Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Jom Sertai #Airkosongchallenge Semasa Berbuka Puasa Sepanjang Ramadan

Oleh: Tukang Tulis|8-5-2019 11:52 AM Komen: 24
Air kosong merupakan minuman yang terbaik untuk tubuh kita dan membantu dalam usaha menjaga kesihatan.

Namun, ramai dalam kalangan umat Islam di Malaysia yang lebih gemar memilih air yang manis untuk berbuka puasa justeru menyebabkan mereka kurang meminum air kosong.

Bagi menggalakkan pengambilan air kosong semasa berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan, Medical Mythbusters Malaysia menganjurkan acara #airkosongchallenge yang bermula pada hari pertama berpuasa.

Cabaran itu diuar-uarkan kepada para netizen melalui laman Facebook Medical Mythbusters Malaysia pada 6 Mei dan mereka boleh memilih untuk meminum air kosong sama ada yang sejuk atau suam.

Kredit foto: Facebook
Ramai netizen yang memberi sambutan menggalakkan terhadap #airkosongchallenge dan mula berkongsi gambar berbuka puasa dengan air kosong dalam laman Facebook masing-masing.

Mereka percaya meminum air kosong adalah lebih menyihatkan serta membantu usaha mereka untuk mengurangkan berat badan.

Kredit foto: Facebook
Tunggu apa lagi? Sertailah #airkosongchallenge dan kongsi gambar juadah berbuka puasa bersama air kosong melalui media sosial anda. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 24
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ina8895 10-7-2019 03:02 AM
Minum air kosong lagi puas

Lain-lain Komen

Quote Kurex 8-5-2019 12:21 PM
Aku minum je air manis...
Kalau kita nak mulakan diet, pastikan apa tujuan kita.
Aku diet & senam sebab nak sihat. Pada masa sama aku dapat badan yg fit.
Quote Victorioussss 8-5-2019 01:02 PM
Me since months sblm ramadhan dh mnum air kosong je xsentuh air manis

Ok je berbuka air kosong sejuk. Sedap
Quote RatuDunia94 8-5-2019 01:26 PM
Iols dah sebulan x minum air manis.. bila masuk bulan puasa ni lg lah mmg elak air manis.. kadang bila pergi bazar tu terliur juga tgok barisan air warna warni bagai.. tp pujuk diri ckp tu semua air paip yg diletak gula jah..
Skrg kalo teringin sgt nk minum air manis iols buat jus buah jah..
Quote paz 8-5-2019 02:13 PM
Memang air yang biasa diminum tak kira time.

Good challenge.
Quote mieymiey 8-5-2019 02:24 PM
Iols dah failed
Puasa pertama, jus buah.
Puasa kedua, air kelapa.
Quote kechikchomel 8-5-2019 02:28 PM
iolss minum dedua.
boleh?
Quote LipasComel 8-5-2019 03:43 PM
tahun ni nak start berbuka tanpa air/juadah manis. sebab tahun lepas tiap kali berbuka mesti air manis. lepas tu ada kuih. berat pun tak turun2

kali ni kita tengok banyak tak turun, since tgh elakkan benda2 manis waktu berbuka. hehe
Quote seramado 9-5-2019 04:53 AM
Nk air manis jyga laa huhu
Quote manjalara_01 9-5-2019 07:59 PM
Edited by manjalara_01 at 9-5-2019 08:04 PM

Manja bile buke mmg nk minum air manis, x kisah air tebu ke, jus tembikai ke cause 4 me it is healthy, gula ni bg tenaga & from natural source. Lepas buke baru la minum air masak skit2 sampai 5 gelas.sahur + 3 gelas= 8 gelas air kosong perday
Quote manjalara_01 9-5-2019 08:05 PM
mieymiey replied at 8-5-2019 02:24 PM
Iols dah failed
Puasa pertama, jus buah.
Puasa kedua, air kelapa.

x fail la pd manja cause air kelapa itself byk khasiat good for stomach & digestive system..
Quote mieymiey 10-5-2019 08:27 AM
manjalara_01 replied at 9-5-2019 08:05 PM
x fail la pd manja cause air kelapa itself byk khasiat good for stomach & digestive system..

Semalam minum teh ais
Tapi iols sama la dengan manja, memula buka tu jer minum air manis sikit. Lepastu baru minum air kosong bebanyak.
Quote taji2906 10-5-2019 08:58 AM
3 hari berbuka dgn air manis n ais, sakit badan plak aku..
semalam dgn air mineral Alhamdulillah kurang sakit badan.
cuma nk workout je jd malas bulan puasa ni.. haihh
Quote manjalara_01 10-5-2019 09:52 AM
mieymiey replied at 10-5-2019 08:27 AM
Semalam minum teh ais
Tapi iols sama la dengan manja, memula buka tu jer minum air manis siki ...

sbb tu i x bleh take the challenge...

for me kalau time mkn minum air kosong x brape selera la...
Quote zarul427 10-5-2019 10:46 AM



ni kejaa bodohhhh
Quote LadyCarefree 10-5-2019 04:47 PM
LipasComel: tahun ni nak start berbuka tanpa air/juadah manis. sebab tahun lepas tiap kali berbuka mesti air manis. lepas tu ada kuih. berat pun tak turun2 kali ...


Rugi ko xdpt pahala kehkeh
Quote mohdcrow 10-5-2019 10:53 PM
Mula2 jer rasa susah, bila dah biasa rasa bersalah pulak nak minum air manis
Quote mamarock 10-5-2019 11:23 PM
Musim panas macam sekarang ni nikmat minum air kosong sejuk
Quote zuuu 11-5-2019 02:05 PM
Aq boleh je bbuka ngan air kosong tp lepas terawih tu rasa nk minum air manis pulak...dhla tahun ni bz ckit...last year puasa dalam kul 5 camtu dh leh balik tp tahun ni dekat kul 6 baru leh balik,nk masak mmg x smpat la...so beli siap2 kat bazar la
Quote EvieWanKenobi 11-5-2019 02:12 PM
1-3 hari berpuasa sirap bandung je..
pas tu teh o..

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.085310s Gzip On
To Top