Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Jangan Tengok Orang Nikah, Kau Pun Nak NikahJuga - Noorkhiriah

16-5-2019 10:02 AM|Oleh: Mo Firdaus| Komen: 26

Foto: MalaysiaKini

Pelakon Noorkhiriah menasihati anak muda berhubung cabaran yang menanti selepas berkahwin. Katanya, ketika bercinta amat berbeza berbanding dunia perkahwinan, apatah lagi kalau sudah ada anak.

"Masa bercinta lain, masa bertunang lain, masa kahwin lagilah lain. Dah ada anak lagi lain.

"Jangan berangan nak tidur sampai subuh. Jangan fikir seronok, fikir tangunggjawab," katanya melalui Instagram.



Sementara itu, dalam temu bual bersama MalaysiaKini, Noorkhiriah mengingatkan bahawa ikatan suami isteri sewajarnya dikekalkan sehingga akhir hayat, justeru buat mereka yang masih bujang, jangan terburu-buru berbuat demikian.

"Jangan tengok orang nikah, kau pun nak nikah. Lepas nikah terkejut, rupanya indah dari khabar rupa.

"Masa itu pinggan mangkuk terbang sampai luar rumah. Jangan aniaya anak orang," katanya dipetik MalaysiaKini.

Noorkhiriah telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Azfaizul sejak 13 tahun lalu dan mempunyai dua anak lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah, 10, dan Muhammad Yusoff, 8.

Pasangan itu juga mengambil seorang anak angkat perempuan pada tahun lalu.


Foto: IG Noorkhiriah

Walaupun Noorkhiriah menyampaikan pesanan itu secara umum, ada pengikut di IGnya mengaitkan kenyataannya dengan isu rumah tangga pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Anda rasa komennya itu memang ditujukan kepada mereka atau ianya kebetulan sahaja? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 26
Komen

Previous : Keputusan "U-Turn" - Lafaz Talak PU Abu Sah Pula, Cerai Bekas Isteri Dengan Talak 2

Next       : "Yang Follow Dia Semua Bodoh" - Skandal Terbaru Alif Aziz Dapat Ratusan Ribu Pengikut Sekelip Mata

Komen Terbaru

Quote balakkampung 19-5-2019 09:20 AM
betul la apa dia cakap tu...

Lain-lain Komen

Quote NazRysha 16-5-2019 10:15 AM
kau diam boleh tak?
sejak2 pakai tudung labuh ni ntah apa2
Quote mawar_mustika 16-5-2019 10:25 AM
btullah ape yg dikatanye tu
Quote prettyuglybabe 16-5-2019 10:30 AM
takyah cakap rumahtangga orang la..
kalau tuhan nak balik, rumahtangga 20 tahun pun boleh runtuh..
Quote lolita737 16-5-2019 10:34 AM
setuju jugak apa dia cakap..

maybe dia cakap secara general je..utk anak2 muda sekarang yg sibuk nk kawen awal..

tengok kawan2 dah kawen diaorg pun gelabah x kawen lagi..

i setuju pun sbb tgk surrounding i yg ramai mcm ni..

bila dah kawen pun still susahkan makpak..minta duit bila xcukup nk beli itu ini..

ada isteri yg tuntut fasakh sbb suami x mampu nk bagi apa yg dia nak..

sedih aku tgk org yg xsanggup susah senang dgn pasangan..
Quote pia250110 16-5-2019 10:35 AM
kemain lagi makcik ni..bebel punyele panjang..kene kat diri sdr baru tau langit tu rendah ka tinggi..huhuhuhu
Quote FMKiller 16-5-2019 10:50 AM
Ready dan mampu ni bukan setakat duit dan tenaga je. ready untuk pikul tanggungjawab dan mampu melaksanakan tanggungjawab tu. sebelum tu kena tau dulu apa tanggungjawabnye. jangan dah kawen menggalabah sebab baru sedar tanggungjawab.

kalau lepas kawen baru nk sedar, memang masalah la rumahtangga tu. mula la masing2 nak ber-tak puas hati. tunggu retak menanti belah je la. kalo tak belah pon, takde kebahagian dalam rumah tangga tu.
Quote ikanmasin 16-5-2019 11:10 AM
prettyuglybabe replied at 16-5-2019 10:30 AM
takyah cakap rumahtangga orang la..
kalau tuhan nak balik, rumahtangga 20 tahun pun boleh runtuh..
...

