Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bakar Diri Dalam Kereta, Perunding Perkahwinan Cuba Bunuh Diri

31-5-2019 12:33 PM Komen: 71
Seorang lelaki dilaporkan cuba membakar diri di dalam sebuah kenderaan berhampiran tapak pasar malam di Kampung Tok Has, Besut, kira-kira jam 12 tengahari, semalam.

Utusan melaporkan, perunding perkahwinan itu dipercayai cuba membunuh diri dalam kejadian.


Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Zamri Mohd. Rawi mengesahkan Pusat Kawalan Daerah (DCC) menerima laporan daripada orang awam kepada yang memaklumkan ada satu kejadian kereta terbakar.

Sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) dan anggota Balai Polis Jerteh yang tiba di lokasi mendapati kesan terbakar pada tempat duduk pemandu sebuah Proton Persona.

Katanya, ketika anggota tiba, anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadam kebakaran dan membantu mengeluarkan mangsa.

Mangsa berbangsa Melayu itu dikatakan mengalami kecederaan di kepala dan dibawa ke Hospital Besut untuk mendapat rawatan.

Hasil pemeriksaan mendapati sebotol air mineral berisi minyak petrol ditemui di tempat duduk penumpang hadapan kereta terbabit. Polis percaya mangsa cuba membunuh diri berdasarkan keterangan fizikal termasuk bumbung kawasan tempat duduk pemandu.

Pihak forensik Bomba dan Penyelamat masih menjalankan siasatan susulan pada kenderaan mangsa dan punca kejadian masih dalam siasatan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
3
Terkejut
7
Sedih
3
Lawak
3
Bosan
2
Komen: 71
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Cutedebok 6-6-2019 10:56 PM
Mungkin bnyak sgt mndengar cerita2 negatif smpai stress nak bunuh diri..negativity ni berjangkit...huhu

Lain-lain Komen

Quote Asdan 31-5-2019 12:36 PM

tujuan hidup ialah untuk terus hidup, bukan untuk mati, kucing pun tahu & tak bunuh diri,
Quote moonbug 31-5-2019 01:10 PM
Apa masalah dia agaknya
Quote putericahaya999 31-5-2019 01:11 PM
Perunding perkahwinan ni kaunselor ke wedding planner
Lampi lak bulan puasa
Quote arm_band 31-5-2019 01:58 PM
Katanya, ketika anggota tiba, anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadam kebakaran dan membantu mengeluarkan mangsa.


Mangsa berbangsa Melayu itu dikatakan mengalami kecederaan di kepala dan dibawa ke Hospital Besut untuk mendapat rawatan.


melecur ke tidak??
Quote minahmanja 31-5-2019 02:01 PM

baca kat ig mcm 20% burn..
Quote XXNemesisXX 31-5-2019 02:03 PM
Kesian, lg bbrp hari nak raya dah ha..
Quote orked44 31-5-2019 02:08 PM
ni mesti iwan fancy yea,,sb ade tgk kt fb smlm...kenapa agaknya yea..tertekan..kesian sgt..semoga Allah memudahkan urusan beliau,,,
Quote Ali_x 31-5-2019 02:09 PM
Melayu..????adui mna agama bro...sib baik hidup lagi..Allah masih syg tu..bg pluang bertaubat
Quote slavehunter 31-5-2019 02:23 PM
Kenapa nak mati cepat2? Tau tak yang dalam kubur tu merayu nak hidup balik nak tambah buat amalan.
Quote ikanmasin 31-5-2019 02:25 PM
tertekan sesgt ke.jgn lah tamatkan nyawa dgn cara begini
Quote ninjago 31-5-2019 02:39 PM
semoga dia bertaubat. Allah kasi peluang lagi dia teruskan hidup tu..

kesian btul apa la alasan dia sampai nekad nak bunuh diri camnie??  dia tak tau ke org bunuh diri nie kekal dalam neraka?

