Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Sedihnya Tengok Sampai Tak Tahan Air Mata" - Ramai Rakan Artis Terkejut Nasib Jurusolek Ini

14-5-2019 02:06 PM|Oleh: Azza| Komen: 66

Bagi mereka yang membesar dengan hiburan daripada artis 90an seperti Amy Mastura, Ziana Zain dan sebagainya pasti memuji keindahan tatarias selebriti di zaman itu yang cantik tanpa perlu 'filter' seperti sekarang.

Antara yang bertanggungjawab menyolek wajah mereka ialah jurusolek atau mekap artis (MUA), Hathim Thai yang sentiasa mengikut citarasa di zaman itu.

Bagaimanapun khabar yang diterima sangat menyedihkan apabila Hathim disahkan tidak berupaya membuat kerja kerana sakitnya itu.


Oleh itu, kumpulan jurusolek yang diketuai Deqsha, Sheila Mohamad serta kru program WHI dan Nona terbitan TV3 melawat Hathim di rumahnya di Setapak.


Hathim atau nama sebenarnya, Hatim Thai Ahmad Nordin ketika ini uzur dan berdepan beberapa komplikasi seperti anemia atau kurang darah, buah pinggang tidak berfungsi dan penglihatan kabur.

Inisiatif Persatuan Malaysia Makeup Artis (MMA) melawat Hathim dalam program Ziarah Sahur menarik perhatian ramai terhadap nasib yang menimpa jurusolek itu.


Dalam program itu, lebih 49 jurusolek bertemu Hathim dan melihat sendiri keadaan dirinya bersama anak angkat berusia 10 tahun.

Deqsha berkata, persatuan prihatin dan terharu melihat nasib Hathim yang sudah tidak mampu bekerja.

“Melihat keadaannya, kami cukup terharu hingga tidak dapat menahan air mata mengenang nasibnya.

“Hathim sudah tidak bekerja kerana mengidap anemia dan masalah lain. “Sekarang dia menyara hidup bersama anak angkat berusia 10 tahun dengan bantuan ihsan Lembaga Zakat,” katanya.

Deqsha berkata, Hathim sudah tiga tahun tidak menyambut Aidilfitri berikutan kesempitan hidup dan masalah kesihatan.

“Baju raya dia dan anak tidak pernah berganti baharu. Rumahnya juga sudah tidak terurus.

“Kami hadiahkan sepasang baju raya kepada mereka berdua atas tajaan syarikat tekstil, Jakel. Selain itu, kami menyerahkan derma yang dikumpul daripada ahli persatuan kepada Hathim,” katanya.


Sementara itu, Sheila berkata, beberapa program lain dirancang untuk membantu meringankan beban Hathim seperti berbuka bersama dan  merancang mencuci dan mengemas rumah Hathi, beberapa hari sebelum Aidilfitri.

Ramai rakan artis dan yang terlibat dalam industri hiburan yang pernah bekerja dengan Hathim turut meluah simpati serta berkongsi 'post' yang sama di laman media sosial masing-masing. Antaranya ialah Nurul, Zahida Rafik, Sarimah Ibrahim, Amelina, Rizalman dan lain-lain.









Begitulah, nasib kita belum tahu lagi. Semoga lebih ramai membantu Hathim yang tidak berkemampuan ini. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 66
Komen

Previous : "Puasa Setahun Sekali Je Kot" - Ini Pesanan Fizo Omar Pada Geng Plastik Hitam

Next       : "Macam Mana Nak Bagi Puas Hati?"- Datin Shahida Kesal NGO Campur Tangan Isu Pukul Anak...

