pusat beli-belah di Minnesota pada 12 April lalu.

Mirror melaporkan, Emmanuel Aranda, 24, mendakwa tindakannya itu didorong perasaan marah selepas cintanya ditolak seorang wanita.



Aranda pada mulanya berniat membunuh seorang dewasa, tetapi mengubah sasarannya dengan memilih kanak-kanak lelaki terbabit yang kemudian cedera parah akibat jatuh dari ketinggian kira-kira 40 kaki.

11 hari lalu, ibu bapa mangsa berkata menerusi kempen GoFundMe bahawa anak mereka mengalami komplikasi akibat kecederaannya.

Tetapi, ia tidak mengancam nyawa dan hanya memerlukan prosedur tambahan untuk rawatan lanjut.



Mahkamah Daerah Hennepin menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun selepas tertuduh mengaku bersalah. Ibu bapa mangsa bagaimanapun memutuskan untuk memaafkan lelaki terbabit atas perbuatannya itu.

Dalam kenyataannya seperti dipetik Reuters, ibu mangsa berkata dia tidak akan menghakimi mahupun membenci tertuduh. Sebaliknya, dia bersyukur kerana dapat melihat anaknya pulih dengan baik depan mata.


Foto: Mirror/CBS

Menerusi kempen GoFundMe di bawah nama Bantuan untuk Landen - Mangsa Serangan Pusat Beli Belah Amerika, kanak-kanak malang itu menerima sumbangan berjumlah lebih ASD1 juta.

Aranda dilaporkan memiliki rekod sakit mental dan pernah ditahan atas kesalahan kecil. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
3
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
3
Komen: 17
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote LautBiru52 5-6-2019 07:41 PM
Dari kau campak budak tu baik kau terjun je sendiri syaitonnnn

Lain-lain Komen

Quote Kurex 4-6-2019 01:30 PM
Sebab budak kecik lemah kan, tu yg kau berani buat macam tu. Macam vokuro la, lemah. Kena cari mangsa yg lagi lemah dari dia. Sebab si bodoh tu tak berani kalau depan2
Quote CiliPadiSedap 4-6-2019 01:47 PM
Kurex replied at 4-6-2019 01:30 PM
Sebab budak kecik lemah kan, tu yg kau berani buat macam tu. Macam vokuro la, lemah. Kena cari mangs ...

vokuru tu hantu kopek, esok 1 syawal dia dah mula keluar berpesta . sebelum ni kena ikat je.
Quote shernazz 4-6-2019 01:49 PM
Hanat jantan ni
Patut la pompuan xnak terima dia
Even monyet pon reject kau
Quote Artemesiaa 4-6-2019 03:01 PM
Orang mental je suka buat kerja macam ni
Quote ikanmasin 4-6-2019 03:30 PM
amboi2x sedap nya ko amik anak org campak ke bawah yer
ko ingat anak org anak patung..
Quote Foxey 4-6-2019 03:32 PM
Mental betul. Marah kena reject, p campak anak orang lak. Kenapa tak sendiri je terjun?
Quote aijinmisaki 4-6-2019 04:24 PM
Dah tak laku nak buat orang yang tak salah pulak
Quote Tweety_Senrose 4-6-2019 06:27 PM
Kalau aku takde nak maafkan orang macam ni. Baik mana pun itu nyawa anak kot. Kemarahan sendiri dilepaskan kat orang tak bersalah. Selayaknya lah kau dapat hukuman setannn
Quote ultra78 4-6-2019 08:16 PM
Nigga......
Quote groundfloor 4-6-2019 08:30 PM
Bekas pesakit mental rupanya. Jadi bila cinta ditolak dia lost control agaknya.....
Quote TravellingBear 4-6-2019 08:33 PM
Siap ada gofundme.

Patot la penjenayah senang2 buat salah

Malaysia pon dah jangkit. Aritu abg botak pecah kan windscreen, cepat2 ada org nak gofundhim mangsa windscreen pecah
Quote babyLON. 4-6-2019 09:07 PM
TravellingBear replied at 4-6-2019 08:33 PM
Siap ada gofundme.

Patot la penjenayah senang2 buat salah

gofundme kat artikel tu untuk mangsa kanak kanak atau yg humban dia? cer baca balik.
Quote TravellingBear 4-6-2019 11:05 PM
Edited by TravellingBear at 4-6-2019 11:06 PM
babyLON. replied at 4-6-2019 09:07 PM
gofundme kat artikel tu untuk mangsa kanak kanak atau yg humban dia? cer baca balik.


Ye la betul lah kan..  utk budak kecik yg kena campak >>>> mangsa

Sama macam abg botak.... bukannya org tu offer nak bayar guaman ke apa utk abg botak.
Tapi utk mangsa yg kena pecah cermin

Maksud nya qisas (retribution) ada org lain tanggung.

So siapa2 buat jenayah takyah pk kesan pada mangsa. Sbb penjenayah pk byk org nak tolong mangsa
Dia TAK PERLU pk utk bayar gantirugi je apa ke . Sbb ada gofundmangsa
Quote Ali_x 5-6-2019 02:18 AM
Ptt dia ni yg kna campak
Quote Ferr_Remy 5-6-2019 01:49 PM
Baiknye mak bapak budak tu
Quote bezita60 5-6-2019 02:15 PM
Elok dicampak juga sbg hukumannya
Quote LautBiru52 5-6-2019 07:41 PM
Dari kau campak budak tu baik kau terjun je sendiri syaitonnnn

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.323696s Gzip On
To Top