betul sis.yg penting jaga rumahtangga sendiri..jgn terlalu megah sbb
kita tak akan tau benda tu akan jd balik kat diri sendiri kan..septtnya
menjadi pengajaran pd diri sendiri dan teguran utk kita utk sentiasa memperbaiki
apa2 dlm rumahtangga..doa baik2 saja.sindir2 pun berpada2 jg..
Quote cikatilia 16-5-2019 11:12 AM
betul lah tu

hujung2 yg beria kawin awal tu
menyesal kahwin
lagi jeles2 dgn kawan2 yg elok2 aman2 aje bujang and kahwin few years lepas grad..

and worst golongan tak puas muda.
sbb muda2 ada anak.. anak last2 terabai
Quote amikie 16-5-2019 11:16 AM
dia cakap secara general..
ngk je la skrg mcm mana..
retis x retis,ramai je mcm ni...
yg kawen muda tp mak pak masih tanggung pun ramai je..
kawen nak sedap,tggjwb ke lauttt..
kena tegur terus masam muka laki bini...

end up...cerai.
senang nya la haiii
Quote bottombikini 16-5-2019 11:21 AM
betul apa yg dia cakap tu
sekadar nasihat kan

yg dah kawin puluh taun ni pun patut di nasihat juga jgn dabik dada sangat
benda boleh jadi sekelip mate
Quote haruslah 16-5-2019 11:48 AM
dia cakap general jer

hadam ape yg dia cakap je sudah

bukan tengok siapa yg bercakap....

dan betol ape yg dia cakap tu
Quote sweetfasha 16-5-2019 11:51 AM
eloklah nasihat menasihati, ingat mengingati

cuma dalam menasihati elok bagi panduan jugak. nikah kawin ni fitrah, jgn sebab nasihat ko, orag muda takut nak kawin.. main free je suka sama suka sebab tak nak komitmen..
Quote aleesyasofia 16-5-2019 03:52 PM
mujur iolss jnis tak mgelabah nk kawin.. pd iolss bila jodoh dah sampai kawinlah..
Quote laksmanabentan 16-5-2019 03:56 PM
NazRysha replied at 16-5-2019 10:15 AM
kau diam boleh tak?
sejak2 pakai tudung labuh ni ntah apa2

setuju sgt.... saja ler nak ambil kesempatan kan...satgi ramai ler followers gitu...

lepas tu dia ambil ler job paid review...
makan kruppp kraapppp....

meluat!!!
Quote nordin84 17-5-2019 08:01 AM
kannnn..rmi kan skrg nak kawen awl..usahkan netizen..retis2 pun mengeyam nak kawen awal..jadikan elbulu sbg idolat gitu..
iols suke heliza helmi..cool2 jah..xde meroyan tahap langit ke7 nak bernikah sgt..semoga sheols dpt jodoh baik2
Quote tom2 17-5-2019 08:07 AM
kalau nak kawen awal, kawen je la dah kate nak menghalalkan hubungan, tapi jangan la mengandung dulu. kalau dah boleh suami isteri hubungaj ok baru la try anak pulak. tu kalau niat nak halalkan hubungan. masalahnya, budak2 tau nak sedap tapi taknak tanggungjawab, so hold la dulu anak. bila dah stabil emosi semua baru la pikir tanggungan yg lain.
Quote Bantalkuning 17-5-2019 08:11 AM
betul la tu apa dia ckp.. mak i pun ckp bnda sama.. siap sound abang i lg masa abg i ckp nk bertunang sbb kawan dia yg lain mostly dh kahwin..

nasib jenis family i tkde jnis yg push suruh kahwin la, tiap tahun tnya bila nk kahwin la.. nenek and mkcik i yg lain pun tkde tnya.. siap suruh enjoy dulu bru settle down
Quote mohdcrow 17-5-2019 08:15 AM
dia ni macam tengah mengustazahkan statement2 dia...lama2 org akan cam dia sebagai org2 kuat agama...

padehal takde pun
Quote shida81 17-5-2019 08:19 AM
Ape yg salah ye.. Betul la dia ckp tu.. General kot statement tu yg nk kait2kan ngn org lain da knp...

Lihat semua komen(26)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043878s Gzip On
To Top