Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Terkejut Jumpa Ikan Ada Gigi Macam Manusia Terdampar Di Pantai

Oleh: Tukang Tulis|24-5-2019 11:52 AM Komen: 42
Ikan sheepshead yang terdampar di pantai Pulau St. Simon. Kredit foto: Maleah Burrows
Seorang wanita terkejut besar apabila melihat seekor ikan yang mempunyai gigi seperti manusia ketika berjalan-jalan bersama anaknya di pantai Pulau St. Simon, Georgia, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Memetik laporan Mirror pada 17 Mei, Maleah Burrows, 31, ternampak ikan yang pelik itu terdampar tidak bernyawa di pantai.

Sheepshead mempunyai set gigi penuh apabila ia mencapai ukuran 15 mm. Kredit foto: Virginia Institute of Marine Science
"Kami sedang berjalan di pantai dan ia terdampar agak jauh dari gigi air dan menarik perhatian kami.

"Pada mulanya, saya menyangka ia hanya seekor ikan biasa yang sudah tua, tiada apa yang unik tetapi saya masih mahu menunjukkannya kepada anak saya yang berusia tiga tahun.

"Apabila kami mendekatinya, saya nampak semua gigi ikan itu  dan saya terkejut kerana tidak pernah melihat ikan seperti itu," jelasnya.

Seorang pemancing menunjukkan ikan sheepshead yang ditangkapnya (gambar hiasan). Kredit foto: Fish in OC
Ikan yang ditemukan oleh Burrows itu adalah dari jenis 'sheepshead' yang menggunakan giginya untuk menghancurkan udang, kerang dan ketam.

Gigi 'sheepshead' mula tumbuh apabila ia sebesar 4.5 milimeter dan memenuhi mulutnya apabila ia berukuran 15 mm.

Sesiapa yang ingin berenang di pantai Pulau St. Simon dan kawasan berhampiran seharusnya berhati-hati agar mereka tidak digigit ikan 'sheepshead'. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
4
Terkejut
3
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
4
Komen: 42
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Bunggah 25-7-2019 03:52 PM
Omg....seramnya{:scare

Lain-lain Komen

Quote EvieWanKenobi 24-5-2019 12:23 PM
gigi dia lagi banyak dari manusia..
Quote shernazz 24-5-2019 12:25 PM
Ni kalau jumpa ketam kelapa..
Ketam tu angkat bendera putih
Quote Asdan 24-5-2019 12:27 PM

mungkin manusia memang asal ikan, sebab itu jangan bunuh, mereka tak ada kacau manusia
Quote Artemesiaa 24-5-2019 12:46 PM
Species jarang jumpa sebab tu yang jumpa rasa pelik
Quote aderaderker 24-5-2019 12:48 PM
Mula2 tu aku terbaca ikan spreadsheet.
Quote tikusmontok 24-5-2019 12:57 PM
shernazz replied at 24-5-2019 12:25 PM
Ni kalau jumpa ketam kelapa..
Ketam tu angkat bendera putih

kat law of the jungle mcm sedap jer dorang bakar ketam ni kan..mesti isi banyak n lemak berkrim sbb makan kelapa.
Quote miznora 24-5-2019 01:04 PM
Gigi 'sheepshead' mula tumbuh apabila ia sebesar 4.5 milimeter dan memenuhi mulutnya apabila ia berukuran 15 mm

berkali2 aku baca ayat tu. betul ke tu? 15mm = 1.5cm
beso mana ikan tu?? ke itu beso gigi ikan {:dot
Quote whadda 24-5-2019 01:05 PM
eee meremang pulak tengok gigi dia banyak camtu
Quote Acikgomen 24-5-2019 01:07 PM
Asdan replied at 24-5-2019 12:27 PM
mungkin manusia memang asal ikan, sebab itu jangan bunuh, mereka tak ada kacau manusia

Baiklahhhhhh
Quote selipar_hijau 24-5-2019 01:13 PM
Tu ikan jebong kot
Quote TravellingBear 24-5-2019 01:35 PM
aderaderker replied at 24-5-2019 12:48 PM
Mula2 tu aku terbaca ikan spreadsheet.

Dul dalam opis ler tu
Quote TravellingBear 24-5-2019 01:36 PM
miznora replied at 24-5-2019 01:04 PM
Gigi 'sheepshead' mula tumbuh apabila ia sebesar 4.5 milimeter dan memenuhi mulutnya apabila ia beru ...

Ukuran mulut ke. Pon . . Still very tiny
Quote miznora 24-5-2019 01:39 PM
whadda replied at 24-5-2019 01:05 PM
eee meremang pulak tengok gigi dia banyak camtu

kann.. aku pun sama tadi. dok bayang mcm nak penuh gigi 1 mulut sampai ke lelangit
Quote Simunggu 24-5-2019 01:39 PM
anak ikan bedah ni
Quote munchkin 24-5-2019 02:28 PM
Comel ikan tu.
Quote Foxey 24-5-2019 02:38 PM
Ngeri nengok ikan bergigi cam ni
Quote noraidil_06 24-5-2019 02:43 PM
Asdan: mungkin manusia memang asal ikan, sebab itu jangan bunuh, mereka tak ada kacau manusia

{:cryrun hahahhahahahahaha adoi
Quote aderaderker 24-5-2019 02:43 PM
TravellingBear replied at 24-5-2019 01:35 PM
Dul dalam opis ler tu

Dak aih,  tengah cuti ni.

Tapi mata kabur2 tetibahhh...
Quote johan-adx 24-5-2019 02:46 PM
mmg sama la dgn gigi manusia..tp gigi dia lg banyak

Lihat semua komen(42)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.299417s Gzip On
To Top