Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Jual Sate Di Denmark, Sate Wanita Ini Laku Hampir 600 Cucuk Dalam Sehari!

27-5-2019 10:16 AM|Oleh: intan| Komen: 85

Jika anda pernah melancong ke luar negara, pasti susah nak bertemu dengan makanan Malaysia seperti nasi lemak, roti canai dan pelbagai lagi. Kalau ada pun, pasti rasanya tidak sama jika tidak dihasilkan oleh warga Malaysia itu sendiri.

Lain pula untuk wanita yang berasal daripada Sarawak ini, Maslina Mahi yang kini giat membuka gerai sate di luar negara, iaitu Denmark.  

Beliau yang telah berhijrah dari Malaysia berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk membuka perniagaan makanan tempatan Malaysia secara kecil-kecilan di negara tersebut.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Siapa sangka, perniagaannya membuka gerai sate tersebut mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong. Diberikan kontrak selama setahun untuk berniaga di Raffen, ternyata membuahkan hasil kerana faktor kawasan tersebut yang menjadi tarikan pelancong dan warga tempatan.

Pusat perniagaan yang berkonsepkan 'food truck' itu dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 10 malam dan menempatkan hampir 40 trak dan Maslina merupakan satu-satunya peniaga yang berasal dari Malaysia.

Ketika ditanya mengapakah memilih sate sebagai menu pilihan, Maslina menjelaskan bahawa sate merupakan menu yang memuaskan dan mempunyai rasa antrabangsa. Rasanya boleh diterima oleh pelbagai individu tidak kira bangsa di seluruh dunia kerana bahan utamanya diperbuat daripada daging.

Selain tarikan utama kerana rasanya yang enak, beliau juga telah memberikan sate percuma kepada pengunjung yang ingin mencubanya untuk pertama kali memandangkan sate bukanlah makanan yang biasa dijumpai di sana. Gerai Maslina yang dikenali sebagai 'Satay Copenhagen' menghidangkan sate bersama kuah kacang 'homemade', timun serta ketupat. Harga yang ditawarkan untuk 4, 6 dan 10 batang sate berharga di antara RM37 hingga RM 62.

Selain sate, Maslina juga menjual makanan tempatan Malaysia seperti laksa kari dan nasi ayam pada masa-masa tertentu. Menurutnya lagi, beliau berupaya menjual hampir 300 cucuk sate dan meningkat hingga 600 cucuk apabila tiba musim panas dan musim bunga kerana kedatangan pelancong yang lebih banyak pada waktu itu.

Jika anda melancong atau anak perantauan yang tinggal di Denmark, boleh cuba gerai Satay Copenhagen ini yang terletak di A, Refshalevej 167,Kobehvn, Denmark. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
11
Marah
4
Terkejut
5
Sedih
6
Lawak
6
Bosan
4
Komen: 85
Komen

Previous : Gara-Gara Nama Nurul, Peserta Unduk Ngadau Terpaksa Bawa Surat Pembaptisan

Next       : Gadis Naga Habiskan RM105,000 Cacah Tatu Dan Tindik Badan, Warnakan Mata Biru

Komen Terbaru

Quote awekz_gedik 20-8-2019 12:50 PM
Watermelon786 replied at 20-8-2019 11:48 AM
Yup betul... recommended  sangat sambal sheolss.. dengar citer sheolss amik tempahan buat kek juga ...

cake die pon marbeles, sejak die duduk cph, mmg malaysian sume order cake ngan die... xleh hadap cake kejung denmark tu...
plus die sgt rajin join cooking class, siap join kelas memasak kalau dorang g vacay mana2... yg untung kitorg la, gigih berkayuh ke rumah die tuk makan... nasib la 4km je...  hahahahha

Lain-lain Komen

Quote EvieWanKenobi 27-5-2019 10:19 AM
Alhamdulillah.. pandai cari rezeki di tempat orang..
semoga bisnesnya terus maju..

Quote sharlenetexas 27-5-2019 10:23 AM
RM9 satu cucuk? Kalau convert Euro (tak tau Danish conversion), ada lah Euro2 lebih secucuk. Boleh lah tu.
Quote wirazam 27-5-2019 10:32 AM
oklah tu...jgn lak indonesia nak claim lak..
Quote cmf_almondpecan 27-5-2019 10:38 AM
sharlenetexas replied at 27-5-2019 10:23 AM
RM9 satu cucuk? Kalau convert Euro (tak tau Danish conversion), ada lah Euro2 lebih secucuk. Boleh l ...

Danish crowns dlm 15 kroner secucuk kira ok la tu. Masa duduk sana, kadang2 makan nasi goreng indon pun 150 kroner sepinggan iaitu dekat 100 ringgit.
Quote Ali_x 27-5-2019 11:36 AM
Nak gi luar negara jual sate gak r
Quote Artemesiaa 27-5-2019 11:42 AM
Kalau rajin berusaha walau dimana berada pasti akan berjaya.  
Quote helicornia 27-5-2019 11:42 AM
sate ni bila dibakar bau sedap kot..mmg la org tertarik nak beli
Quote lee_sakura 27-5-2019 11:44 AM
pandai dia cari platform meniaga...,moga terus maju jaya hendaknya
Quote tagas 27-5-2019 11:47 AM
mulayu ni tempat sendiri je manja pemalas

tgk kalo campak dok pulau lain

reti struggle & survive

Quote tagas 27-5-2019 11:48 AM
kat perth pun byk cafe2 org melayu mesia
Quote NBM 27-5-2019 11:50 AM
semoga sukses, rajin & creative mencari rezeki
Quote pinkpunk 27-5-2019 11:51 AM
rindu denmark..
Quote mesmerize 27-5-2019 11:53 AM
cmf_almondpecan replied at 27-5-2019 10:38 AM
Danish crowns dlm 15 kroner secucuk kira ok la tu. Masa duduk sana, kadang2 makan nasi goreng indo ...

yupp ai pun penah order nasi berperisa + ayam kebab kat switzerland, kalau convert dekat RM100.. per person punya portion .. tapi sebab lapar nasi n lauk panas2 yg halal.. pejam mata je bayar pastu cekik
kalau kat mesia nasi goreng 15 hengget pun mesti dah viral sebab mahal kan sister
Quote ninnamina 27-5-2019 11:54 AM
Tahniah pandai cari peluang
Quote starzbites00 27-5-2019 11:54 AM
Sedapnye satey..
Quote hamrie 27-5-2019 11:57 AM
wow boleh try nnt raya
Quote True-X 27-5-2019 12:04 PM
harganya.........  yelah kt negeri omputih kan...
Quote mdhelmi 27-5-2019 12:32 PM
alamak lapar dah ni
Quote rosasen 27-5-2019 12:35 PM
dari dlu lagi impian nk duk oversea n jual mknn mcm sate ni

Lihat semua komen(85)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.105823s Gzip On
To Top