Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Pun Boleh! Penduduk Taman Hampar Tikar Depan Rumah, Ber'Potluck' Sempena Iftar

Oleh: intan|16-5-2019 10:19 AM Komen: 24
Saat berbuka puasa merupakan saat paling ditunggu  setiap umat Islam di bulan Ramadan. Lebih meriah, kalau berbuka beramai-ramai bersama sahabat handai dan ahli keluarga. 

Bila lagi nak berkumpul sanak saudara kalau bukan hari keramaian dan majlis-majlis tertentu kan?

Lain pula dengan penduduk di Kawasan Taman Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) Anggerik 2 Felda Pasoh 1 apabila menganjurkan majlis berbuka yang unik! 

Tiada khemah, katering seperti kenduri dan hanya beralaskan tikar. Penduduk taman tersebut telah berbuka beramai-ramai di hadapan rumah masing-masing.


Macam picnic!

Menurut wakil penduduk taman tersebut, Encik Mohd Tarmizi, aktiviti itu dijalankan setelah dua hari berbincang dalam menjayakannya. Ia berjalan lancar dan meriah apabila setiap penduduk memberi kerjasama dan sokongan tidak berbelah bahagi. 

Sepanjang berlangsung, penduduk membentangkan tikar di hadapan rumah masing masing dan membawa makanan untuk ber'potluck'. AKtiviti itu ternyata berjaya mengeratkan lagi sillaturrahim antara jiran tetangga.




Memandangkan unit kediaman di taman tersebut tidaklah terlalu banyak, aktiviti tersebut mungkin akan diteruskan pada lain hari dalam usaha mengimarahkan lagi bulan Ramadan dan menimbulkan keseronokan menyambutnya.





Menarik juga idea ini kan? Mungkin boleh diusulkan kepada Jawatankuasa penduduk taman anda!  Tapi, berhati-hati kerana takut kemeriahan berbuka berganti dengan tragedi pula! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 24
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Foxey 25-5-2019 05:31 PM
Bagus juga aktiviti macam ni sekali sekala, merapatkan silaturrahim sesama jiran tetangga.

Lain-lain Komen

Quote imransulaiman 16-5-2019 10:40 AM
Wahhhhh!
Saya tumpang gembira! Rasa nak pindah ke taman ni sekarang juga {:love

Menarik idea! Lagi meriah kalau ada penduduk agama lain dijemput sekali!

Semoga raya nanti dorang buat majlis macam ni juga! Mesti tambah meriah {:good
Quote ninjago 16-5-2019 10:47 AM
harmoninya. kebanyakan org skrg malas dah nak bercampur jiran dek kesibukan and kepenatan and malas nk membawang2.

klu camnie yg paling sonok budak2 la..
Quote pinkpunk 16-5-2019 11:22 AM
maghrib2 bukan ke kena duduk dlm rumah?
Quote azimodin 16-5-2019 11:43 AM
macam best pulak buat gini especially kat rumah taman. nak jemput semua berbuka kat rumah x muat, bentang saprah depan rumah.
Quote Supersirap 16-5-2019 11:50 AM
Tahniah diucapkan
Quote Artemesiaa 16-5-2019 12:15 PM
Yang penting ada yang rajin nak mengelolakannya tak mengapa.  Jangan hanya jenis datang bawak perut je tampa sama2 membantu menjayakanya sudah.
Quote kucingitam 16-5-2019 12:25 PM
pinkpunk replied at 16-5-2019 11:22 AM
maghrib2 bukan ke kena duduk dlm rumah?

ahah..aku pon nak tanya soalan yang sama..tapi memikirkan bulan posa syaiton takde, bolehlah kot..ahha ntahla..

Quote Abot 16-5-2019 01:32 PM
kt tmpt aku ni..  kitorg mmg plan awl da sblum puasa nk buat mcm ni.  tp taman ni buat dulu.  esok turn kami pulak... excited sgt. nk msk ayam ala kene rogers {:run
Quote Pink_Purple 16-5-2019 02:06 PM
meriahnya...           
Quote encikWawad 17-5-2019 06:41 AM
punyalah depan tu padang atas jalan raya menghalang laluan juga kau bentang tikar. bodoh
Quote CiliPadiSedap 17-5-2019 07:32 AM
pinkpunk: maghrib2 bukan ke kena duduk dlm rumah?

Bulan puasa sis vokuru kena ikat, xpe maghrib kt luar
Quote lee_sakura 17-5-2019 08:15 AM
bagus mcm ni, blh kenal jiran2 dgn lebih rapat
Quote ikanmasin 17-5-2019 01:31 PM
seronoklah jiran sepakat..bukan ari2 dpt jumpakan.
ni berbuka bersama bole tanya2 kabar kenal2 mana2
jiran yg jarang jumpa..
Quote BoongaKertas 17-5-2019 03:43 PM
ee! bestnye! its like kampung punye suasana. ala..best!
Quote gummiebear 17-5-2019 04:21 PM
Seronoknyaaa.. harmoni sangat
Quote sharlenetexas 17-5-2019 06:49 PM
Best. Nak juga rasa. Kat Khartoum, Sudan orang ramai buka puasa sambil piknik kat taman. Penuh taman dgn orang. Banyak aktiviti bermula lewat petang sebab siang hari panas sangat.
Quote diss69 17-5-2019 09:10 PM
Bagus utk kekalkan silaturrahim antara penduduk...
Quote Kak-Leen 19-5-2019 11:42 PM
Taman kami dah lama buat berbuka picnic mcm ni kelolaan lorong masing2. Dan ada juga majlis berbuka satu taman  di dataran kami beralaskan tikar sejak 2010 lagi. Kiranya tiap minggu memang ada majlis berbuka lepak gini. Lelaki solat jemaah atas tikar. Kami perempuan lari2 masuk rumah utk solat. Semuanya atas dasar gotong royong & ianya memang dapat mengeratkan lagi semangat kejiranan kami. Cubalah..
Quote fazamania 20-5-2019 06:00 AM
encikWawad replied at 17-5-2019 06:41 AM
punyalah depan tu padang atas jalan raya menghalang laluan juga kau bentang tikar. bodoh

Itu jalan kawasan perumahan la bodoh.
Of course semua penduduk kat situ dah tahu xtvt ni.

Kejadahnya orang nak lalu dekat situ.

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.087520s Gzip On
To Top