Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Ditampar Kekasih 52 Kali Pada 'Hari Valentine Cina' Sebab Tak Beli Telefon Pintar Baru

Oleh: LilRose|23-5-2019 02:15 PM Komen: 23
Hari kekasih biasanya disambut dengan romantis oleh kebanyakan pasangan kekasih di dunia ini.



Namun, seorang lelaki sebaliknya ditampar berulang kali di hadapan khalayak hanya kerana gagal membelikan telefon pintar baru untuk teman wanitanya ketika Hari Valentine Cina pada Isnin lalu.

Memetik Shanghaiist, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan rakaman video daripada orang awam di sebuah jalan di bandar Dazhou menunjukkan seorang lelaki hanya berdiam diri ketika berdepan amukan kekasihnya yang kecewa tidak dibelikan telefon pintar baru.

Bagaimanapun, apabila polis tiba lelaki itu bertegas mempertahankan kekasihnya yang ketika itu masih melepaskan kemarahan dengan menamparnya berulang kali.


Kredit foto: Shanghaiist

Mangsa menegaskan dia layak menerima hukuman itu dan percaya ia dapat mengurangkan kemarahan kekasihnya.

Siasatan polis mendapati, lelaki itu ditampar sebanyak 52 kali dan secara kebetulan ia berlaku pada tarikh 20 Mei atau '520' iaitu tarikh Hari Valentine Cina kerana sebutan tiga angka dalam bahasa Mandarin yang menyerupai makna 'Saya sayang awak'  (wo ai ni).

Difahamkan, wanita itu berang kerana mangsa gagal memenuhi permintaannya untuk membelikannya telefon pintar baru sempena sambutan tidak rasmi berkenaan.

Menurut laporan, hampir semua perbelanjaan lelaki itu ditanggung teman wanitanya.



Polis terpaksa menyelesaikan konflik itu di situ juga selain meminta mereka berjanji tidak mengulangi 'drama' sama dan untuk menyelesaikan masalah secara baik di masa hadapan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 23
Komen

Anda Mungkin Meminati

"Lelaki Tonton Video Lucah Ketika Isteri Hamil Dikira Suami Curang Ke" - Yatt Hamzah
Masuk Rumah Orang, Lelaki Mabuk Tikam Budak 10 Tahun
Tragedi Ramadan, Anak 3 Tahun Putus Jari Tersepit Mesin Pengisar
Tak Tahan, Lelaki Onani Dalam Gim Tengok Wanita Lakukan Senaman
Seriau! Jatuh Tangga Ketika Mendukung, Hidung Anak Berlubang Tercucuk Besi Tangga
Tak Tahu Nak Masak Apa Untuk Berbuka? Senang Je, Dapatkan Idea Daripada 3 Aplikasi Ini!
Punya Suara Lemak Merdu, Aliff Syukri Yakin Kembali Dengan Lagu Raya Nombor 1!
Umpan Budak Dengan Aiskrim Sebelum Bunuh, Sumbat Mayat Dalam Guni Beras
Keruntuhan Terminal Bersepadu Gombak, SSCC Akan Terus Pantau
Sibuk Kumpul Sampul Raya, Tahu Tak Apa Hukum Bagi Duit Raya?
Kalau Boleh Berjimat, Kenapa Perlu Membazir Di Bulan Mulia?
Dibelasah Suami Bekas Kekasih Sampai 'Terjun' Longkang Sebab Minta RM20
Polis Minta 'Bayar' Lari Roadblock Dengan Hisap Buah Dada
"Tuanku Dengan Tun Memang Profesional" - Tun M, Sultan Johor Berjabat Mesra
Bila Jual Jamu Memang Kena Pancing Dengan Duit, Jadi Rasis Dan Buat Benda Bodoh Eh?
Remaja 'Meletup' Direnjat Atas Kereta Api Ketika Cuba Tunjuk Hero
Kereta Dilarikan, Suami Isteri Diikat Rumah Diserbu Penyamun
Berhenti Jual Butang Baju Melayu Berlogo PDRM Atau Berdepan Tindakan Undang-undang
"Tak Sempat Makan, Lepas Lelah Di Stor Makanan" - Kisah Keperitan Cef Didedahkan
Bukan Ditinggalkan Sultan, Rihana Oksana Sendiri Pergi Untuk Pulang Ke Rusia?
Mampu Tewaskan Lin Dan, Daren Liew Pengganti Lee Chong Wei Yang Dicari-cari?
Hanya Kerana Seekor Lipas, Habis 3 Kereta Terbakar!
Budak 2 Tahun 'Terbunuh' Ibu Lepas Tertekan Suis Tingkap Kereta
"Kita Tak Nak Halau Macam UMNO Dulu" - Tun M Digesa Berundur, Tiada Dolak-dalik

