Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Patahkan Telefon Bimbit Konon Untuk Raih Simpati, Tapi Mendapat Hencapan Pula

Oleh: Myeonir|8-5-2019 10:26 AM Komen: 19

Zaman sekarang, kalau putus cinta sahaja mesti nak dimuat naik di media sosial untuk tatapan ramai. Tidak tahulah apa sebabnya, mungkin hendak meraih simpati.

Sama juga dengan lelaki ini di mana videonya merosakkan telefon bimbitnya tular di Twitter. Dikatakan, dia bertindak demikian kerana kecewa apabila teman wanitanya curang dengan lelaki lain.



Melalui video itu, kelihatan kemarahan dan kekecewaannya tidak dapat dibendung sehingga lunyai telefon bimbit itu dikerjakan.

Mungkin ia bertujuan mendapatkan simpati para netizen, pun begitu lelaki ini sebaliknya dikecam orang ramai kerana merasakan tindakannya itu adalah agresif dan melulu selain membazir.

Ramai netizen menyatakan bahawa memang patut wanita itu meninggalkan lelaki tersebut. Silap hari bulan, lelaki ini 'patahkan' teman wanitanya pula kalau ada yang tidak kena di matanya.


Kredit foto: Twitter

Kalau marah pun, tak perlulah merosakkan telefon bimbit sedemikian rupa. Lagi tertekan adalah, dengan nak menggantikan telefon baru lagi, kan? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 19
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote hasniey 9-5-2019 04:13 PM
Layak la kene tinggal

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 8-5-2019 10:44 AM
Iols lbh tertarik dgn mee goreng itu... hahaha
Quote kucingitam 8-5-2019 11:19 AM
betul..mmg patut break dgn jantan gitu...bodo teruk...patahkan simcard je la..
Quote maxgamer82 8-5-2019 11:26 AM
berapa umur budak ni?
Quote Artemesiaa 8-5-2019 12:43 PM
Main drama je tu usah dilayan
Quote adik_aza 8-5-2019 12:46 PM
apa bodohnya ko patahkan phone tu .. buang jerlah sim card tu kalau taknak ex awek call
Quote niena90 8-5-2019 12:54 PM
Alaaaa gf je pun. Ko jantan pegi la cari pompuan lain habis cite
Quote prettyuglybabe 8-5-2019 01:13 PM
padan la kena tinggal...
Quote makton 8-5-2019 01:18 PM
perangai budak2 wechat sgt.. tak matang. jantan mcm ni mmg aku tak hadap buat bf
Quote haryatie 8-5-2019 01:52 PM
sendiri yg rugi
Quote paz 8-5-2019 02:05 PM
Macam ni plak cara dia ekspresi. Nanti jumpa awek cun, nak calling-calling dah tak boleh. Phone dah jahanamkan.
Quote ajuwa 8-5-2019 02:10 PM
budak twitter dengan drama berpisah tiada
Quote Jennyrol 8-5-2019 02:27 PM
Bodohnye.. Block jela pompuan tu.. Rosakkan hp membazir je.. Yg keluar duit nk beli baru die jugak bkn org lain.. Nape la bodo2 sgt
Quote leylapple 8-5-2019 02:32 PM
budak skrg nie mmg akal pendek2 sampai depan pintu rumah mak pak jer ker?
Quote bakingsoda 8-5-2019 05:36 PM
ntah2 yg dipatahkan tu mmg phone dah rosak tapi kalau tak, bimbonya budak ni.
Quote Foxey 8-5-2019 05:54 PM
Pastu, kalau ada emergency kat rumah, camana family nak contact?
Quote EvieWanKenobi 8-5-2019 08:36 PM
henpon made in china je kot..
takkan phone ori senang2 boleh
patah..
Quote salmon-suki 9-5-2019 01:43 AM
leylapple replied at 8-5-2019 02:32 PM
budak skrg nie mmg akal pendek2 sampai depan pintu rumah mak pak jer ker?

Tak ler...akal dorg lg pendek drpd tu,xsempat kuar pintu bilik dorg pn..betul2 mcm xde akal laa..otak je ada
Quote NadaDeafah 9-5-2019 08:24 AM
mcm2 hal bdk2 skrg ni..byk sgt duit kot
Quote hasniey 9-5-2019 04:13 PM
Layak la kene tinggal

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.122753s Gzip On
To Top