Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Bangkit Lawan Kanser, Sonali Bendre Tampil Berwajah Baru

21-5-2019 11:32 AM|Oleh: Nia M| Komen: 39

Sesiapa sahaja yang meminati filem Bollywood, pasti kenal dengan Sonali Bendre, aktres Bollywood yang kini berusia 44 tahun. 

Sonali, pernah digandingkan bersama Salman Khan dalam filem popular, Hum Saath Saath Hain. 

Kredit foto: IG
Sonali mendirikan rumah tangga bersama seorang pengarah filem, iaitu Goldie Behl pada tahun 2002, dan kini mempunyai dua anak lelaki.

Sonali bukan sahaja menceburkan diri dalam bidang lakonan tetapi juga aktif dalam bidang peragaan dan pengacaraan. Namun, pada Julai 2018, industri Bollywood dikejutkan dengan berita penyakit Kanser metastasis yang menyerang Sonali. 

Menurutnya, dia langsung tidak tahu-menahu mengenai tahap kanser yang dihidapinya, sehinggalah mereka bertemu pakar di New York. Malah, dia terbang ke hospital sana juga atas desakan dan dorongan suaminya.

Kredit foto: IG
Sebaik tiba di New York, pakar mengesahkan Sonali menghidap kanser tahap keempat dan hanya 30 peratus sahaja kebarangkalian untuk hidup. 

Namun begitu, Sonali akui dia langsung tidak terfikir tentang mati, bahkan hanya berfikir bagaimana untuk melawan penyakit itu walaupun sel kanser telah merebak ke seluruh abdomennya ketika pemeriksaan dilakukan. 

Kredit foto: IG
Disember lalu, Sonali akhirnya pulang ke tanah air setelah selesai rawatan selama hampir 6 bulan di hospital di New York. Dia bukan sahaja mencukur rambutnya bagi menjalani rawatan kimoterapi, bahkan bersetuju untuk menjadi model kulit majalah  Harper's Bazaar dengan penampilan terbarunya berambut pendek.

Kredit foto: IG
Sonali turut mempunyai laman web khas iaitu Sonali's Book Club iaitu kelab digital buku khas untuk mereka yang minat membaca untuk bertukar-tukar pandangan dan soalan mengenai buku yang dibaca. 

Kredit foto: IG
Sonali sememangnya seorang yang kuat dan sentiasa positif. Marilah sama-sama doakan semoga dia berjaya melawan penyakit kanser. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
8
Marah
4
Terkejut
1
Sedih
9
Lawak
9
Bosan
4
Komen: 39
Komen

Previous : Britney Spears Dakwa Ayah Paksa Makan Ubat, Masuk Pusat Rawatan Mental

Next       : Saksikan Aksi Lasak Hero Tua Dalam Rambo: Last Blood Pada September Ini

Komen Terbaru

Quote balakkampung 3-11-2019 10:27 AM
Mina2215 replied at 21-5-2019 12:19 PM
Still cantik walaupun dah berusia. Suka tengok filem Duplicate. Cantik banget Sonali kat situ. She p ...

yg ni kan..iolls pon suka dua2..



Lain-lain Komen

Quote AkuMark 21-5-2019 11:43 AM
Moga kak sonali cepat sembuh. Dah lama xdengar kesah kak sonali. Dulu2 minat sngt dgn beliau ni. Lawa orgnya.
Quote yuki812 21-5-2019 11:59 AM
tetap cantik..
Quote buangmasa 21-5-2019 12:02 PM
cantiknya dress purple tu
Quote bluebellvine 21-5-2019 12:04 PM
cantik la pulak dia berambut pendek. gws sonali.
Quote kucingitam 21-5-2019 12:13 PM
botak pun cantik..acaner ni
Quote Mina2215 21-5-2019 12:19 PM
Still cantik walaupun dah berusia. Suka tengok filem Duplicate. Cantik banget Sonali kat situ. She potrayed bad girl di samping SRK dan Juhi Chawla.

Now korang tau betapa kertu nya saya nih
Quote umbut 21-5-2019 12:19 PM
Cantikkk sonali..
Quote barfi 21-5-2019 12:47 PM
A ah dalam duplicate lawa gila dan hot nak mampus
Mina2215: Still cantik walaupun dah berusia. Suka tengok filem Duplicate. Cantik banget Sonali kat situ. She potrayed bad girl di samping SRK dan Juhi Chawla. N ...

Quote Zazashar 21-5-2019 06:25 PM
GWS sonali. Teringat crita duplicate
Quote ezacbee 22-5-2019 04:49 AM
Mina2215: Still cantik walaupun dah berusia. Suka tengok filem Duplicate. Cantik banget Sonali kat situ. She potrayed bad girl di samping SRK dan Juhi Chawla. N ...

Samalah kita {:smile
Quote r_innalif 22-5-2019 06:49 AM
Antara model turn actress awal awl dlu. Dgn lawanye.  Tngginye.  Juhi pn nmpk tggelam ms cter duplicate tu. Trgt pula lagunya yg dlm bgkel tu. Bes bes.. gws sonali
Quote rosewhite 22-5-2019 08:29 AM
Kanser metastasis  tu kanser apa?
Quote puding_caramel 22-5-2019 10:55 AM
she cantik sangat. even dah berumur tetap maintain
Quote amikie 22-5-2019 01:28 PM
dlm citer Kal Ho Naa Ho,Sonali jadi Dr Preety yang merawat penyakit Aman (SRK)
pun lawa sgttt...
Quote delia3003 22-5-2019 01:38 PM
Edited by delia3003 at 22-5-2019 01:41 PM

Get Well Soon, Sonali.

Sheols maintain cantik.

Hum Sath Sath Hain tu antara filem hindustan yang iols suka sebab kisah keluarga, ramai pelakon popular dalam tu, ensemble cast. Salman Khan, Sonali, Karisma Kapoor, Saif Ali Khan, Tabu, Neelam. Lagu2 dalam tu pun banyak yang best. Paling ingat ABCDE sampai Z (tajuk tak tau, ke tajuk dia mmg ABC) Banyak kali ler tv ulang tayang filem ni, tv2, tv3, astro. Filem ni memang ringan happy2 je, tunjuk hubungan akrab 1 family, daripada mak ayah, adik beradik, ipar duai, besan, kawan2, saudara mara walaupun fokus utama kat 3 pasangan, cuma dekat hujung2 tu je ada konflik sket. Iols ingat ni sebab baru je hujung tahun lepas  atau awal tahun ni tengok kat tv. Iols tak tau ler filem ni tahun bila tapi ingat masa tengok kat tv, awal 2000s gitu
Quote nadie90 22-5-2019 03:17 PM
GWS kak SB....ceq ska wtk dia dlm film HSSH....sweet sgt...nmpk natural ja....ceq tau psl dia skit kanser pun dkt ig....rmai pelakon zmn dia bg sokongan moral kat dia....be strong ya kak Sonali
Quote nadie90 22-5-2019 03:19 PM
Dan akak ni maintain cantik
Quote ikanmasin 22-5-2019 03:40 PM
cantik jer biar pun sakit..
Quote cicicumel 22-5-2019 05:00 PM
mcm Fatia latif plak

Lihat semua komen(39)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.092306s Gzip On
To Top