Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Jangan Tanya Soal Anak"-Fauziah Latiff

30-5-2019 11:31 AM| Komen: 173




Bagi mereka yang membesar pada era lewat 80an dan awal 90an pasti mengingati aura pelantun lagu Kau Merubah Segalanya, Fauziah Latiff atau nama sebenarnya Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff yang masih aktif dalam dunia seni suara. Dengan suara gemersik, Fauziah atau lebih mesra membahasakan dirinya Gee masih kekal dengan bicaranya yang lemah lembut serta sikap merendah diri kepada semua orang dalam industri ini.

Teruja menceritakan mengenai projek lagu terbaharunya, Fauziah turut tidak terlepas ditanyakan soalan peribadi mengenai jodoh dan anak-anaknya. Seperti biasa, penyanyi yang kini berusia 48 tahun menjelaskan yang beliau bahagia dengan kehidupan sekarang.

"Alhamdulillah, sekarang lebih syukur dan tenang."


Foto : IG

Menurut portal MHETV, Fauziah Latif dengan tenang menjelaskan yang dia tidak mahu berkongsi mengenai kehidupan dua anak lelakinya yang kini meniti alam remaja. Sebaliknya lebih senang bercerita mengenai diri sendiri dan studio terbaharunya itu.

"Hidup perlu diteruskan. Apa yang boleh jadi inspirasi di luar sana, I mean I'am not the only one.
Theres so many yang alone di luar sana tapi mereka boleh melaluinya.
So mereka juga inspirasi untuk saya. Kalau dorang boleh buat, kita juga boleh buat."

Foto : Carian Internet


Bagi penyanyi yang mempunyai banyak lagu hits di zaman kegemilangannya, dia mengambil contoh wanita di luar sana yang juga meniti hidup sendirian dengan positif membuatkan dia mahu cuma berfikir yang baik-baik sahaja. Bukan bermakna dia melupakan terus soal jodoh namun ianya tidak dijadikan keutamaan buat masa sekarang.

"Allah bagi rezeki. Buat masa ini belum lagi lah. Alhamdulilah, kalau ada, ada kalau takda its ok.
Bukan serik, tak berani nak cakap pasal benda tu sebab gerak hati tu semua pada Allah.
So kita nak cakap lebih pun tak tahu."

Foto : IG


Kini semakin aktif menjadi juri di rancangan realiti dan juga menjadi cameo dalam drama komedi membuatkan Gee sibuk dengan karier seninya. Gee juga sempat berseloroh yang dia tidak mampu menguruskan diri sendiri dengan teratur, apatah lagi mahu menguruskan orang lain pula. Jadi, dia tidak mahu memeningkan kepala serta menerima segala seadanya.

Sudahlah cantik, lemah lembut kala berbicara, tiada gosip panas atau cerita buruk yang keluar dari mulutnya membuatkan Fauziah Latif antara artis yang masih kekal relevan hingga kini. Cari mendoakan agar Gee sentiasa berbahagia dengan jalan yang dipilihnya. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
0
Terkejut
5
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 173
Komen

Previous : "Tak Pernah Terfikir Zuriat Sendiri Akan Imamkan Tarawih" - Norman Hakim Terharu Anak Jadi Imam

Next       : "Trend Apa Ni Buka Aib Rumah Tangga Di Bulan Mulia?" - Idzham Ismail

Komen Terbaru

Quote Ismacun 18-8-2019 08:34 PM
awanysss replied at 30-5-2019 04:13 PM
cantiknyee gee ni.. mcm 30-an je nmpk..

Dulu klu blk dr sekolah selalu lalu depan rmh dia yg kuarter ktm kat port klang tu.. klu nsb baik.. dpt dgr dia practice nyanyi, masa tu dia br nak up.. mmg minat gila dgn dia.. x sombong.. tp tulah  sedih kisah hidup dia.. masih minat dia smpi skrg..

Lain-lain Komen

Quote noraidil_06 30-5-2019 11:36 AM
Yes. I hate it when people asl about my kids. Pls pls. Tolong. If i wanna tell, i will tell.
Dont ask, anak u sapa jaga, bila u kat sana-sini, as if i m bad mother.

My kids are my bestfrens.
Quote jajamis 30-5-2019 11:47 AM
Anak2 dia pon rapat dgn sebelah bapak dia

[ig]https://www.instagram.com/p/BwhRBQQlokU/?igshid=ms8tzze6o128[/ig]
Quote imanjannah 30-5-2019 11:55 AM
anak dengan Johan ye,  lupa dah
Quote Ali_x 30-5-2019 11:57 AM
Anak org ko pun sibuk
Quote helicornia 30-5-2019 12:02 PM
besar dh anak dia ye dh bujang
Quote fushimi 30-5-2019 12:03 PM
anak anak acik g urban
Quote Minami2013 30-5-2019 12:05 PM
Yang dah ada anak pun org tak suke di tanya... apa tah lagi lah org yg tak de anak...
Quote lolita737 30-5-2019 12:07 PM
dia ni cantik..walaupun dh berusia..
Quote chicozinn 30-5-2019 12:15 PM
dia ni masih kekal lawa walaupun da nk umo 50-an..aging gracefully kekdahnya..
Quote haruslah 30-5-2019 12:17 PM
cantek lg dia ni

masa tgk dia nyanyi aritu cm da semput sket
Quote shida81 30-5-2019 12:19 PM
kenapa ank2 dia duk ngn ex...
ada sebab la knp dia x nk cerita ...
Quote noraidil_06 30-5-2019 12:19 PM
jajamis replied at 30-5-2019 11:47 AM
Anak2 dia pon rapat dgn sebelah bapak dia

Sbb ex dia insist on hadanah. N ex dia kaya.
Quote puteri4 30-5-2019 12:24 PM
setiap orang ada kisah masing masing
Quote pavlovachoc 30-5-2019 12:29 PM
klu ada anak perempuan msti cntik macam gee
Quote msdummy.2018 30-5-2019 01:26 PM
hensem anak dia
Quote Rapz 30-5-2019 01:56 PM
Suka tgk gee nie kalo interview mana2 suara dia lembut je melayan soalan2 reporter even ade yg soalan mengarutzz....
Quote makton 30-5-2019 02:01 PM
cantiknya acik gee ni
Quote ciknam 30-5-2019 02:01 PM
laa.. baru tahu dia ada anak rupanya.. ingatkan tak sempat ada anak..
Quote messymimi 30-5-2019 02:11 PM
iols kipas susah mati gee masa kecik2 dulu nampak je gmbr dia dlm paper ke, magazine ke, kompem iols gunting & lekat dlm buku latihan. Penuh muka gee je

masa tu gee top top meletop mcm siti nurhaliza lh zaman tu...fefeeling sgt iols lh gee...kuakakaka...

dh bujang2 ank2 dia ye..hensem

Lihat semua komen(173)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.090962s Gzip On
To Top