Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Mana Nak Cari Model Kereta Hot Wheels Edisi Terhad 'Malu Apa Bossku'?

Oleh: Tukang Tulis|31-5-2019 11:15 AM Komen: 6
Gambar model lori pikap Hot Wheels edisi terhad (kanan) yang dikongsi oleh Najib melalui laman Facebook miliknya. Kredit foto: Facebook

Fenomena 'Malu Apa Bossku' yang begitu sinonim dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai telah diabadikan oleh pengeluar kereta mainan antarabangsa, Mattel melalui edisi terhad Hot Wheels.

Memetik status dalam laman Facebook beliau pada 29 Mei, Najib mengakui beliau sendiri tidak tahu tentang perkara itu sebelum seorang rakannya mengirimkan gambar model skala kecil lori pikap Hot Wheel melalui aplikasi WhatsApp.

Pada bahagian pintu lori pikap edisi terhad itu tertera meme 'Malu Apa Bossku' yang memaparkan Najib sedang duduk di atas motosikal sambil memusingkan badan dan muka ke belakang.

Meme yang sama turut dipaparkan pada kertas pelapik bungkusan model lori pikap Hot Wheels tersebut.

Najib turut berkongsi gambar model kereta Delorean edisi terhad 'Malu Apa Bossku' yang digunakan dalam filem Back To The Future. 
Kredit foto: Facebook

Najib turut menggalakkan orang ramai yang ternampak mainan Hot Wheels siri 'Malu Apa Bossku' supaya membeli dan berkongsi gambar dalam laman Facebook beliau.

Apa pula kata netizen terhadap perkara tersebut? Nampaknya ramai yang memberi reaksi positif.

Kredit foto: Facebook
Ada juga netizen yang mengambil kesempatan menyindir kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan mengaitkan mainan edisi terhad itu dengan projek terowong dasar laut dan kereta terbang.

Kredit foto: Facebook

Seorang netizen mendakwa dia bekerja di kilang Mattel, Seberang Perai, Pulau Pinang dan terlibat dalam pembuatan model edisi terhad 'Malu Apa Bossku'.

Kredit foto: Facebook

Semakin popular nampaknya sejak Najib menjadi pembangkang walaupun dahulu ramai yang mencemuhnya ketika masih bergelar Perdana Menteri. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
0
Terkejut
3
Sedih
2
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 6
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ina8895 10-7-2019 02:22 AM
Comel la bossku

Lain-lain Komen

Quote Mierafaziera 31-5-2019 11:23 AM
nak cari ni for my son!!
Quote kivio 31-5-2019 06:55 PM
Itu bukan keluaran mattel la bahenol.
Itu bebudak custom sendiri.

Ko hengat mattel ade masa ke nak melayan jibby ni.
Author pls buat research sikit.
Quote Ferr_Remy 1-6-2019 05:09 AM
Sah2 la bkn ori... hahaha
Quote sarahmirza 1-6-2019 06:08 AM
DSN tak nak saman ke mattel sesuka hati guna gambar dia?

Quote keds 11-6-2019 01:46 PM
edisi special
Quote Ina8895 10-7-2019 02:22 AM
Comel la bossku

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.224621s Gzip On
To Top