Barangsiapa menjatuhkan dirinya dari sebuah gunung sehingga membunuh dirinya, maka di dalam neraka Jahannam dia (juga) menjatuhkan dirinya dari sebuah gunung. Dia akan tinggal di dalam neraka Jahannam selama-lamanya. Barangsiapa meminum racun sehingga membunuh dirinya, maka racunnya akan berada di tangannya. Dia akan meminumnya di dalam neraka Jahannam. Dia tinggal di dalam neraka Jahannam selama-selamanya. Barangsiapa membunuh dirinya dengan besi, maka besinya akan berada di tangannya. Di dalam neraka Jahannam ia  akan menikam perutnya. Dia akan tinggal di dalam neraka Jahannam selama-lamanya. [HR. Bukhari, no. 5778; Muslim, no. 109; dari Abu Hurairah; lafazh bagi Bukhari]

Quote abangadek 31-5-2019 02:44 PM
ninjago replied at 31-5-2019 02:39 PM
semoga dia bertaubat. Allah kasi peluang lagi dia teruskan hidup tu..

kesian btul apa la alasan d ...

kalau org tu tak siuman dia bunuh diri cemana? kt kawasan aku dulu pakcik ni mcm tak berapa betul sikit dia gantung diri kt pokok rambutan depan rumah dia
Quote sfrnna 31-5-2019 02:51 PM
Aduhai. Kalau depress pergilah jumpa doktor. Sedih baca macam ni. Umur panjang lagi tu. Kesian org lain kena korban masa untuk jaga bila dah sakit ni.
Quote batmana 31-5-2019 02:58 PM
abangadek replied at 31-5-2019 02:44 PM
kalau org tu tak siuman dia bunuh diri cemana? kt kawasan aku dulu pakcik ni mcm tak berapa betul  ...

tak siuman kalu bunuh org pn tk bkn dia berdosa,apaatah lagi bunuh diri sndiri..
Quote abangadek 31-5-2019 03:03 PM
batmana replied at 31-5-2019 02:58 PM
tak siuman kalu bunuh org pn tk bkn dia berdosa,apaatah lagi bunuh diri sndiri..

ntah2 jantan ni pun tak siuman
Quote ninjago 31-5-2019 03:04 PM
abangadek replied at 31-5-2019 01:44 PM
kalau org tu tak siuman dia bunuh diri cemana? kt kawasan aku dulu pakcik ni mcm tak berapa betul  ...

penah baca, org kurang siuman nie dia tak dibebani dgn syariat masa kat dunia..kira amal perbuatan dia masa dalam keadaan tak siuman tu takkan ditimbang & dikira kt akhirat nanti..just amalan dia masa sebelum dia jadi tak siuman and bila dia dah sembuh dari siuman je yg akan dihitung..
jap nak cari artikel pasal tu..

Hal ini seperti dijelaskan oleh Syekh Ibnu 'Utsaimin dalam kitab Majmu' Fatawa Wa Rasail Ibni 'Utsaimin.
" Anak yang terlahir dalam keadaan cacat akal, hukumnya seperti orang gila, dia tidak dibebani syariat. Oleh karenanya, amal perbuatannya tidak akan disidang (di-hisab) di hari kiamat nanti. Bila ia berasal dari kedua orangtua yang muslim atau salah satunya muslim, maka status dia mengikuti orangtuanya yang beragama islam. Maksudnya anak ini menjadi muslim sehingga dia dimasukkan surga."
Syekh Ibnu 'Utsaimin mendasarkan pendapatnya pada Surat Ath Thur ayat 21.
Dan orang-orang yang beriman, beserta anak keturunan mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan anak keturunan mereka (di dalam surga), dan Kami tidak mengurangi sedikitpun pahala amal (kebajikan) mereka


Quote sidewinder 31-5-2019 03:11 PM
aku perati lama....byk kejadian pelik2 kat gannu ni
Quote dodolgemok 31-5-2019 03:22 PM
Kenapa bunuh diri dgan cara bakar, bukan ke tu seksa? Terjun je lah klcc terus mampos, xde terseksa slow2. Nak mati pon bodoh.
Quote puteribaya 31-5-2019 03:24 PM
setiap masalah didunia ada penyelesaian..boleh lari..tapi kalu dah mati..mana mau pigi??kata munkar nangkir..so..bertabahla

Lihat semua komen(71)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.444213s Gzip On
To Top