Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Nekad! Anggota Polis Gadai Nyawa Selamatkan Mangsa Renjatan Elektrik

Oleh: Tukang Tulis|14-5-2019 11:57 AM Komen: 2
Detik-detik cemas ketika Angga Badina menyelamatkan Mualif yang terkena renjatan elektrik. Kredit foto: Gatra

Seorang anggota polis di Pulau Ambon, Indonesia bertindak nekad menggadai nyawa memanjat tiang elektrik bagi menyelamatkan seorang pekerja syarikat vendor Perusahaan Listrik Negara (PLN) yang terkena renjatan elektrik.

Memetik laporan Indopos pada 10 Mei, anggota polis berkenaan, Angga Badina tidak berfikir panjang bagi menurunkan mangsa, Mualif, 25, dari tiang elektrik itu.

Mualif yang merupakan pekerja kontrak di Kantor PT PLN Wilayah Maluku-Maluku Utara terkena renjatan ketika memasang meter elektrik pintar pada tingkat empat gedung milik PT. Tanto yang baru siap dibina.

Dia menjerit meminta pertolongan dan Angga yang berada di lokasi kejadian terus mengambil tangga dan berusaha menyelamatkan mangsa.

Angga (kiri) sanggup mengadai nyawa ketika membawa Mualif turun dari tiang elektrik. Kredit foto: Satu Maluku

Aksi nekad Angga yang berdepan risiko terkena renjatan elektrik turut disaksikan oleh orang ramai di sekitar lokasi kejadian.

Insiden itu menyebabkan tangan kanan Mualif hangus sekali gus menjadikan dia lemah dan tidak berdaya untuk turun sendiri dari tiang letrik tersebut.

Setelah mangsa berjaya diselamatkan, dia dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

Tindakan nekad Angga menyelamatkan mangsa tanpa menghiraukan keselamatan dirinya wajar diberi pujian dan penghargaan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
3
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 2
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ina8895 10-7-2019 02:56 AM
Muka tak hensem tapi berani

Lain-lain Komen

Quote Supersirap 14-5-2019 12:26 PM
Tahniah diucapkan
Quote Ina8895 10-7-2019 02:56 AM
Muka tak hensem tapi berani

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.227617s Gzip On
To Top