Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

David Beckham Dihukum Kerana Menggunakan Telefon Bimbit Semasa Memandu

10-5-2019 12:28 PM|Oleh: Tukang Tulis| Komen: 6

David Beckham semasa tiba di Mahkamah Majistret Bromley. Kredit foto: Mirror
Walaupun bergelar selebriti, David Beckham tetap tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan undang-undang apabila didapati melakukan kesalahan lalu lintas.


Memetik laporan Mirror pada 9 Mei, bekas bintang Manchester United itu dilarang daripada memandu selama enam bulan kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu kereta Bentley miliknya yang bernilai 100,000 pound.


Mahkamah Majistret Bromley di England turut memerintahkan Beckham membayar denda sebanyak 750 pound.


Beckham yang berusia 43 tahun mengaku menggunakan peranti itu ketika memandu di Lebuh Great Portland kira-kira pukul 1 tengah hari pada 21 November 2018 dan perbuatan tersebut dikesan oleh seorang saksi.

Beckham dilarang memandu selama enam bulan. Kredit foto: Mirror
Menurut pendakwa raya Matthew Sprat, Beckham didakwa tidak memandang ke hadapan semasa memandu dan melihat sesuatu di atas pangkuannya.


Saksi berkenaan menghampiri kereta Beckham dan melihat dia sedang menggunakan telefon bimbit semasa memandu.


Sprat memberitahu, saksi tersebut kemudian mengambil gambar Beckham sedang melakukan kesalahan itu dan menghantarnya kepada pihak polis.


Beckham dilaporkan tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika hukuman dijatuhkan.


Ketegasan serupa sepatutnya dilaksanakan di Malaysia kerana masih ramai yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
4
Sedih
5
Lawak
3
Bosan
3
Komen: 6
Komen

Previous : Usap Perut. Isteri Justin Bieber, Hailey Baldwin Dah Mengandung?

Next       : David Beckham Tak Dibenar Memandu, Lesen Digantung Enam Bulan!

Komen Terbaru

Quote Ina8895 10-7-2019 02:59 AM
Maintain hensem abam beckham ni

Lain-lain Komen

Quote ali2810 10-5-2019 12:40 PM
Jadikan pengajaran
Quote Mfzg89 10-5-2019 12:56 PM
"bekam dilaporkan tidak menunjukan sebarang reaksi ketika hukuman dijatuhkan". ingt dia kesah ke..duit banyak maa.. xleh mandu bayor je driver..helikopter pn ada kn..huhuu
Quote helicornia 10-5-2019 01:49 PM
apo dia heran..tk bole drive 10 driver dia bole hire
Quote AdamPrice 29-6-2019 04:25 PM
The website is looking bit flashy and it assignmenthelper
catches the visitors eyes. Design is pretty simple and a good user friendly interface.
Quote lavendermiz 3-7-2019 04:21 PM
duit banyak, tak boleh drive ada driver tolong bawakkan pergi memana
Quote Ina8895 10-7-2019 02:59 AM
Maintain hensem abam beckham ni

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.084167s Gzip On
To Top