Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Makan Terlalu Banyak Peria Kepala Anda Boleh Jadi Botak?

11-6-2019 10:56 AM|Oleh: Tukang Tulis| Komen: 7

Kredit foto: XTRA & WebMD

Walaupun rasanya sangat pahit, masih ramai yang suka memakan peria sama ada sebagai ulam atau ditumis.

Tidak semua yang pahit itu menjadi ubat kerana kajian perubatan mendapati, memakan terlalu banyak peria boleh mengakibatkan keguguran rambut.

Memetik laporan terbaru yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Dermatology, peria mengandungi toksin yang dinamakan cucurbitacin yang menyebabkan ia berasa pahit.

Laporan ditulis Dr Philippe Assouly itu adalah bersandarkan kepada pemerhatiannya dalam dua kes keracunan makanan melibatkan seorang wanita yang memakan peria.


Kredit foto: Bidadari.MY

Salah seorang wanita yang memakan sup peria pahit mengalami masalah ketidakhadaman selama sehari dan seminggu kemudian, rambutnya mula gugur.

"Makanan itu dikongsi bersama ahli keluarga lain di mana mereka tidak memakan sup terlalu banyak dan mereka mengalami tanda-tanda keracunan makanan tetapi rambut mereka tidak gugur," jelas Dr Assouly.

Seorang lagi wanita mengalami masalah serupa selepas mengambil makanan yang mengandungi peria.

"Walaupun dia berkongsi makanan itu dengan orang lain, mereka tidak mengalami keracunan makanan kerana tidak memakan peria yang disifatkan mempunyai rasa terlalu pahit," katanya.

Dr Assouly memberitahu, kesan pemakanan peria terhadap pertumbuhan rambut dikaitkan dengan tindak balas antimitotik yang membantutkan proses pemecahan sel dan digunakan untuk membunuh sel-sel kanser.

Bukan tidak boleh makan peria, cuma elakkan mengambilnya terlalu banyak bagi mengelakkan kepala anda daripada menjadi botak. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 7
Komen

Previous : Minum Berdiri Punca Cepat Haus, Berisiko Hidap Penyakit Kronik?

Next       : Argh, Ulser Mulut Menyerang Lagi! Gunakan Ini Untuk Merawat

Komen Terbaru

Quote haryatie 18-6-2019 10:45 AM

ok jerk rambut...masih penuh kat kepala lg

Lain-lain Komen

Quote mdhelmi 11-6-2019 11:26 AM
rambut dah mmg gugur nk salahkan peria pulak huhu
Quote EvieWanKenobi 11-6-2019 12:40 PM
suka sangat peria goreng tumis..
Quote keds 11-6-2019 01:57 PM
rambut kau yang botak? peria pulak kena blame..... wakakakka
Quote mzzenma 11-6-2019 03:43 PM
peria katak goreng tepung sedap gila
Quote Asdan 11-6-2019 04:07 PM

panduan mudah, kalau rasa pahit pedas masam busuk dll, jangan makan, contohnya cili pedas sebab toxic,
Quote Artemesiaa 13-6-2019 03:23 PM
Tak suka makan benda ni selalu nampak acik2 yang ada high blood je yang suka makan
Quote haryatie 18-6-2019 10:45 AM

ok jerk rambut...masih penuh kat kepala lg

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.065824s Gzip On
    To Top