Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Gagal Urus Bazar Ramadan, Khalid Samad Cuma Layak Terima 1 Markah

Oleh: Tukang Tulis|8-5-2019 10:47 AM Komen: 13
Bazar Ramadan Jalan Raja yang kelihatan lengang dan sunyi. 
Kredit foto: Sinar Harian

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad hanya layak diberikan satu daripada 10 markah ekoran kegagalannya menguruskan isu perpindahan bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Raja di Kuala Lumpur dengan baik.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti dipetik daripada laman Facebook beliau berkata, pendapatan peniaga di bazar Ramadan Jalan Raja terjejas teruk akibat sambutan tidak memberangsangkan daripada orang ramai.

Antara punca yang menyebabkan situasi itu berlaku adalah tiada ruang tempat letak kereta, kemudahan pengangkutan awam tidak mencukupi dan tidak dibenarkan menjual juadah berbuka puasa.


Kredit foto: Facebook

Najib menulis status tersebut bagi mengulas laporan Sinar Harian pada 7 Mei berhubung amaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menarik balik tapak Ramadan Jalan Raja yang masih belum memulakan operasi.

Ramai netizen turut berkongsi pandangan sama dengan Najib dan menyuarakan kritikan terhadap Khalid yang dikatakan telah tersalah langkah dalam menangani isu tersebut.

Mereka mempersoalkan mengapa Khalid dahulu berdegil untuk memindahkan operasi bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman yang menjadi lokasi tumpuan warga kota walaupun dibantah keras oleh peniaga-peniaga.


Kredit foto: Facebook


Bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman menjadi tumpuan warga kota. 
Kredit foto: Rojak Daily 

Mungkin peniaga menunggu sehingga pertengahan Ramadan untuk mula beroperasi kerana pada masa itu lebih ramai pelanggan berkunjung untuk membeli persiapan Hari Raya Aidilfitri. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 13
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ina8895 10-7-2019 03:03 AM
Memang tak boleh harap si khalid ni

Lain-lain Komen

Quote EvieWanKenobi 8-5-2019 11:21 AM
jauhnya nak jalan kaki dari Jalan TAR
ke tapak baru..
Quote beautifulorchid 8-5-2019 11:55 AM
dengki lagi dengan melayu meniaga..padam muka kemah ko kosonggg
Quote Artemesiaa 8-5-2019 12:40 PM
Masalah pakir salah satu punca utama dan jauh dari kedai2 yang sedia ada.
Quote RatuDunia94 8-5-2019 01:43 PM
Jln TAR tu pon seska jugak.. mcm nk pitam berhimpit2.. tp ye dh berpuluh tahun org shopping kat situ.. why not naik taraf Jln TAR tu je..
Quote tomatome 8-5-2019 02:40 PM
beautifulorchid replied at 8-5-2019 11:55 AM
dengki lagi dengan melayu meniaga..padam muka kemah ko kosonggg

Tu la pasal.. petaling street tu apsal elok je kat stu x alih2..  aku pelik la menteri2 melayu ph ni xde jati diri melayu langsung nak tolong ank bangsa.. tali barut je mcm pengkhianat bangsa.. takde rasa bersalah ke???  Sedih betok
Quote lolipopi 9-5-2019 01:12 AM
Tu la aku pun terpikir gak x abih2 nak kaco periuk nasi org melayu..riso aku mikir nasib melayu akan dtg
Quote azhardanil 9-5-2019 10:29 AM
Aku ni orang KL, lahir, membesar di KL. Jalan TAR tu dah terlalu sinonim dengan Ramadhan. Tempat orang cari kelengkapan untuk Hari Raya dan juga cari juadah berbuka puasa. Selama 30 hari dalam setahun Jalan TAR tu akan sesak dan dibanjiri umat Islam dan bukan Islam juga yang mengambil kesempatan membeli belah. Tiba-tiba datang seorang pemimpin nak pindahkan dengan alasan nak naik taraf peniaga dan beri kemudahan pengunjung. Tapi pindah ke Jalan Raja, depan Dataran Merdeka! Kawasan bersejarah dan hotspot pelancong. Jauh dari parking kereta. Apa relevannya? Macam mana pegawai2 kamu berfikir dan macam mana kamu terfikir untuk meluluskan. Orang tak pernah merungut la pasal sempit dan berhimpit-himpit tu, sebab tu dah jadi macam tradisi. Setiap tahun akan rasa benda ni. Aku ngan adik aku akan pergi di malam terakhir sebab nk tengok orang lelong walaupun kadang-kadang tak beli apa2 pun.
Quote kakakau 9-5-2019 11:03 AM
apa maciam? telanla walaupun pahit
Quote Supersirap 9-5-2019 03:33 PM
Setuju, bazar dijalan TAR tidak patut dipindahkan
Quote Hazi1975 12-5-2019 09:39 AM
Menteri bingai buat kerja macam ni lah jdnye
Quote esbok 12-5-2019 10:45 PM
Kome yang komen ni dah pegi ke belum bazar ni
Quote yedzahid72 1-7-2019 02:41 PM
rasanya okay jerr..
Quote Ina8895 10-7-2019 03:03 AM
Memang tak boleh harap si khalid ni

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.350220s Gzip On
To Top