Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Gempar Secawan Kopi Starbucks Dalam Games Of Thrones Buat Peminat Garu Kepala!

9-5-2019 10:51 AM|Oleh: Cari-Azlin| Komen: 8


Dunia Internet gempar sebentar apabila secawan kopi Starbucks telah membuat cameo dalam mega siri kegilaan ramai, Game of Thrones (GOT) musim kelapan beberapa hari lalu, membuat peminat menggaru kepala.


Tidak cukup dengan kejutan luar jangka dalam episod keempat  "The Last of the Starks", netizen tertanya-tanya adakah cawan Starbucks itu disengajakan sebagai satu bentuk promosi "product placement"? Atau ia sememangnya tidak disengajakan?


"Kami mohon maaf!" respons Bernie Caulfield, penerbit eksekutif program antara yang termahal di dunia itu dalam temubual bersama radio WNYC, baru-baru ini. 


Beliau mengakui cawan latte itu adalah satu kesilapan kecil dan seluruh anggota kerja GOT menerimanya sebagai satu jenaka. Namun, gambar itu dipercayai telah "selamat" dipadam buat selama-lamanya oleh HBO. 


Di sini, pihak Starbucks lah yang untung kerana kemunculan cawan berkenaan menjadi peluang pemasaran dengan mengicau di dalam Twitter mereka.


"Kami terkejut apabila dia (Daenerys Targaryen, Mother of Dragons) tidak memesan Dragon Drink," tulisnya.




Penampakan cameo pelik sedemikian bukanlah yang pertama kali berlaku. Sebagai contoh, ia pernah berlaku dalam filem sejarah Marie Antoinette pada tahun 2006, arahan Sofia Coppola yang menampilkan pelakon serba boleh Kirsten Dunst. 


Filem ini memaparkan kehidupan Ratu Perancis, Marie Antoinette sehingga era Revolusi Perancis.



 


Dalam satu adegan ketika Marie Antoinette sedang bersiap, kelihatan sepasang sepatu Converse berwarna biru dilihat di kalangan sepatu mewah berwarna pastel. 

Sofia Coppola telah menyatakan dalam wawancara bahawa kasut itu sengaja dimasukkan ke dalam adegan untuk menggambarkan Marie-Antoinette sebagai seorang gadis remaja tipikal pada zamannya. Menurutnya, sepasang Converse merupakan simbol kepada keremajaan Marie yang tiada beza dengan anak-anak gadis zaman ini.

Ada yang lagi pelik dari insiden berikut? Jom kongsikan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
3
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
3
Bosan
0
Komen: 8
Komen

Previous : 'Kaya Harta Miskin Akhlak' - Nia Ramadhani Ziarah Kubur Bapa Dikecam

Next       : George Clooney 'Sentap' Anak Meghan Markle Curi Tumpuan, Kongsi Tarikh Lahir

Komen Terbaru

Quote annehuda 17-5-2019 08:45 AM
season 8 ni mmg writing die teruk

character development suma lari. watak2 die banyak buat keputusan yg bodoh sbb lazy writing

Lain-lain Komen

Quote munchkin 9-5-2019 10:56 AM
Hahahaa.

....
Quote rantaikendoq 9-5-2019 10:58 AM
tajam sunguh peminat skang yer
oh terlupa pasai dah ade super HD
suluh lubang idong pon leh kira helaian bulu
Quote Artemesiaa 9-5-2019 11:43 AM
Dah kantoi mulalah beralasan
Quote buapakperut 9-5-2019 12:38 PM
haha teringat mr bean termasuk dalam shooting iklan yogurt willem dafoe tu. siap bawak kamera
Quote mieymiey 9-5-2019 12:59 PM
Malaysia lagi dahsyat, tengah syok calling calling telefon terbalik pun tak perasan
Quote ninjago 14-5-2019 10:26 AM
hahahahahahahhhaa,,dah camne boleh terlepas nie??
Quote putericahaya999 16-5-2019 10:43 PM
Hilirnya....
Quote annehuda 17-5-2019 08:45 AM
season 8 ni mmg writing die teruk

character development suma lari. watak2 die banyak buat keputusan yg bodoh sbb lazy writing

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.111588s Gzip On
To Top