Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Bil Elektrik Melambung, TNB Careline Dibalun Pelanggan Yang Berang!

Oleh: Tukang Tulis|27-5-2019 10:17 AM Komen: 24
Kredit foto: Facebook TNB Careline

Laman Facebook TNB Careline dihujani kecaman netizen yang juga pelanggan syarikat utiliti elektrik nasional itu kerana berang apabila bil elektrik terkini mereka naik mendadak berbanding bulan-bulan sebelumnya.

Sebagai contoh, seorang pelanggan domestik yang kebiasaannya dikenakan caj kira-kira RM800 sebulan tiba-tiba mendapati bil terkininya mencatat jumlah melebihi RM2,600.

Pada mulanya, TNB Careline menyatakan kenaikan bil itu berlaku kerana bacaan meter penggunaan elektrik yang direkodkan adalah melebihi 30 hari dan caj dikira secara prorata.


Contoh pengiraan caj mengikut kaedah prorata. Kredit foto: Facebook TNB Careline

Namun, sebahagian besar netizen tidak berpuas hati dengan penjelasan itu kerana pada pandangan mereka, tempoh bil yang melebihi 30 hari adalah disebabkan oleh kelewatan membaca meter oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sebahagian daripada mereka turut menyalahkan meter pintar yang baru dipasang oleh TNB sebagai punca bil elektrik melambung tinggi.


Kredit foto: Facebook

Caj penggunaan elektrik yang terkini naik mendadak. Kredit foto: Facebook

TNB menyatakan bacaan meter pintar adalah tepat. Kredit foto: Facebook TNB Careline

Sebagai jalan penyelesaian, TNB Careline mengumumkan pihaknya akan mengadakan program Hari Bersama Pelanggan di TNB Banda Kaba, Melaka pada 28 Mei hingga 31 Mei ini, mulai jam 8 pagi hingga 4 petang.

Menurut TNB Careline, pada program itu aduan berkaitan meter pintar akan disiasat berdasarkan corak penggunaan selama enam bulan dan sekiranya terdapat lebihan bacaan jangka, TNB akan mengkreditkan caj berkenaan ke dalam akaun pengguna.

Difahamkan, sebahagian besar aduan dikemukakan oleh pelanggan-pelanggan TNB di Melaka di mana negeri tersebut merupakan antara perintis dalam penggunaan meter pintar.

Memetik laporan The Star Online, TNB menyatakan, bacaan meter pintar adalah tepat dan bacaan yang rendah sebelum ini adalah kerana meter yang lama telah diusik.


Kredit foto: Facebook

Sempena hari baik dan bulan baik ini, diharap TNB dapat menyelesaikan masalah caj penggunaan elektrik yang naik mendadak dengan berkesan dan memuaskan hati pelanggan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
4
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 24
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ina8895 10-7-2019 02:38 AM
Amende la tnb

Lain-lain Komen

Quote kucingitam 27-5-2019 10:29 AM
smart meter yang tak berapa nak bijak..
Quote awanysss 27-5-2019 10:39 AM
tumpang lalu. nak kumpul kredit utk naik pangkat
Quote kociriemann 27-5-2019 10:45 AM
ok lah tu...nak bagi bonus 4 bulan kat staff
Quote potpetpotpet 27-5-2019 11:08 AM
ada comment kat fb tu, dia kata dia duduk rumah dengan kucing2 je.
yg on 24/7 only peti ais.
peti  ais pon plg kecik katanya.
tp bill cecah seratus tak silap aku.
tak masuk akal betul.

anyway, nanti semua rumah wajib tukar smart meter ni ke?
Quote DundalkA91 27-5-2019 11:12 AM
kociriemann replied at 27-5-2019 10:45 AM
ok lah tu...nak bagi bonus 4 bulan kat staff

Betul, perks and benefits glc memang masyukkkk
Quote paanz 27-5-2019 11:13 AM
aku pn kena jgk ni
selalu bil 70-80 je. latest bil, 150.