Komen Terbaru

Quote lonelymd 27-5-2019 04:59 PM
Fuh... siap kira brapa kali kena tampor

Lain-lain Komen

Quote insulin 23-5-2019 02:28 PM
Kasihan.
Quote matchstick 23-5-2019 02:55 PM
Menurut laporan, hampir semua perbelanjaan lelaki itu ditanggung teman wanitanya.

Padan lah sambar sgt.. Kalau clash mcm mana nk meneruskan kehidupan kan
Quote jalfa 23-5-2019 03:00 PM
Ya amporn...52 kali ditampar depan khayalak semata mata takut gf x sara lg...aku ingat kes kat Malaysia...ye la tun kata maleis je yang malas keja minta disara
Quote buapakperut 23-5-2019 03:12 PM
ada pulak orang tulung kira huhuhu
Quote noraidil_06 23-5-2019 03:26 PM
Bestnye dpt tampar org{:teatime
Quote Mina2215 23-5-2019 04:15 PM
Edited by Mina2215 at 23-5-2019 04:16 PM

Belikan Huawei jer. Patriotik la sket. Kamonn la korang nih punnn
Quote Artemesiaa 23-5-2019 04:16 PM
Kesian dapan gepren garang
Quote Kurex 23-5-2019 05:22 PM
Semenjak aku ada masalah dengan chinkies opis aku, dah malas aku nak ambik tau pasal puak ni. Cilaka
Quote LautBiru52 24-5-2019 06:09 AM
Dimalukan sampai mcm tu sekali. Ish ish ish
Quote EvieWanKenobi 24-5-2019 08:08 AM
mesti dah biasa makan penampar..
Quote groundfloor 24-5-2019 08:12 AM
Mana maruah lelaki tersebut?
Quote mieymiey 24-5-2019 08:12 AM
Kalau polis tangkap gf dia, siapa nak sara dia lepastu? Dasar biawak!
Quote namr 24-5-2019 08:33 AM
Patut la kena tampar,biawak rupanya
Quote HannahMontana 24-5-2019 08:40 AM
Drama ke / Kalau sudah perbelanjaan janatn tu semua awex tu yg tanggung ,mcm mana jantan tu berkemampuan nak beli smartphone pula???
Quote eyansss 24-5-2019 10:06 AM
jalfa replied at 23-5-2019 03:00 PM
Ya amporn...52 kali ditampar depan khayalak semata mata takut gf x sara lg...aku ingat kes kat Malay ...

kat malaysia ni, gf/ isteri yang sara dan gf/ isteri jugak kena tampar sepak terajang...  hahaha...
Quote sukacactus 24-5-2019 10:50 AM
Malu pun xpe asal ditanggung...dasar biawak!
Quote chicozinn 24-5-2019 11:53 AM
rasain lohhh ciknek bewak PRC..sedap x rasa TAMPARAN WANITA?
**tetiba terbayang ajja kunyah sireh time GGV dulu..

Quote Jorja 26-5-2019 09:16 AM
Hilang kewibawaan.
Quote Ali_x 26-5-2019 05:28 PM
Yg tgk cctv tu gigih kira penampo..dia punye sakit..pergghhh

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.340745s Gzip On
To Top