Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

"Nak Tahu Sangat? Kira Sendiri Raya Nanti!" - Che Ta Serik Jawab Isu Stok Baju Raya

Oleh: LilRose|31-5-2019 11:23 AM Komen: 74
Kita semua tahu Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan gemar melaram pakaian berbeza mengikut acara dan tema terutama ketika hari raya. Sebulan pun tak cukup nak menghabiskan baju rayanya itu!


Kredit foto: IG Che Ta

Tahun ini, pasti ramai berteka-teki jumlah persalinan disediakannya Syawal nanti.

Berkata kepada Berita Harian, kali ini Che Ta sengaja membiar pengikut dan peminat mengira sendiri stok busananya itu apabila dimuat naik di Instagramnya nanti.

"Kalau nak tahu sangat berapa pasang baju raya saya tahun ini, kiralah sendiri bila saya muat naik gambar di Instagram sepanjang Syawal nanti," katanya yang enggan mendedahkan jumlah sebenar kerana tidak mahu netizen menjadikannya satu isu.



Che Ta bagaikan terasa hati dengan segelintir netizen yang seolah-olah menunggu peluang mencari kesalahannya.

Menurutnya, dia sudah tawar hati untuk berkongsi di laman sosial kerana setiap jawapannya sering kali disalahertikan hingga menjadi modal kecaman netizen.

"Kalau saya senaraikan warna baju, pasti ada yang dapat mengagak jumlahnya. Sebut sahaja warna apa, semuanya jadi pilihan. Tetapi, saya tidak akan nyatakan berapa jumlah pakaian untuk raya tahun ini," ujarnya.



Tak terkejut apabila Che Ta mendedahkan masih ada beberapa pasang baju yang belum sempat digayakan pada raya tahun lalu. 

Tambahnya, ada beberapa pakaian yang sudah dipakai dijual semula di Instagramnya. Malah, ada yang sanggup membeli pada harga RM3,000 iaitu baju paling mahal pernah dijualnya.

"Ikutkan hati memang sayang, tetapi apabila dipertimbangkan, lebih baik saya jual daripada terpaksa menyewa ruang untuk menyimpan," katanya.

Kita rakyat marhaen nak beli lebih dari dua pasang pun fikir berkali-kali, kan? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 74
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote cikbun 8-8-2019 12:49 AM
brp baju dia? ada yang bilang?

Lain-lain Komen

Quote SherryZass 31-5-2019 11:51 AM
Takde yg sponss ke sis?
Quote armin 31-5-2019 12:09 PM
Makin sikit ke sebab tu tak dapat nak show off? Kalau 30 pasang mesti show off kan. Sekarang mungkin dah takde duit. London pun dah lama tak pergi eh?
Quote jane_hopper 31-5-2019 12:19 PM
Knp die suka makeup mcm tu ya? Dh mcm nenek sihir iolls tgok nekta ni
Quote Acikgomen 31-5-2019 12:20 PM
Bakpe nak sewa rumah simpan baju rozita oiiii
Bukan ghumah hampa pat tengkat kahhh
Banyak sangat ka perabut kotmemos bersusun kat mahligai gah hampa tuh sampai tak celuih nak boh baju
Quote namieamuro 31-5-2019 12:21 PM
dah tetiap tahun dok canang brp puloh ratus pasang baju raya yg acik ade..tahun ni nk melenting knp bile org tnye soalan yg same
Quote jane_hopper 31-5-2019 12:23 PM
armin replied at 31-5-2019 12:09 PM
Makin sikit ke sebab tu tak dapat nak show off? Kalau 30 pasang mesti show off kan. Sekarang mungkin ...

Kalo ada byk duit x kan x mmpu byr gaji driver? Oops Skrg ni sheolls kene cari sponsor la kalo tak x bole la nk show off yach
Quote putehkundor 31-5-2019 12:25 PM
dulu pernah minat dia ni...time baru nak up dulu...era diari ramadhan rafique, tusuk, zelatang..

la ni dah muak tgk
Quote abangadek 31-5-2019 12:50 PM
legend ok cikta ni, sape je yang tak pernah jemu melaram, tak jemu makeup.. cikta ja okay
Quote edoraixora 31-5-2019 12:56 PM
tibah tahun ni marah pulak orang tanya
Quote shernazz 31-5-2019 01:13 PM
Ish
Bior.le
Kang jadi bahan lagi
Dah cukup dh dia jadi bahan
Bior dia simpan sikit show off dia utk raya ni
Quote aechae 31-5-2019 01:16 PM
Raya kt hotel mna tahun ni che Ta?
Eh..patutnya photoshoot raya kt hotel mna kn?
Quote imanjannah 31-5-2019 01:20 PM
diam je la che ta,  ko klu cakap apa pun,  klu org dah xsuka,  diaorg akan kona jugak,  diam2 la ko raya
Quote prettyuglybabe 31-5-2019 01:21 PM
sapa la yang beli baju terpakai dia tu
gebang tak abis nek ta oiii...
raya ni baju tak banyak la tu dok marah orang tanya..
entah-entah recycle jah tahun tahun sudah punya..
Quote snorlax 31-5-2019 01:27 PM
X minat sangat
Kekadang terfikir selain berlakon,duta,model
Apa lagi eh sumber income
Mana tau kita rakyat marhaen boleh cuba gak
Quote kiah_mai_pulak 31-5-2019 01:36 PM
Xda duit dh kot nk beria raya mcm sebelum ni.. ye lahh, duit gaji org pun liat nk bayorr. Mungkin dah sengkek
Quote buapakperut 31-5-2019 02:03 PM
pakai la apa pun. cenggitu juga ghope nekta.
Quote EvieWanKenobi 31-5-2019 03:41 PM
off betul tengok brochure raya Habib..
Quote bungarose 31-5-2019 03:45 PM
Naper cikta dah slow show off
Kebanyakkan bab sponsor ajer.....tak seperti tahun2 yang lepas
Quote ALDRIN 31-5-2019 03:52 PM
SherryZass replied at 31-5-2019 11:51 AM
Takde yg sponss ke sis?

Kebanyakan baju sheols ni sponsor....2-3 helai je sheols tempah. So sheols x payah gebang kuat sgt kt Nek Ta ni.

Lihat semua komen(74)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.127271s Gzip On
To Top