2 kali ganda naik. boleh perasan dlm bil tu, tempoh bacaan dlm 35 hari.
lebih 30 hari, sebab tu ramai orang marah.
Quote hussaini4675 27-5-2019 11:36 AM
Elok komplen kat tnb. Kalau tak jalan jugak, pegi suruhanjaya tenaga

paanz: aku pn kena jgk niselalu bil 70-80 je. latest bil, 150.2 kali ganda naik. boleh perasan dlm bil tu, tempoh bacaan dlm 35 hari.lebih 30 hari, sebab tu  ...


Quote NBM 27-5-2019 11:54 AM
mmg lepas  tukar  meter baru bil melambung, tapi tnb buat dek je, nak suruh org merusuh baru nak bertindak ke  ape nih
Quote Ali_x 27-5-2019 11:59 AM
{:shy{:hypnotize{:smile
Quote AbukRokok 27-5-2019 12:18 PM
ini bukan pasal smart meter melaka saja... berlaku di negeri lain juga dia manipulasi bacaan meter
Quote gekkou 27-5-2019 12:57 PM
aku duduk sorg
aircond x dak, tv x dak, coway cuckoo x dak, internet line x dak
cuma peti ais jah 24 jam
siaang keja, malam setakat on laptop 2 3 jam
dulu bil paling tinggi rm25
skang dah cecah rm60

kepelikan sungguh
dah la aku ni bukan jenis complain
hadap jah kena tipu
Quote gapiah 27-5-2019 01:12 PM
teka teki- di manakah smart nya smart meter tnb?
Quote airmineral 27-5-2019 01:37 PM
potpetpotpet replied at 27-5-2019 11:08 AM
ada comment kat fb tu, dia kata dia duduk rumah dengan kucing2 je.
yg on 24/7 only peti ais.
peti  ...

Kat melaka umah parent aku kena warning kalau xtukar smart meter nnt kena potong letrik. Ayah aku p bising kt tnb sebabnya bila 3x kontraktor dtg umah tgk umah parent aku pakai 3phase, drg ckp kena kontraktor len yg dtg .. Drg xleh buat. So ayah aku yg nk umo 70tahun tu ckp la korg yg xtuka apesal nak stop letrik umah doa plk . Salah korang la anta kontraktor salah.

Lepas tukar, bil umah parent aku xlari jauh la.. Mcm turun skikittt je.hihi
Quote annehuda 27-5-2019 02:18 PM
aku hari tu baru buat rumah baru. dah siap cantik cat ape suma, tnb mcm lahanat pegi conteng tiang rumah aku nak letak no tiang depa.  mcm bangang je

tp isu bil letrik ni, bln sblm ni aku ade kt rumah
tp bil aku bln ni pulak sama mcm bil sblm tu
pdhal aku bln ni seminggu gak aku outstation takde kt rumah
Quote skulzzz 27-5-2019 04:40 PM
bil electric rumah aku bulan ni tiba2 jadi rm3.85 je..lepas remark pada bil, takleh baca meter sebab terhalang..kejadahnya terhalang depan rumah bukan ada lori pun..rumah kampung je..rasanya bil bulan depan confirm melambung tahap setan sbb dah kira pro rata..
Quote am2020 27-5-2019 06:36 PM
Yang aku perasan lepas kerajaan pH memerintah aka Malaysia baru..bill letrik aku Naik rm 20 walapun penggunaan nyer sama sahaja..hanat nyer pakatan hancing
Quote SalenaGomez 27-5-2019 08:46 PM
gapiah replied at 27-5-2019 01:12 PM
teka teki- di manakah smart nya smart meter tnb?

Tang menipunya lah
Quote HannahMontana 27-5-2019 10:44 PM
pakatan harapan menipu babi sial
Quote keds 28-5-2019 12:34 AM
Manipulate kah?

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.210859s Gzip On
To Top