Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Tahniah! Fasha Sandha Kejutkan Aidil Dengan Berita Kehamilannya

23-5-2019 09:32 AM|Oleh: Myeonir| Komen: 0

Seperti yang kita ketahui, Fasha Sandha telah mendirikan rumah tangga dengan Aidil Aziz pada 30 Mac lepas. Pasangan ini memang kelihatan bahagia dan romantik selepas selepas selamat diijabkabulkan.

Tapi lebih menggembirakan apabila Fasha mengumumkan bahawa dia sedang mengandung 3 minggu. Berita itu turut menjadi kejutan kepada suaminya.


Aidil ternyata terharu dan menangis kegembiraan lepas mendapat berita itu.

Bagaimanapun Fasha menyatakan bahawa kandungannya baru berusia tiga minggu dan belum ada kesempatan untuk bertemu doktor bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

Kredit foto: Blog
Dia berasakan perubahan pada dirinya seperti sudah mengandung apabila kebelakangan ini sering muntah.

Menurutnya, ketika itu dia terfikir mungkin tersalah makan, bagaimanapun kitaran haid lewat membuatkannya mengesyaki sedang mengandung.

"Perasaan semakin kuat mengatakan saya mengandung apabila pagi tadi berasa tidak sedap badan. Sebelum datang ke studio fotografi saya terus melakukan ujian menggunakan alat ujian kehamilan dan Alhamdulillah positif.

"Cuma, saya tidak mahu komen banyak sangat mengenai kehamilan ini kerana masih di peringkat awal. Apapun saya bersyukur kerana hajat Aidil untuk cepat dapat anak termakbul," katanya.

Sebaik tiba di Studio Pinograpy, Fasha sempat meminta jurugambar merakam kejutan yang dilakukan.

Tahniah untuk kedua-dua pasangan ini! -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
7
Sedih
2
Lawak
3
Bosan
5
Komen: 0
Komen

Previous : Apa Gabungan Artis Yang Peminat Nak Tengok? Ini List Yang Rare Dan Di Luar Kotak!

Next       : "Tak Tahu Mengaku Je, Jangan Memandai Keluar Hukum!"- Buat Hal Lagi, Ustaz Tegur Fynn Jamal

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.100984s Gzip On
To Top