Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

9 Tip Berpuasa Untuk Si Penghidap Diabetes

Oleh: Azlin|17-5-2019 11:45 AM Komen: 3


Tidak semua orang dapat merasai ibadah berpuasa terutama mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang agak kronik. 

Jom kita lihat 9 tip berpuasa bagi mereka yang menghidap diabetes atau kencing manis oleh Dr Daphne Su-Lyn Gardner, Konsultan Kanan Jabatan Endokrinologi, Singpore General Hospital.    


Sebelum berpuasa

1. Anda tidak wajib berpuasa jika keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Sepertimana disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 184 hingga 185. Jika anda bergantung kepada insulin,kegagalan buah pinggang dan beberapa keadaan kronik, anda dibolehkan tidak berpuasa.


2. Anda masih boleh beroleh ganjaran berpuasa dengan membantu menyediakan makanan untuk berbuka kepada golongan yang memerlukan.


3. Mendapatkan nasihat doktor yang merawat untuk berpuasa 2 bulan sebelum Ramadhan. Adalah penting bagi seorang penghidap mengetahui cara berpuasa yang selamat dan cara pengambilan dos ubatan yang sesuai berdasarkan nasihat pakar.


4. Berpuasa sunat sebelum Ramadhan untuk mengetahui sebarang masalah bakal mendatang dengan nasihat doktor.

Ketika berpuasa

1. Elakkan dari tidak bersahur. Jika terlupa bersahur, jangan berpuasa pada keesokan harinya. Cuba untuk bersahur setiap hari ya.


2. Minum 8 gelas air setiap hari. Seeloknya minum air putih secukupnya ketika bersahur dan berbuka untuk mengembalikan kehilangan air dari dalam badan.


3. Awasi tahap glukos dalam darah apabila berpuasa.


4. Ketahui jika berlaku kadar glukosa darah tinggi, tahap glukosa darah rendah atau kehilangan air yang teruk.


5. Jika tanda-tanda ini berlaku anda harus berbuka puasa segera; glukos darah kurang dari 4.0 mmol/L, mengalami perasaan seperti gegaran, banyak berpeluh, pening kepala hampir mahu pengsan, palpitasi, kelaparan dan kekeliruan.  

Selepas berpuasa

Segeralah berbuka puasa tanpa berlengah dan makanlah dengan kadar sederhana. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 3
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote rje 25-5-2019 04:50 PM
My mum diabetes.  Bila puasa suddenly dia tido tapi i tgk dia berpeluh2. Rupanya hypo.  Mujur cepat sedar.

Lain-lain Komen

Quote mamasaffiya 17-5-2019 08:01 PM
Yup. 2 hari lepas g klinik sbb tiba2 kepala pening, fikiran celaru Dan nak muntah..
Saya pun ada epilepsi. Doktor nasihat kan jgn puasa buat be berapa hari. Risau bila gula rendah ada risiko kena sawan
Quote silentreaaders7 19-5-2019 04:45 PM
gotta show tis to my mum
Quote rje 25-5-2019 04:50 PM
My mum diabetes.  Bila puasa suddenly dia tido tapi i tgk dia berpeluh2. Rupanya hypo.  Mujur cepat sedar.

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.088279s Gzip On
To Top