Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Didenda RM1,000 Pindah Ayam Guna Bas Ekspres Tanpa Permit

8-5-2019 02:28 PM Komen: 10
Mahkamah Majistret Johor Bahru mengenakan denda RM1,000 terhadap empat lelaki atas kesalahan memindahkan 13 ayam jantan menggunakan bas ekspres tanpa permit.

Berita Harian melaporkan, haiwan itu dipindahkan dari Kelantan ke bandar raya ini pada tahun lalu.

Nik Norilham Muhamad @ Afandi, 41, Mohd Zulhilmi Amzar Zuhaimi (27), Raja AlFaizal Raja Azlan (27) dan Fauzi Yazid (47) mengaku bersalah di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.


Foto: BH Online

Nik Norilham dan Zulhilmi yang masing-masing pekerja kampung dan pembantu kedai runcit dituduh memindahkan tujuh dan empat ekor ayam tanpa memiliki perakuan kebenaran bertulis daripada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor (JPVNJ).

Sementara itu, Raja AlFaizal dan Fauzi masing-masing penganggur dan penjawat awam dituduh memindahkan seekor ayam seorang atas kesalahan sama.

Difahamkan, empat ayam Mohd Zulhilmi mati ketika dalam perjalanan.

Keempat-empat lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Platform B, Terminal Pengangkutan Awam Larkin jam 10.10 pagi pada 7 April tahun lalu dan didakwa mengikut Seksyen 36 (7) Akta Binatang (Pindaan) 2013 di bawah perenggan Perintah Kawalan Penyakit Flu Unggas Negeri Johor 2005.

Kesemua mereka berdepan hukuman denda tidak melebihi RM15,000 jika sabit kesalahan.


Gambar Hiasan

Pegawai Pendakwa JPVNJ, Mohd Faiz Ajiss berkata, tindakan tertuduh tidak bertanggungjawab dan meningkatkan risiko penyebaran penyakit selesema burung di sepanjang perjalanan.

Majistret memutuskan untuk mengenakan denda RM1,000 setiap seorang dan tiga minggu penjara jika gagal membayarnya.

Selain itu, Nik Norilham diperintahkan membayar RM716.04 bagi kos penjagaan dan rawatan ayam dirampas, manakala Raja AlFaizal dan Fauzi masing-masing sebanyak RM109.51, kepada JPVNJ.

Malah, semua ayam berkenaan diarahkan untuk dilupuskan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
3
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 10
Komen

Anda Mungkin Meminati

Belasah Anak Berusia Sebulan Sampai Mati Sebab Kalah Main Game
"Astaghfirullahalazim... Bila Tak Keluar TV, Cakap Saya Jatuh Miskin Pula" - DSV
Rugi RM161,000 Lepas Diugut Kurung Dalam Bilik Gelap 45 Hari Tanpa Makan Dan Minum
Tiba-tiba Muntah Darah, Nonny Nadirah Kena Buatan Orang?
Klinik Diarah Tutup Sementara Akibat Gangguan Paranormal
Berhenti Rosakkan Warisan! Bila Semua Nak 'Dihipsterkan', Habis Cacat Baju Melayu K-Pop
PU Abu Dah Nikah Di Thailand? Sebenarnya...
Tak Puas Hati Disuruh Cari Kerja, Lelaki Bakar Rumah Ibu
Penjinak Ular Pengsan Dijerut Sawa Depan Pengunjung Sarkas
Katanya Nak Ke Surau, Ke Mana Rossazlin Hilang? Nombor Telefon Keluarga Pun Disekat
Tip Elak Naik Berat Badan Semasa Ramadan, Jangan Buat Tak Tahu Ya!
Bakal Jurutera, Lihat Pencapaian Model Cilik Air Kordial F&N Yang Makin Cantik Ini!
Tak Perlu Tawaf Bazar Ramadan Cari Kuih Sedap, Cuba Samosa Cheese Leleh Pasti Nak Lagi!
Gempar Secawan Kopi Starbucks Dalam Games Of Thrones Buat Peminat Garu Kepala!
Namakan Anak Archie, Harry Dan Meghan 'Curi' Nama Timangan Putera George?
George Clooney 'Sentap' Anak Meghan Markle Curi Tumpuan, Kongsi Tarikh Lahir
Najib Rakam Gambar Ketika Perbicaraan Berlangsung
Anthony Loke Paling Cemerlang, Maszlee Malik Paling Corot
Artis 'Berlumba' Cabut Tudung, Itu Tak Normal! - Ummi Nazeera
Jangan Pakai Lagi, Plaster Pak Li Beracun
Anak Konon! Nenek Dicekup Bermadu Kasih Dengan Lelaki Muda Di Hotel
Sayu, Budak 3 Tahun Teman Ibu Kais Sampah
Tun M Dedah Pernah Dibuli Di Sekolah
Cikgu Terkejut Jumpa Nota Anak Murid Mahu Bunuh Diri, Tertekan Di Rumah
Dua Kanak-kanak Mati Dibelasah Dengan Kayu Sebab Berak Merata

Komen Terbaru

Quote Supersirap 9-5-2019 03:37 PM
Semoga kita mengambil iktibar daripada kejadian ini

Lain-lain Komen

Quote Star_el 8-5-2019 02:50 PM
camne dia pindahkan tu? letak dalam bas ke dalam tempat beg tu?
aku xleh imagine
Quote EvieWanKenobi 9-5-2019 07:37 AM
dah tau kesalahan tapi buat juga..
Quote aechae 9-5-2019 07:39 AM
Motif kirim ayam hidup naik bus?
Quote tri-max 9-5-2019 08:21 AM
ada org johor pesan kot...
nak fresh delivery
kena tanya bangsa johor nih
Quote gaara_X 9-5-2019 09:26 AM
ermmmmm....wat kerja pelik²...
Quote gaara_X 9-5-2019 09:27 AM
ermmmmm....wat kerja pelik²...
Quote gaara_X 9-5-2019 09:29 AM
ermmmmm....wat kerja pelik²...
Quote ninja boy 9-5-2019 09:41 AM
takdak lori tumpang ka
Quote helicornia 9-5-2019 01:48 PM
iola penah naik maswings ke sandakan ada ayam dalam tu dorang angkut guna flight
Quote Supersirap 9-5-2019 03:37 PM
Semoga kita mengambil iktibar daripada kejadian ini

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.744931s Gzip On
To Top