Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Austria Dilanda Islamofobia, Murid-Murid Perempuan Islam Dilarang Berhijab

Tukang Tulis|28-5-2019 11:32 AM Komen: 22
Gambar hiasan. Kredit foto: Daily Times

Murid-murid sekolah rendah yang beragama Islam di Austria kini dilarang untuk memakai hijab atau tudung selepas satu akta baharu diluluskan di Parlimen negara berkenaan pada 15 Mei lalu.

Memetik laporan Guardian pada 16 Mei, Ahli-ahli Parlimen dari gabungan parti pemerintah iaitu Parti Rakyat (OVP) dan Parti Kebebasan (FPO) menegaskan bahawa undang-undang itu menyasarkan hijab yang dipakai oleh wanita Islam.

Jurucakakap FPO, Wendelin Molzer berkata, akta baharu itu bertujuan mengekang ideologi politik Islam manakala Ahli Parlimen dari OVP, Rudolf Taschner percaya langkah berkenaan adalah perlu untuk membebaskan golongan wanita muda daripada perhambaan.

Walau bagaimanapun, kerajaan Austria memberi pengecualian bagi patka yang dipakai oleh kanak-kanak lelaki Sikh dan kippa yang digunakan oleh murid-murid Yahudi.

Sementara itu, pertubuhan rasmi komuniti Islam di Austria, IGGO menganggap undang-undang itu 'memalukan' dan 'serangan secara langsung terhadap kebebasan beragama untuk umat Islam di Australia'.

IGGO turut menyatakan pihaknya akan mencabar undang-undang tersebut di mahkamah perlembagaan Australia.

Austria menguatkuasakan undang-undang diskriminasi dengan melarang wanita Islam memakai hijab di tempat awam. Kredit foto: Al Jazeera

Seorang Ahli Parlimen pembangkang dari Parti Neos, Irmgard Griss juga membantah undang-undang berunsur diskriminasi itu kerana ia akan mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

"Tiada bukti yang menunjukkan kanak-kanak perempuan sukar belajar ketika memakai hijab," katanya.

Nampaknya Austria pun sudah dilanda Islamofobia yang kronik sehingga menyebabkan negara itu menjadikan murid-murid perempuan yang beragama Islam sebagai mangsa diskriminasi. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
4
Terkejut
4
Sedih
5
Lawak
4
Bosan
4
Komen: 22
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ina8895 10-7-2019 02:27 AM
Hantar siti kasim duduk austria

Lain-lain Komen

Quote tunkoo 28-5-2019 11:56 AM
semoga hidayah Allah sampai untuk buka pintu hati pembuat dasar Austria
Quote Chairman 28-5-2019 01:41 PM
dasar diskriminasi
Quote Marsyal Yau 28-5-2019 01:50 PM
dalam kes sebegini, kalau mereka rasa tertekan dan tertindas, boleh la apply berhijrah ke negara Islam kat dunia ni.  
Quote paralyzedMind 28-5-2019 02:17 PM
and yet in malaysia some people opt to not wear regardless there is no such issue as this
Quote fushimi 28-5-2019 02:31 PM
kapirphobia takde ke

asik islamphobia je
Quote beautifulorchid 28-5-2019 03:13 PM
Pada aku budak bawah belom baligh tak payah pakai tudung.. as simple as that.. tak payah meroyan
Quote kerolkliker 28-5-2019 03:36 PM
keds replied at 28-5-2019 02:22 PM
Ada sorang yg Aku kenal beriya pindah Australia , bangga habis walaupun kerja takdelah wow sangat .. ...

woii.. citer atas pasal Austria bukan Australia
Quote Beribear 28-5-2019 03:46 PM
Dari haritu ternampak komen forumer ni. Rambut tu aurat perempuan jd wajib lah menutup rambut tu.. Semua tubuh badan wanita aurat kecuali muka dan tangan. Boleh lah baca tafsir surah annur ye awak. Takpayah acah2 nak cari dalil kat sini sbb tak sesuai.

Btw, suka hati ibu bapa la nak suruh anak dia pakai tudung dari umur berapa. Knp nak pertikai kalau ada ibu bapa yg pakai kan tudung dari anak mereka setahun jagung pon. Anak dia pon takde menolak jd terpulang lah. Nak pakai kan tudung lepas lahir ke, taknak bg pakai tudung sampai dah baligh ke tau selama lamanya tak bg anak tu bertudung ke terpulang lah cara korg nak didik anak tu cemana. Nti dah mati jawab jelah kan soalan.

Eh tapi siap2 lah dgn jawapan apa korg nak bg ye sbb mulut waktu tu dah tak boleh berbicara. #donedakwah #donejdsetazah
Quote dino_tengkuz 28-5-2019 03:59 PM
Beribear replied at 28-5-2019 03:46 PM
Dari haritu ternampak komen forumer ni. Rambut tu aurat perempuan jd wajib lah menutup rambut tu.. S ...

Syabas sister...
Quote arman98 28-5-2019 04:02 PM
ramai turkish yg pakai tudung...nak kena buka tudung ker?
Quote MFR_IN 28-5-2019 04:04 PM
Asdan replied at 28-5-2019 12:06 PM
tanya sikit harap jangan marah, ada ke dalil yg jelas ada perkataan "rambut adalah aurat" ?

tak habis lagi ke?

baik tanya pada yang ahli nya..takut2 tanya sini dpt info yg tak sahih.


Quote mesmerize 28-5-2019 05:05 PM
ngan budak2 pun nak tergugat
Quote aijinmisaki 28-5-2019 05:18 PM
fushimi: kapirphobia takde keasik islamphobia je


Rasanya ada jah kat malaysia ni. Ew jangan beli buatan kapir cina, jangan beli barangan support yehudi
Quote Mr_Beruk 28-5-2019 06:14 PM
Syabas kopada negara Austria korana sadar dan bertindak mengekang pengaroh ideoloji bejat padang pasir di tompat mereka.
Quote Maideen. 28-5-2019 07:24 PM
Marsyal Yau replied at 28-5-2019 01:50 PM
dalam kes sebegini, kalau mereka rasa tertekan dan tertindas, boleh la apply berhijrah ke negara Isl ...

Tak terpikir plak yang mereka boleh jer berhijrah ke negra Isle instead of negra kapir laknatullah...............Prrrrrrrrrrpffftght
Quote xtravaganza 28-5-2019 09:35 PM
Bdk2 pakai tdg je pon.. triggered lebih
Quote soslaili 28-5-2019 10:23 PM
Teringin sangat nak ke Hallstatt.
Udah islamofobia pulak.
Quote kelapaparut 28-5-2019 10:32 PM
Knp la nak sibuk2 negare org, tu kan negare kapir, ade undang2 sendiri, kalu xsuke.pi la arab saudi nun, tp iols tgk xde pulak ummah2 ni nak pi saudi, takut kne pakse pakai tudung kot
Quote pokaibanktokyo 29-5-2019 07:54 AM
Lantaklah.
.
Hijab = sesat

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.303903s Gzip On
To Top