Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kejamnya! Tak Dapat Duit Beli Gam, Rumah Ibu Saudara Buta Dia Bakar

Oleh: MBS|7-6-2019 10:00 AM Komen: 11
Rumah tiga warga emas yang dibakar anak saudara mereka hanya kerana tidak mndapat wang secukupnya dipercayai untuk membeli gam - Foto Utusan Malaysia


Kejam. Itu gambaran tindakan seorang lelaki ketagihan gam yang membakar rumah ibu saudaranya di Kangar, semata mata kerana tidak memperoleh wang secukupnya untuk membeli bahan itu.

Dalam kejadian kira kira 3.30 petang itu, tiga beradik warga emas yang buta Halijah Ibrahim, 78, Che Manai, 73, dan Zainah, 67, terselamat setelah penduduk sekitar terdengar jeritan mereka meminta tolong, lantas menyelamatkan ketiganya daripada kediaman yang sedang terbakar

Utusan Malaysia melaporkan, mereka tinggal sehelai sepinggang selain kerugian lebih RM10,000 apabila wang tunai, barangan kemas dan pelbagai barangan lain musnah terbakar.

Abang kepada suspek, Ahmad Rizuan Kassim,31, berkata adiknya itu bukan sahaja tinggal dengan ketiga tiga wanita berkenaan, malah dijaga dengan penuh kasih sayang.

Tiga warga emas buta yang menjadi mangsa kebakaran anak saudara yang ketagihan gam. - Foto Utusan Malaysia

Menurutnya, sebelum kejadian wanita warga emas berkenaan menjual kelapa sebagai salah satu punca pendapatan dan memperolehi RM45, lalu mangsa meminta kesemua wang berkenaan, namun hanya diberikan RM10.

Ia menyebabkan suspek marah sebelum bertindak membakar kediaman berkenaan.

Polis telah menahan lelaki berusia 28 tahun tersebut semalam dan suspek sendiri mengaku telah bertindak demikian.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd. ketika mengesahkan perkara itu berkata, lelaki berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

Media sebelum ini pernah menyiarkan kegigihan tiga beradik ini yang tetap berusaha mencari nafkah walaupun buta sejak kecil.-CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 11
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote nenekglamer 16-6-2019 01:25 PM
Sia2 jadi manusia. Eloknya kecik2 lagi dah mati mamat ni. Umur dh 28 pun xreti2 nk cari duit sendiri. Haihhh...

Lain-lain Komen

Quote danieladam 7-6-2019 10:12 AM
Sialnya anak sedara mcm ni..elok hukum bunuh je lagi bagos lah.
Quote VioletsAre_Blue 7-6-2019 10:40 AM
Patutnya anak saudara yang sara mak2 saudara dia sebagai membalas budi kebaikan mak saudara.. Ini dah tua masih menyusahkan orang
Quote armin 7-6-2019 11:45 AM
Kena tangkap terus ke terlepas ni? Patut meringkuk je dlm penjara menyusahkan org je. Takde no akaun ke nak tolong makcik2 ni. Kesian betul
Quote belilies 7-6-2019 02:04 PM
Helok takyah bela je spisis tak mengenang budi cam dia ni. Baik dimampuskan aje, sbb dah besar menyusahkan org, bukan sorg dua, TIGA WANITA BUTA yg carik rezeki sendrik... Banding ngan dia yg cukup sifat. Ramai jenis ni kat dunia skrg ni. Cana lah roper bewak cukup sifat tu eak.
Quote buapakperut 8-6-2019 02:00 AM
otak dah rosak dgn gam.. ape malang la dpt anak sedara binawe ni
Quote Ali_x 8-6-2019 06:58 AM
Apa punya ank sedara..
Quote aleesyasofia 8-6-2019 09:41 AM
elok mampus jer.. myusahkan org.. xguna pnye anak sedara..
Quote miznora 8-6-2019 10:03 AM
ya allah.. teruk betul anak sedara tu. buat penat membela dia. bg masuk penjara je 300 tahun
Quote Melorqe 10-6-2019 01:07 PM
kat kampung aku ada jenis ni.
umur dah dekat 40 pun hisap gam.
pernah nampak dia terbongkang dlm parit.
orang kampung pun dah tak heran kat orang tu.
polis pun dah tak larat nak tangkap , ketagih tu tak boleh dibuang.
Quote cuda 14-6-2019 04:07 PM
Kalau dah mengisap tu, tembak mati je. Menyusahkan org.
Quote nenekglamer 16-6-2019 01:25 PM
Sia2 jadi manusia. Eloknya kecik2 lagi dah mati mamat ni. Umur dh 28 pun xreti2 nk cari duit sendiri. Haihhh...

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.225271s Gzip On
To Top