Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pakar Bius Berlagak Hero, Tujuh Pesakit Didakwa Mati Di Tangannya

Oleh: Tukang Tulis|21-5-2019 11:34 AM Komen: 2
Pechier (kiri) didakwa menyebabkan kematian tujuh pesakit. Kredit foto: Guardian
Seorang pakar bius dituduh menyebabkan kematian tujuh pesakit apabila cuba berlagak seperti hero dengan memberi suntikan berbahaya dalam usaha menyelamatkan mereka daripada maut.

Memetik laporan Guardian pada 17 Mei, Dr. Frederic Pechier didakwa melakukan perbuatan itu terhadap 24 pesakit berusia antara empat hingga 80 tahun di dua buah klinik di Besancon, Perancis sepanjang tahun 2008 hingga 2016.

Dia yang berusia 47 tahun dituduh menyuntik pesakit dengan kalium klorida dan bahan bius lain semasa pembedahan biasa dijalankan.

Pechier mula disiasat pada tahun 2017 atas tujuh kes meracun pesakit manakala 17 lagi kes ditambah semasa dia dihadapkan ke mahkamah pada 16 Mei.

Cecair kalium klorida. Kredit foto: Carian Google
Mangsa yang berumur empat tahun, seorang kanak-kanak lelaki yang hanya dikenali sebagai Teddy menghadapi serangan jantung sebanyak dua kali semasa menjalani pembedahan membuang tonsil pada Februari 2016.

Walau bagaimanapun, Pechier berjaya menyelamatkan Teddy daripada kematian.

Pechier tidak mengaku bersalah atas semua pertuduhan dan beliau tidak ditahan di penjara sepanjang tempoh kesnya dibicarakan di mahkamah.

Mungkin pakar bius itu berniat baik untuk menyelamatkan pesakit namun kaedah yang digunakannnya boleh juga mengancam nyawa mereka. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
4
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
2
Komen: 2
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ina8895 10-7-2019 02:47 AM
Gile ke ape dia ni?

Lain-lain Komen

Quote Mair 22-5-2019 12:22 AM
{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh
Quote Ina8895 10-7-2019 02:47 AM
Gile ke ape dia ni?

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.223181s Gzip On
To Top