Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Memang Takut, Kita Pakai Chopstick Panjang" - Netizen Bagi Nasihat Untuk Kes Pressure Cooker 'Makan' Tuan

Oleh: intan|15-5-2019 01:24 PM Komen: 17
Periuk tekanan tinggi ataupun lebih dikenali sebagai 'pressure cooker' di kalangan suri rumah memang menjadi idaman kerana fungsinya yang pelbagai dan memudahkan para isteri untuk memasak dengan lebih cepat dan efisien. Namun, tidak semua peralatan elektrik tidak kiralah 'pressure cooker' ataupun tidak itu selamat digunakan. Perlu ada pengetahuan dan sentiasa berhati-hati dalam mengendalikan periuk jenis ini kerana tekanan wap yang tinggi dan boleh mendatangkan kecederaan jika tidak dikendalikan dengan betul.

Begitulah yang terjadi pada seorang pengguna twitter apabila beliau berkongsi pengalaman menggunakan 'pressure cooker' namun kecelakaan pula yang menimpa. Hanya berbaki 15 minit lagi untuk berbuka puasa, ibu dan adiknya terpaksa berbuka di hospital kerana melecur teruk akibat 'pressure cooker' yang tiba tiba sahaja meletup!

Saudari Emma Azman telah menceritakan pengalaman beliau di twitter dan telah mendapat lebih 5 ribu ulang kicau. Rata - rata netizen juga telah memberi komen dan pendapat mengenai kejadian tersebut. Dahsyat juga ya!


Lagi 15 minit nak berbuka..

Sentiasa berhati- hati dan baca arahan penggunaan
Sepatutnya didatangkan dengan fungsi 'auto-lock' untuk keselamatan

Tak pasal-pasal. Niat nak makan masakan di rumah terpaksa pula berbuka di hospital. Apa-apapun, sentiasa berhati-hati apabila menggunakan peralatan elektrik dan pastikan mempunyai tanda SIRIM untuk keselamatan. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 17
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote makton 16-5-2019 08:25 AM
aku smpai skrg tak ada pressure cooker. aku takuttt..

even balik umah mak aku pun. bila mak guna noxxa pun aku tak berani nak bukak. tiap kali aku nak bukak, aku akan panggil mak or kakak aku tgkkan.

Lain-lain Komen

Quote iwansa 15-5-2019 01:48 PM
adoi...ngilu tgk gelembong air tu
Quote idakamaruddin 15-5-2019 02:07 PM
seram nyeee... blm ada pressure cooker.. rasa takut kalau nk beli
Quote gummiebear 15-5-2019 02:29 PM
Sakitnyaaaa

Semoga cepat sembuh
Quote Melorqe 15-5-2019 02:48 PM
iols guna sudip panjang  utk release wap yg bersaki baki.
Quote uda 15-5-2019 03:21 PM
Melorqe replied at 15-5-2019 02:48 PM
iols guna sudip panjang  utk release wap yg bersaki baki.

I pun akan guna sudip panjang untuk release wap tu. Pastu akan hanya buka selepas dia senyap and tak berbunyi.

Quote ikanmasin 15-5-2019 04:19 PM
good info jg walau akk tak beli lg..tp utk
peringatan bersama  bole lah dikongsi2 kan..
Quote puteribaya 15-5-2019 04:26 PM
i kalau pakai..agak2 masih ketat tu i x beani nak bukak..i letak bawah air paip..sampai rasa senang nak  bukak sbb x rasa pressure lg,,n check ngan sudip kayu..sisa2 wap dia..i penah ken asekali..dah senyap x de bunyi tapi ..tapi masih tight..i paksa buka sekali meletus..tapi x kuat la..tapi terkeluar gak air dan daging sedikit,,sib baik kat singki..lepas tu lesson learned, i make sure letak bawah aliran airpaip
Quote RatuDunia94 15-5-2019 04:44 PM
Iols selalunya masak malam.. esok pg baru buka..
Quote munchkin 15-5-2019 04:45 PM
Tak paham sudip apa. Chopstick apa utk release.

Aku punya pressure cooker takde boleh release release. Dia punya tanda indicator tu akan turun sepenuhnya hilang. Baru boleh pusing penutup periuk tu. Selagi ada pressure penutup tu langsung tak boleh.
Quote munchkin 15-5-2019 04:46 PM
Sil aku pakai philip punya. Bukak memancut sampai ceiling.

Aku punya manual wmf.
Quote EvieWanKenobi 15-5-2019 05:43 PM
munchkin replied at 15-5-2019 04:46 PM
Sil aku pakai philip punya. Bukak memancut sampai ceiling.

Aku punya manual wmf.

manual yang masak atas dapur ke?
Quote munchkin 15-5-2019 05:56 PM
EvieWanKenobi replied at 15-5-2019 05:43 PM
manual yang masak atas dapur ke?

A ah manual masak atas dapur. Tapi tak boleh bukak langsung selagi pressure masih ada.
Quote CiliPadiSedap 15-5-2019 07:34 PM
munchkin: Tak paham sudip apa. Chopstick apa utk release. Aku punya pressure cooker takde boleh release release. Dia punya tanda indicator tu akan turun sepenuh ...

Itu periuk kera sis bukan pressure cooker
Quote Jorja 15-5-2019 08:40 PM
Gila ya terus buka lid
Quote farlis 15-5-2019 09:48 PM
I pun dh lama pki pressure cooker.. I guna hari2.. Masak nasi.. Sesekali ja guna utk menda lain.. Amat berguna bila gas habis.. Senang masak pki oressure cooker.. As usual kena folo instruction..
Quote Konahhh 16-5-2019 06:04 AM
semoga cepat sembuh makcik & adik penulis. Takut pulak nak pakai pressure cooker lepasni {:childlike
Quote makton 16-5-2019 08:25 AM
aku smpai skrg tak ada pressure cooker. aku takuttt..

even balik umah mak aku pun. bila mak guna noxxa pun aku tak berani nak bukak. tiap kali aku nak bukak, aku akan panggil mak or kakak aku tgkkan.

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.079853s Gzip On
To Top