Komen Terbaru

Quote giyomi 23-5-2019 11:11 AM
NadaDeafah replied at 14-5-2019 03:48 PM
kesiannya.. tgk seluar yg dia pakai pun koyak.

a a dik, memula akak tak perasan, bila scroll blik pas baca komen baru akak perasan

Lain-lain Komen

Quote sharlenetexas 14-5-2019 02:11 PM
Selalu dgr nama Hathim Thai tapi x tau rupa zaman muda2 dia macamana.
Quote Orix 14-5-2019 02:16 PM
ooo ini lah yg Rizalman post kt IG story... semoga cepat sembuh.....

anyway, tertanya2 jugek, MUA ni kalo mekap retis2 utk show n shooting brp eh bayaran diorg?
Quote putehkundor 14-5-2019 02:21 PM
amy mastura suka guna khidmat dia.

paling letop sezaman dgn hathim ni seri saila dixit. tapi seri meninggal dulu..dlm 10 tahun lepas kot
Quote azwanaliori 14-5-2019 02:35 PM
Artis2 yg komen tu hulur hulur la sket.  Xkn doa kat socmed je

Quote kucingitam 14-5-2019 02:48 PM
agak famaous hathim thai ni dulu..
Quote Themilo 14-5-2019 02:49 PM
azwanaliori replied at 14-5-2019 06:35 AM
Artis2 yg komen tu hulur hulur la sket.  Xkn doa kat socmed je

insyaallah, ada sumbangan diorang tu.. takkan semua nak dihupload di medsos nyeeehhhh...
Quote Elle_mujigae 14-5-2019 03:07 PM
Bagusnya inisiatif ni..tak lupa pada org lama....
Quote scrocth 14-5-2019 03:14 PM
Nak tgk hathim thai zaman 15 tahun lalu blakon uol cari filem bintang hati or gila2 pengantin remaja. Dia ada buat cameo dlm dua buah filem tu
Quote shoyuna 14-5-2019 03:15 PM
Tau pasal hathim ni pasal rizalman share kat ig story.. sedih pula dengar whatsapp hathim ngan rizalman

Rizalman antara celebrity yg meols paling suka tgk ig story or live vid... terhibur meols
Quote EvieWanKenobi 14-5-2019 03:21 PM
kesiannya.. semoga dia tak dipinggirkan..
Quote misz_sanggul 14-5-2019 03:24 PM
putehkundor replied at 14-5-2019 02:21 PM
amy mastura suka guna khidmat dia.

paling letop sezaman dgn hathim ni seri saila dixit. tapi seri ...

yup ms kahwin pun amy mastura pkai die ni..
dedl kalo bli mjlh mangga,urtv media hiburan de jgk gambo2 die kuar mcm sll jgk ikut amy mastura ke mn2


Quote gelas_pelastik 14-5-2019 03:33 PM
dia ni ada berlakon cerita gila gila pengantin remaja kan
nama dia dalam tu afdlin chokie
lainnya rupa dia
Quote cupu 14-5-2019 03:40 PM
Soft reminder pada makeup artis dan jg kita2 ni..klu korang xmenyimpan,mcm ni la nasib..one more jgla mkn...almost penyakit bhy ni semua dr pemakanan.
Quote NadaDeafah 14-5-2019 03:48 PM
kesiannya.. tgk seluar yg dia pakai pun koyak.
Quote seri_mawr 14-5-2019 04:11 PM
hari ni kita senang...esok lusa belum tentu....

Quote yuki812 14-5-2019 04:25 PM
semoga allah permudahkan dan lapangkan hidupnya..dikurniakan rezeki..diberi kesihatan..begitu juga mereka2 yg kesusahan diluar sana.
Quote mistified 14-5-2019 04:27 PM
Kesian tgk.semoga dipermudahkan urusan.
Quote buragazz 14-5-2019 04:50 PM
sharlenetexas replied at 14-5-2019 02:11 PM
Selalu dgr nama Hathim Thai tapi x tau rupa zaman muda2 dia macamana.

Aku pun sama.. tau dia Mua tapi tak pernah tgk orangnya
Quote kaklong32 14-5-2019 05:05 PM
nama dia familiar. first time tengok
semoga dipermudahkan urusan dia
harap ramai la yg membantu

Lihat semua komen(66)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.097619s Gzip On
To Top